Author Archive

Lilawadi,Kuantan

Entri kali nak cerita tentang sebuah kedai makan dekat Kuantan yang bernama LilaWadi.Kedai ini sebenarnya aku dah lama pergi,sejak dari tahun lepas dah.Lambat sangatkan nak update pasal kedai ini?Saya tahu, “maafkan saya, maafkan saya”.

Dulu aku selalu datang sini sebab nak makan mango cheese cake dia yang memang terbaik.Tapi beberapa kali juga hampa, bukan pasal putus cinta, tapi pasal tiap kali pergi je, cheesecake ini selalu habis.SELALU habis, sebab tahap kelakuan sangat tinggi.(Jangan pakai bahasa ini dalam karangan BM).

Baru tahun inilah aku berkesempatan merasa BBQ yang di tawarkan dekat sini, itu pun sebab member aku si Mie ajak makan dekat sini.Orang belanja boss.Puas hati juga makan BBQ ni, rasa macam nak beli je alat ni, nanti boleh makan dekat rumah selalu.

Jadi sebab semalam teringin nak makan jadi sekali lagi aku datang ke Lilawadi ini untuk menikmati juadah bbq yang di sediakan untuk kali kedua.

 

Jadi sesiapa yang berkesempatan jangan lupa singgah makan dekat sini.

P.S gambar besar pasal tak banyak benda nak tulis hahaha

Man On The Run – Dash Berlin acoustic (guitar cover) – Mysara

Entri yang lepas, saya letak tentang sepupu tercinta, Si batrisyia.Kali ini saya ingin kongsi video yang memaparkan penyanyi cilik si Mysara Nasir.Kalau sesiapa yang pernah mengunjungi blog saya dulu mesti pernah mendengar tentang Mysara Nasir ni.Takpelah kalau tak ingat, tapi video yang akan dipaparkan ini akan mungkin boleh mengingatkan atau memperkenalkan anda kepada  My.Berlainan dengan video-video beliau yang lain,video kali ini istimewa sikit, sebab kali ini My di temani oleh kakaknya.Nak tengok bagus tak bagus, silalah tengok sendiri.Semoga terhibur.

Saya tahu, saya tahu, dah dua entri saya mengelat dengan meletakkan video sahaja, lepas ni saya update entri bebetul.Janganlah marah aduyai punya pun.Nanti saya kongsi entri yang panjang lebar sampai tak ada orang nak baca.

Trisyia perform lagi!!

Macam dah lama kan tak post pasal sepupu tercinta iaitu si Trisyia.Sebenarnya Trisyia agak sibuk dengan sekolah dan juga undangan nyanyian.Baru -baru ini, Trisyia telah melakukan persembahan di Taman Teruntum, Kuantan, Pahang bagi memenuhi undangan Majlis Perbandaran Kuantan ( MPK).

Trisyia membawakan 3 jenis lagu iaitu Gemilang( yang di popularkan oleh Jacklyn Victor) , Destinasi Cinta (Siti Nurhaliza) dan juga Ilusi.

Jadi kepada semua peminat Trisyia khususnya, bolehlah menikmati video di bawah ini.Have Fun Grin

Instagrille, Instagram untuk Windows

Beberapa hari lepas, aplikasi sosial Instagram , yang eksklusif  untuk iOs telah melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan Instagram kepada pengguna Android.Terima kasih kepada semua Androidian yang sudi follow saya di Instagram.Nampaknya komuniti  Instagram akan bertambah menjadi semakin besar selepas ini.

Baru sahaja semalam, Mark Zuckerberg iaitu founder kepada Facebook, telah membeli aplikasi Instagram  dengan harga $1 billion dollars.Mak aih, memang kaya betulkan si Mark ni, sebab Instagram adalah sebuah aplikasi percuma yang boleh didapati di Appstore,okey it’s a joke.

Khabarnya Mark tidak akan menukar segala fungsi Instagram untuk di integratekan segalanya  kepada facebook.Secara peribadi saya lebih gemar dengan interface Instagram sekarang, jangan pula akan datang akan ada fungsi seperti ‘poke’ dalam Instagram pula,hurmmm.

Jadi bagaimana untuk anda yang tidak mempunyai  peranti iOs atau Android  yang ingin turut serta dengan komuniti ini?jawapannya Instagrille.

Instagrille yang baru sahaja di perkenalkan, menawarkan perkhidmatan Instagram untuk komputer Windows anda,saya ulangi, Windows.Aplikasi ini adalah percuma dan menawarkan kemudahan-kemudahan yang boleh di dapati di Instagram, kecuali untuk MEMUAT NAIK GAMBAR.

Kelakarkan?apa yang anda boleh buat sekiranya anda tidak boleh memuat naik gambar? Anda boleh menggunakan platform ini untuk melihat gambar-gambar di dalam servis ini, membuat pilihan untuk follow dan unfollow pengguna lain, tinggalkan komen dan mendapat LIKE untuk gambar-gambar yang berada di dalam Instagram.

radinfadli instagram

Untuk pengguna Mac, sekiranya saya tidak tersilap, ada satu aplikasi yang di panggil Carousel yang membolehkan anda untuk menggunakan Instagram melalui Mac anda.Aplikasi ini jika di bandingkan dengan versi Instagrille untuk Windows, membenarkan anda untuk memuat naik gambar terus dari Mac anda.

Instagram masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menggeluarkan perisian bagi komputer peribadinya sendiri.Walau bagaimanapun, kemungkinan besar, Instagram mungkin akan membeli Instagrille dan Carousel untuk menjadi milik peribadi Instagram.

Jadi adakah anda akan menjadi salah seorang pengguna Instagram untuk komputer peribadi?Kongsi pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Untuk mereka yang ingin mencuba menggunakan Instagrille, Instagrille boleh di muat turun di sini.

PokkiInstaller.exe

Guna iPhoto on 5.0.1 untuk iPhone4/4s

Seperti yang anda semua telah ketahui,iPhoto telah di lancarkan bersama dengan new iPad.Kepada yang telah menggunakan iPhoto mungkin berpendapat ia menawarkan kemudahan sama seperti Photoshop.Walau bagaimanapun, iPhoto hanya membenarkan iPhone dan iPad yang mempunyai firmware 5.1 sahaja untuk menggunakannya.Untuk mereka yang telah men jailbreakkan iPhone , mengupdate ke 5.1 adalah satu tindakan yang tidak bijak kerana ini bakal menghilangkan jailbreak yang telah anda lakukan.

Bagi mereka yang tidak ingin kehilangan jailbreak, ada alternatif yang membolehkan mereka menikmati iPhoto di firmware 5.0.1  dan masih mempunyai jailbreak untuk iDevice mereka.Caranya amat mudah, anda boleh mendapatkan cara bagaimana untuk melakukannya di iphotoon5.0.1.txt .(saya telah sediakan cara mudah untuk melakukan tweak ini).

Berbanding dengan aplikasi lain, untuk menggunakan iPhoto tidaklah sesukar seperti aplikasi lain.Setelah mendownload aplikasi ini, boleh dikatakan anda akan mempunyai Photoshop sendiri dalam iDevice anda.

Mungkin ada yang lebih mengemari Photoshop, namun iPhoto memberikan pilihan alternatif bagi pengguna yang inginkan kelainan.Gambar iKa di bawah telah di edit menggunakan iPhoto.

iKa

 

Untuk mereka yang tidak men jailbreakkan iDevice mereka, iPhoto berharga 5 dollar di Appstore.

For those who like to run iPhoto on their 5.0.1 iDevice can download the instruction from the link I provided above.So have fun and happy editing.

Selamat tinggal kawanku

Cerita ni bermula kira-kira 4 tahun lepas.Masa itu time PC fair di adakan di kampung halaman.Dalam kesibukan pengunjung di pusat membeli – belah tu, mata aku tertarik dengan sesuatu yang di paparkan diatas para – para sakura.

Disitu dia berada, dalam penuh kegemilangan, hitam,berkilat, dengan iklan mengundang mata untuk memandang,dan membangkit keinginan untuk membeli.Tapi memandangkan aku telah terpandang jadi secara logiknya aku akan terbeli.

Dan secara rasminya,aku adalah pemilik sebuah laptop yang aku kira agak hebat pada ketika itu.Dual Core, ATi Graphic card, 4gig RAM, 320gb.Dengan spesifikasi sebegitu untuk empat  tahun yang lepas, pelbagai task dan kerja boleh di buat.Memandangkan untuk semester yang pertama di universiti,aku terpaksa meminjam laptop dari kawan-kawan apabila ingin membuat kerja, dengan kehadiran compaq 360, tidak perlu lagi.* macam iklan pula.

Tahun demi tahun, semakin lama, semakin banyak masalah timbul.Mungkin salah aku juga sebab tidak menyelenggarakannya dengan baik.Sehinggalah minggu lepas, selepas pulang dari kuala lumpur, ia berhenti berfungsi seperti biasa.Aku mencuba pelbagai cara untuk menghidupkannya kembali.Kepada yang pernah mengalaminya, situasinya di mana,  lampu pada capslock dan scroll berkelip2 tanpa henti.

Tanpa membuang masa aku terus menghantarnya kepada pusat servis yang berdekatan.Mana tak risau, semua dokumen penting ada kat dalam tu.Selang beberapa jam, pusat servis call,bagitahu yang chipnya sudah rosak.Bila di tanya berapa jumlah yang perlu di bayar, abang servis tu jawap “RM500′.

Untuk model cq40 yang sudah 4 tahun di tinggalkan teknologi, rm 500 adalah harga yang..how to say it… mahal!!! Selepas bertanyakan beberapa teman rapat, dan membuat sedikit kajian ,walaupun selepas di baiki, masalah yang sama akan berlaku.Jadi, I have decided not to repair the laptop.

Jadi aku mula mencari replacement untuk C360.Setelah berpusing-pusing di bandar untuk beberapa ketika, aku menjumpai pengganti C360 di salah sebuah kedai komputer.Dengan spesifikasi yang di tawarkan , aku rasa memadailah dengan harga dia.

Jadi untuk entri ini, inilah adalah entri pertama di taip menggunakan laptop baru.I really fancy it, and I think, I’m gonna call it, L.Sama pula dengan cerita jepun tu kan?alah, cerita Death Note tu.I love the spec, bukanlah yang terbaik dalam market tapi cukuplah untuk membuat kerja – kerja yang di perlukan.

Walaupun ramai yang mengatakan jangka hayat laptop hanya untuk 3-4 tahun je, tapi aku rasa, kalau melakukan regular maintenance , mungkin boleh prolong kan jangka hayat laptop C360.Tapi,mungkin dah tiba masanya ia pergi.

Perkenalan kita tak selama mana,tapi kau banyak membantu ku.Kaulah yang sentiasa menemani dan penyumbang terbesar dalam usaha aku untuk menamatkan zaman universiti.Dari menulis assignment sehinggalah membuat programming sampailah mendownload big bang theory.

So again, thank you, friend.

Tweet!
Tweet!
The Engineer
IMG_9826
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Kuantanese
  • Icon Arifa
  • Icon Azeyah Khiyon
  • Icon Meen
  • Icon Neen
Iklan
Mereka
Pembaca
Arkib