Archive for the ‘Berniaga’ Category
Jom ke mini Bazaar!!
Holla terutama kepada Orang Kuantan, hari minggu ini bersamaan dengan 12 June 2011, adakan diadakan satu mini bazaar.Pelbagai barangan akan di jual serendah rm5 hinggalah ke atas.Bawa rakan-rakan dan keluarga untuk mengunjung booth-booth kami yang menawarkan pelbagai barangan yang brand new hinggalah preloved/secondhand.
Sambil membeli belah, anda juga boleh menikmati minuman percuma, ye saya ulangi, PERCUMA.There’s going to be music, mungkin live music dendangan our very own nadia rustham haaa, mana tahu kan?
bawah ini di sediakan map untuk ke tapak lokasi.
untuk lebih informasi boleh ke page rasmi swagged bazaar.
Okey see you guys there.
Feekir
Project: (Code Name) Silver Flock = Kepada yang tidak berhenti-henti memberi sokongan kepada penyanyi kecil, Batrisyia bolehlah melawat ke halaman web ini untuk mendapatkan info tentang Trisyia Azman.Untuk mendapatkan info-info semasa bolehlah menyertai page fan Trisyia.
Kami sedang menyiapkan prototype untuk cover bagi iPhone 4 untuk Feekir.Projek ini sedang dalam progress dan kami harap projek ini dapat di habiskan sebelum bulan Ogos 2011. ![]()
Project(code name) Marissa: untuk pencinta kamera, boleh lah melayari halaman web ini untuk memuaskan nafsu hobi kamera anda.Menawarkan harga yang cukup untuk istimewa bagi kamera dan gadget seangkatan dengannya seangkatan dengannya, so apa tunggu lagi?
Diharapkan penggal akhir 2011 ini, semuanya akan berjalan dengan lancar.Amin.
Apple’s iPad 2
3 perkataan thinner, lighter, faster.3 perkataan ini cukup untuk mengambarkan kelebihan iPad 2 keluaran Apple.Secara sedar tak sedar,hari yang di tunggu-tunggu telah tiba.
Semalam, Steve Job telah mengumumkan produk terbaru keluaran Apple iaitu iPad2.Pelbagai pembaharuan telah di buat untuk iPAd terbaru ini termasuklah processor A5 yang lebih mantap, 33% lebih nipis dari iPad generasi pertama, dan juga lebih ringan.
Jadi what to expect daripada iPad2 ini? 2x ganda kelajuan pemprosesan daripada iPad,9x ganda kelajuan grafik dan perlu di ingatkan iPad tidak pernah lag,jadi bayangkan betapa lajunya iPad2 ini.10 jam jangka hayat bateri untuk satu kitaran dan sebulan kalau dibiarkan dalam standby mode.
Disini ada beberapa video keynote dari Steve Jobs tentang iPad2 jadi sama-sama kita saksikan.
Kepada yang gemar mengedit video,aplikasi iMovie turut di sediakan, dan segalanya nampak lebih mudah berbanding dari melakukan editing dari iPhone 4, tapi mana ada phone lain yang membenarkan video editing terus dari phonenya kan? ![]()
Kepada yang suka facetime (video calling) kini iPad 2 turut menawarkan kelebihan yang sama, dana nda boleh turut ber facetime dengan pengguna iPhone 4.So Cool huh?
Kepada yang berminat untuk menempah iPad2 di Malaysia boleh berbuat demikian.Feekir.com menawarkan pengkhidmatan ini, so, jadilah orang yang pertama untuk memiliki gadget terbaru ini.
We are going to shipped WHITE from day 1 – Steve Job for iPad2
Untuk lebih info sila ke sini.
Pertanyaan boleh di tanya dengan Encik Nazz.
Feekir newest logo,CHECK IT OUT!!!
Okay after a few adjustment, this is our final result for Feekir.So check this out.
Remember, think different, people might call you crazy, but we call you genius.
Cause only genius are the people who crazy enough to think that they can change the world.
And they succeed.
Feekir.
satu benda saya tak faham
Website ada.Hebat.Register pun online.Canggih.Bukti register diprint.Smart.Data semua ada dalam server.Stylo.Jumlah masa nak buat pendaftaran mungkin tak sampai 5 minit kalau server tak busy.Cepat dan pantas.Semua bunyi macam world of the future kan?dunia di hujung jari.
Bank,Bil,Pendaftaran,Lesen, road tax semua dah pakai sistem ini.Memudahkan kehidupan manusia yang sentiasa tidak mempunyai masa yang banyak kononnya, di kala mengejar perkara lain yang lebih penting.
Kepada yang berkemampuan, yang mempunyai smartphone,semua ini boleh di buat dari atas katil je,tak payah nak buka laptop, tak payah nak on wifi, tak payah slide-slide iPad.Pakai tepon sudah.Tengah-tengah fruit ninja pun boleh pause kejap, register, then masuk balik sambung main.
Tapi satu benda saya tak faham, walaupun semua benda ini dah ada, dengan sistem yang hebatnya bagai sampai boleh bar student, detect student ponteng, detect itu, detect ini, kenapa still kena ada MANUAL registration?kalau dah register tu, dah registerlah kan?sistem boleh detect kalau registration fee tak di bayar dengan hanya sync kan dengan server.Jadi what’s the point nak kena beratur pepagiĀ pergi register lagi?Nak cop segala, apa benda ini?kalau nak continue buat Manual, tak perlulah beronline segala.Tunggu je time tu, kita isi borang time tu.
Ini bukan apa, sebab saya rasa, satu, membazirkan masa,lagi satu, membazirkan kertas.Penat wei nak gi beratur buat benda yang sama.Dua kali kerja.Benda yang boleh sekali jalan, buat sekali cukuplah, kenapa nak gi buat lagi.Macam pergi makan dekat kedai, balik rumah , pergi balik kedai minum pula.Bazir masa, bazir minyak kereta,bazir tenaga, buat orang kedai penat dua kali nak ambil order,dua kali nak beratur kat kaunter ..(ok contoh ni agak ke laut..haha).
*Kenapa nak buat dua kali , kalau sekali dah boleh settle? hurm….
Saya tulis, sebab saya kisah, dan sebab saya tak okay lol
Cupcakes , aku rindu
Dulu-dulu aku di gelar vampire bukan sebab muka aku mirip edward cullen tapi pasal aku tak tidur.”Haaaah, pergi clubbing ar ni,”,”Eh,mana ada,”sambil mengeleng-geleng kan kepala aku yang tidak gatal <—— macam salah penggunaan ayat je ni.Sebenarnya nak di terangkan kepada para pembaca semua,sebenarnya saya telah menjalankan satu perniagaan kecil-kecilan.Buat cupcakes, tak percaya?believe it and because saya pun tak percaya hahaha.
So selama hidup ni tak pernah ke dapur kecuali nak makan dan minum atau pun buka peti ais nak amik cekedis dan aiskrim, memang tak pernah lah ke dapur untuk memasak.Adik aku pun rajin, at least ke dapur untuk membantu ibu menumbuk kerisik kalau raya nak dekat.Saya?setakat menjamah rasa rendang jer, eh ok apa!!!
.
So idea ni timbul bila saya dah berjaya menjalankan praktikal dengan jayanya di BI Technologies sebagai seorang assistant engineer yang berwibawa dan tekun dan rajin dan bermutu dan memacam lagi korunk try lah add sendiri yerp.So, ada cuti dua bulan dan saya yang sedang bercuti ni malaslah nak bangun tengahari dan tidur subuh kan?jadi carilah idea nak buat apa, kalau nak pergi cari kerja, macam agak susahlah company nak ambil hanya untuk 2 bulan itupun kalau apply dapat terus kalau terpaksa menunggu sampai bulan Jun bukan tinggal sebulan je ke?Kalau nak bekerja di pasaraya atau di mall2 mungkin okey kalau nak timba pengalaman tapi tengok working hour yang lama dan gaji yang sedikit plus untuk part time , sales tinggi pun tak dapat komisen,macam tak berbaloi pun ada juga.So saya cuba alternatif lain, try tgk dekat internet mana tahu jumpa idea kan… tiba-tiba tengok benda kecil dan comel ni so datanglah idea untuk buat cupcakes ni.
Plan bersama aunty Tma aku yang memang ada skill dalam kek – kek ni, aku timbalah ilmu nak buat.So aku try buat yang first dapatlah dalam 40 biji.Design jangan cakaplah memang tak berapa nak lawa.Alah menda first time kot, tapi satu benda yang aku rasa bangga tapi tak sampailah riak, riak dosa,aku suka rasa kek aku.Aku kalau best kata best tapi kalau tak best kata tak best.Pelbagai masalah muncul jugak memula ni.Aising tak keras,kuih bentat dan memacam lagilah.

Ok, ni adalah design2 cupcakes yang lama.Antara yang 40 biji terawal tu, tengok balik memang kelakar sungguh.Tapi yang mengejutkan aku adalah, 40 biji yang terawal ini sold out the first day and ada yang merungut dan memerli aku pasal buat 40 biji, orang lain nak jugak rasa.Aku ingat lagi time aku bawa kek-kek ni dekat bowling alley,nak introduce ke kawan-kawan megalanes aku dekat situ, datang seorang uncle ni tengok dah tinggal 5 biji je, so aku budget dia amiklah 2,3 kan tetiba”saya angkat semualah”, hahaha rezeki,rezeki
.Bila aku dah tutup kotak kek tu, datanglah Keju dengan Potter datang sempat merajuk tak tunggu die orang pun nak bagi rasa.So, aku pun apa lagi bersemangatlah nak buat kan.
Sejak dari hari itu mulalah business cupcakes aku.Seronok buat benda alah ni pasal kita buat dari tak ada apa-apa then hasilkan produk and jual.Seronok, serius seronok.Itu yanga ku bersemangat sangat buat sampai ke subuh tu.Kalau korunk yang pernah bake atau pun tunggu mak ayah bake kat dapur, mesti boleh imagine time oven korunk bunyi “TING!!!”, mak aih, bau dia, ghau-ghau bau dia.Terliur, serius tak tipu.Kira 2 bulan MAY,JUN memang agak masyuk jugaklah pendapatan dia, apa yang aku hilang adalah masa tidur.Boleh pulak aku lupa nak tidur, kalau dulu orang kata dekat aku,dia lupa nak tidur, aku kata dia dah tak betul.Start dengan butter sekarang berjinak-jinak dengan coklat pulak.Aku tak buat coklat sebab nak tumpukan butter jer, tapi bila permintaan terhadap coklat agak tinggi, so aku try buat juga.Memula rasa pahit,maybe pasal banyak sangat letak, then rasa dia terlabik boss!!Benda yang aku paling puas hati bukan dengar aku puji diri aku sendiri tapi bila dengar customer yang puas hati dengan kek.
Walau bagaimanapun aku terima banyak comment yang mengatakan aising terlalu manis.So aku trylah nak solve kan benda ni dengan bertanyakan otai-otai , tapi dieorang tak de solution,because the aising is mainly made from sugar.So kat sini cara dia macam mana nak bagi gula jangan manis.Haa kalaua da orang ada formula ni, boleh lah bagi for sure semut tak datang rumah korunk.salah satu solutionnyer yang aku dapat adalah memperkenalkan buttercream so less sugar tapi bagi aku butter ney macam muak sikit.Tapi ada customer suka so customer is always right kan?Aku ada beberapa kali membuat cupcakes untuk orang kahwin dan untuk orang bertunang.Hari itu time kahwin Mamin, Paps order 200 biji.Aku samapi kuantan pukul 7 petang jumaat and wedding Mamin hari sabtu.nasib baiklah aunty aku dah siap buat separuh, so takdelah penat sangat.SUBUH chor balik, kul 8 pagi balik dari umah aunty aku hahaha.Nasib baik sempat hehehe.
sekitar wedding Mamin, sebenarnya ada video nak upload tapi tak tahu apsal internet lembab semacam je,so nanti2 lah.Sekarang dari design2 cupcakes dah semakin orait dari mataku. ![]()
Dan yang paling latest
macam tak sabar kan nak raya?bukan apa setelah mennunjukkan design terbaru ni.Tempahan demi tempahan telah datang sehinggakan aku terpaksa pulang ke Kuantan pada hujung minggu nni semata-mata untuk menghantar cup yang telah habis, bukan eksen nak beli yang KL tapi di Kuantan stock hanya akan sampai selepas raya.So hendak tak hendak kena lah balik jugak.dapatlah aku membuat tempahan cupcakes untuk hari merdeka nanti.So sebenarnya nak cakap memanglah sangat di rindukan buat cupcakes ni tapi nak buat macam mana, den belajo lagi, kalau den tak belajo boleh tumpu perhatian buat menda ni.Takpe, den bertekad nak habis belajar dapat ijazah.Mana tahu dapat jadi usahawan yang berijazah haaa, baru semart skit,kan, kan, kan?Pengalaman penting tapi ilmu jangan lupa, kalau den belajar teori cara nak buat jer, confirmlah den tak reti nak buat menda alah ni…Okey Tata~















