Setiap gambar ada cerita (instagram versus pudding.to)

Yuna kata ” pada setiap gambar ada lagu”,bagi aku ianya lebih daripada itu.Selain lagu,gambar juga boleh menyimpan seribu satu cerita.Tentang rasa, perasaan dan juga memori.Sekerap mana anda semua menangkap gambar ? lebih banyak gambar di tangkap, lebih banyak memori dapat  disimpan.

Memori manusia mempunyai had(kalau dalam kes aku sendiri mungkin hanya 128MB) dan menangkap gambar atau menyimpan gambar adalah salah satu cara yang terbaik untuk memastikan pengalaman atau sesuatu memori itu tidak luput begitu sahaja.Boleh di umpamakan gambar sebagai cakera keras untuk manusia.

Walaubagaimanapun, kebanyakan orang pada masa kini, termasuk aku sendiri lebih senang dengan merakam video daripada menangkap gambar.Video merupakan salah satu alternatif untuk merakam peristiwa penting dalam hidup seseorang.Siapa yang mempunyai rakaman video sewaktu berumur 3 tahun, atau sewaktu majlis perkahwinan ibu bapa  mereka 25 tahun dahulu?aku masih lagi menyimpan koleksi kaset video tentang majlis majlis tersebut.Masalah yang sedang aku cuba selesaikan ialah bagaimana ingin memindahkan rakaman video dari video kaset ke dalam komputer.Bayangkan kalau video 20 tahun lepas di convertkan dlam bentuk HD.It’s going to be like “I’m in HD 20 years ago!!Yeay!!” hahahaha.

Kalau di bandingkan dengan gambar, menangkap gambar lebih mudah.Bagi aku, gambar adalah salah satu medium yang boleh merangsangkan imaginasi seseorang berbanding dengan video.Dengan melihat sebuah gambar, kita boleh mengingati kembali saat, perasaan ketika ia diambil.Mungkin ia majlis hari jadi, perkahwinan, bersiar dengan rakan, ataupun konvokesyen universiti.

Dari perasaan , pengalaman dan memori itulah boleh datangnya ilham seperti yang Yuna katakan “Setiap gambar ada lagunya”. Mungkin muzik latar belakang pada ketika butang ‘capture’ di tekan boleh mengimbau kenangan masa lalu, lalu tercipta sebuah lagu atau melodi yang tersendiri.*bermadah much?

Ada pelbagai cara untuk menangkap sesebuah gambar.Dari telefon bimbit hinggalah ke kamera berkuasa tinggi seperti DSLR.Tidak di nafikan kini gadget sangat mudah didapati di pasaran pada harga yang berpatutan .Ramai yang suka menangkap gambar dan menyimpannya di dalam pelbagai jenis medium.Ada yang suka berkongsi di halaman muka buku, twitter, foursquare,  dan flickr.Kepada yang menggunakan iPhone dan terutama sekali kepada para penggemar gambar dan jurufoto, mesti tidak melepaskan peluang untuk berkongsi gambar di instagram dan terbaru sekali pudding.to.

Salah satu masalah yang mungkin akan timbul adalah masalah ruang untuk menyimpan kesemua gambar ini. Memandangkan saiz gambar yang semakin lama semakin besar, (High Def) ini menyukarkan kepada mereka yang mempunyai ruangan yang terhad.Kpada yang berminat dalam merakam video mempunyai masalah yang lebih serius.Bayangkan mereka yang gemar merakam video ( 5 minit video dengan video full 1080 iPhone4s sudah mengambil hampir 600-700 mb, not to mention dengan kualiti 4k akan datang).

Anda tidak perlu menjadi seorang jurufoto profesional untuk menangkap gambar .Pendapat profesional berpendapat,kita memerlukan imaginasi dan juga kreativiti untuk menangkap sebuah gambar.Pada aku, untuk menangkap sebuah gambar hanya perlu keseronokan dan juga keikhlasan.Asalikhlas je, cantiklah gambar tu, melainkan kalau anda mengunakan DSLR,ikhlas mungkin tidak mencukupi kerana anda perlu belajar tentang shutter speed and those technical thingy hehehe.

Anda tidak perlu menangkap gambar yang terbaik untuk memastikan anda memperolehi memori yang terindah.Sekiranya anda boleh mengimbau kenangan manis lalu hanya denga menatap sesebuah gambar itu, you are there already.

Jadi sebagai konklusi, setiap gambar bukan setakat ada lagu tapi juga ada cerita di sebaliknya.Untuk informasi yang lebih berkaitan dengan instagram dan pudding.to boleh la ke sini.

Ikuti saya di instagram (radinfadli) dan pudding.to (radinfadli).

Kadang-kadang

kadang-kadang

senyum bukan erti bahagia, tapi memendam duka

kadang-kadang

nampak mewah, tapi hati tak tenteram

kadang – kadang

harta melimpah ruah, tapi tak bersyukur

kadang-kadang

nampak lelaki, tapi jiwanya halus

kadang-kadang

dia pelangi, tapi mencari mentari

kadang-kadang

rasa hidup tidak adil, tapi semua pun rasa begitu

kadang-kadang

hulurkan cinta, tapi tidak dapat balasan

kadang -kadang

rasa megah, tapi lupa itu kurniaan Allah

kadang-kadang

rasa bongkak, tapi lupa itu perbuatan terkutuk

kadang-kadang

kita menasihati, tapi sendiri duduk mengata

kadang-kadang

rasa diri dah betul, tapi lupa tiada manusia sempurna

kadang -kadang

belajar tinggi, tapi akal paras buku lali

kadang-kadang

wajah indah, tapi hati hitam

kadang-kadang

aku sendiri terlupa, tapi tiada yang sudi mengingatkan

kadang kadang

kita lupa, kita semua lupa, kita hanya manusia

Andai aku tertegur, aku menyampaikan, bukan bermakna aku sempurna, aku rasa baik. tetapi kerana aku ingin kau jadi lebih baik daripada aku – Neen

Lelaki itu dan wanita ini

Dunia ada dua

Dunia sebelum dan selepas

Dunia hidup dan dunia mati

Seperti biasa, aku bicara

Bukan madah dendam, bukan bicara cinta

Sekadar renungan kita bersama

Mereka kata lelaki dan wanita

Dua makhluk, dicipta berbeda

Jasad tak sama, pemikiran tidak serupa

Tapi jangan pula di salah sangka

Dunia akhir, berubah sudah

Lelaki ingin wanita, itu lumrah

Lelaki jadi wanita, itu naya

Mulut wanita, kata-kata berbisa

Kalau tidak di jaga, dosa merata

Lelaki tidak gossip, wanita lebih suka

Kata nama lain, fitnah sebenarnya

Kalau duduk semeja,memang tidak ngam

Lelaki bicara bola, wanita dengan cinta

Tapi, kini tidak lagi

Gossip di cerita, nafsu menguasai

Sayang si lelaki, berbicara pasal agama

Hebat tak terkata, tinggi ilmunya

Sayang si lelaki, sayang dirinya

Kelakuan berlainan, langsung tidak sama

Ada pun wanita,makhluk ini istimewa

Gossip menjadi bualan harian,

Penambah dosa, yang menimbun tinggi

Ramai yang pelik, ramai yang bertanya

Mengapa mereka berdua, boleh sekepala

Jawapan mudah , senang cerita

Lelaki tabur duit, wanita pengikis harta

Hairan itu bukanlah punca

Kalau sama jiwa, sama rasa

Ini bukan madah dendam

Bukan juga peringatan suram

Sekadar perlian, untuk mereka

Yang tidak habis- habis mengumpul dosa

 

 

 

 

 

 

 

Kerana Sebatang Mentos

Dimulakan cerita, aku sedang menunggu si Apek untuk men”jailbreak”kan iPhone barunya.Dalam proses menunggu tu, aku lena di ulit mimpi, sedar-sedar dah pukul 10.30pm.Beberapa ketika, kawan lama aku tu dah tercegat di hadapan rumah.Tersengih dia tengok aku yang terbkebil-kebil dalam proses cuba untuk membuka kelopak mata yang masih separuh di alam mimpi.

Sambil duduk-duduk tengah dalam proses men’jailbreak’ tu sempatlah kongsi cerita, lama dah, dah tak kongsi cerita.Kongsi cerita, bukan gossip, lelaki don’t do gossip, well, ada yang buat, aku tahu hahaha.Aku tertarik dengan satu add on yang ada pada iPhone Apek,berkenan pula, nantilah aku beli satu.Boleh cegah habuk dari masuk ke dalam phone hurm, nice.

Beberapa ketika kemudian,icon Cydia yang famous tu, terpampang di Springboard dia, bukan main seronok tengok reaksi si Apek.Mesti dah plan macam-maccam nak buat dengan iPhone baru dia tu.Tak berapa lama kemudian,Apek beransur pulang, hilang di dalam kegelapan bersama kereta Porche hitamnya.

Aku ingat nak sambung tidur, tapi aunty kesayangan pula call, aku dah separuh terlelap ketika dia meminta kau supaya aku mendapatkan cerita Keramat untuknya, satu je respon aku, jangan buang masa tengok.Memang aku tengok free, tapi 1 jam 15minit aku tu siapa nak pulang kan balik?amat menyedihkan, sebab trailer agak gempak, tapi cerita tak strong, tak tahu hujung pangkal, kait mengait, skrip lemah, tak tahu kenapa dia orang lepas masuk wayang, telefilem pun macam susah je qualify, harap mutu filem boleh di kaji.Watak rebecca yang tetiba berubah jadi pemarah, tetiba ada hantu makan anak dia, datang mana hantu pun tak tahu.paling kelakar, watak ustaz, kenapa ustaz kena cakap macam tu, cakap melayu kan senang.

Tepat pukul 11.45, si fique call ajak aku minum.Aku yang masih mamai ni, dah makin hilang mamai, sebab orang asyik menelefon.Pelik , mereka cari aku di waktu malam, mungkin mereka dah tahu aku siapa agaknya,one of the Cullen.JK.

Aku bersiap, keluar, fique sampai.Singgah 7 E beli topup, si fique pun nak beli juga.dalam aku tunggu si Fique bayar, aku terpandang dekat mentos yang agak pelik, rupanya ada mentos baru, aku tak tahulah baru tahap mana atau aku yang noob.Dia mentos yang berperisa mint, makin bawah,makin berangin kuat.So aku grab lah satu, nak try.

Lepas bayar topup, aku ambillah topup dengan tangan yang pegang mentos tadi.Cashier tu diam je.Bila aku dah sampai kereta, time nak buka pintu,*still pakai tangan yang ada mentos dengan top up tadi, tergerak hati aku, bila masa aku bayar untuk mentos nih?Terus aku meluru masuk dalam 7E.Cashier tu ingat aku tertinggal something,tapi aku cakaplah “wak, saya lupa bayar nih” senyum je si cashier tu, tak tahulah,senyum sebab mentos ke , atau sebab dia memang berharap aku datang lagi jumpa dia.Hahaha.

ni bukan mentos tu, mentos tu dah habis dan aku dah buang

Jadi itulah kisahnya, kalau nak di ikutkan ,memanglah aku boleh blah dari situ, dengan mentos ‘free’ tapi aku takut, dosa aku bertambah hanya kerana sebatang mentos berharga rm1.40.

THE END.

Aplikasi iPhone4s/iPhone4 yang ada

Kelmarin baru sempat nak buka email dan kebanyakan orang bertanyakan tentang jailbreak, port Siri dan aplikasi yang patut ada dalam iPhone4s dan iPhone4 mereka.

Soalan pertama bagi jailbreak, jailbreak untuk ios5 5.0.1 sudah boleh didapati bagi iPhone4,iPad1 dan iPod Touch.Bagi iPhone4s dan iPad di jangkakan akan keluar pada minggu ini atau minggu hadapan,memandangkan terdapat spekulasi sama ada ‘Dream Team’ akan mengeluarkannya secara umum sebelum atau selepas Apple melancarkan firmware terkininya.Jadi mohon bersabar. Note:Kepada mereka yang ingin menghantar phone mereka untuk di jailbreak,mohon maaf sangat – sangat, saya tak menerima permintaan sebegitu dah.Saya tahu ada yang begitu teruja sehingga sanggup menghantar dari luar kawasan,nasihat saya, cuba JB sendiri, tak susah sebenarnya.

Kepada yang bertanya Port Siri, ingin saya maklumkan bahawa, port untuk Siri amat sukar di dapati.Sangat-sangat sukar didapati.Sangat payah dan sukar.Kenapa saya ulang sukar dan payah, sebab saya nak galakkan anda untuk membeli 4s sekiranya ingin menggunakan Siri.With  dual core and 8 megapixel, tambahan dengan personal assistant sendiri, it’s worth it.Lebih menyenangkan kerana anda kini boleh membeli terus dari Apple Store,jadi tiada kontrak.Nota:Get an iPhone4s , just like I did Grin .

Seterusnya,aplikasi apa yang patut ada untuk iPhone 4s/4 anda?Sebenarnya ia bergantung dengan apa sebenarnya yang anda inginkan.Adakah anda seorang yang menggunakan iPhone untuk bersosial, atau untuk kerja , ataupun sekadar memenuhi masa lapang dengan bermain permainan video.Disini akan saya senaraikan beberapa aplikasi yang saya gunakan.

1. Find My Friends

Aplikasi terbaru Apple, Find My Friends, boleh di katakan serupa seperti Foursquare. Sekiranya anda inginkan kawan atau peminat (kalau adalah) untuk mengetahui tempat -tempat menarik yang anda kunjungi, aplikasi ini amat sesuai. Find My Friends menggunakan GPS dan GLONASS yang membolehkan anda berkongsi setiap aktiviti dan pergerakan anda dengan orang yang anda pilih (jadi pilihlah dengan berhati-hati) dan begitu juga sebaliknya. Apa yang anda perlukan ialah iOS 5, an Apple login, dan rakan anda perlu memberi kebenaran untuk dijejaki (sekali je pilihan ni)  dan anda boleh melihat mereka bergerak di atas peta iPhone 4s anda— dan mereka juga boleh melihat anda di  iPhone, iPad, atau iPod touch. Walaubagaimanapun terdapat pilihan untuk tidak berkongsi setiap aktiviti anda itu, dengan menutup lokasi tempat anda berada.*Sesuai untuk pasangan yang ingin mengetahui kemana pasangan anda merayap hehehe.

2. Google earth

Bagi yang pernah menggunakan google mesti tahu bagaiman ianya berfungsi kan?Jadi dengan keupayaan Chip A5 terbaru untuk iPhone4s, Kehebatan visual Google Earth adalah aplikasi paling sempurna untuk menunjukkan kehebatan iPhone 4S dari segi kelajuan,grafik, dan kebolehan GPS/GLONASS. Kehebatan apliaksi boleh menunjukkan kedudukan anda yang berada di Malaysia sehingga ke bandar New York dengan sekelip mata berserta dengan persekitaran anda.

3 Videolicious

Aplikasi ini tidak ada kena mengena dengan Fergie ok, ia merupakan aplikasi kreatif untuk membuat mini video projek.Terdapat beberapa senarai kategori yang boleh dipilih  termasuklah Real Estate Listing Video, Birthday Party Video, Trip Documentary, and Video Resume. Pilih salah satu dan Videolicious akan membawa anda ke langkah-langkah yang seterusnya untuk membuat sesuatu video tersebut. Mula-mula anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan gambar atau video(walaubagaimanapun, anda tidak boleh edit  mereka dalam aplikasi ini, sedih sikitlah), kemudian anda boleh rekod voiceover, dan memilih muzik anda sendiri , hasilnya anda mempunyai video yang menpunyai gambar dan muzik.Saya akui aplikasi ini agak terhad dari segi kebolehannya , tapi untuk benda yang percuma ia agak seronok untuk dicuba dan diguna pakai.

4.iMovie

Yup, iMovie dah berada sekian lama di pasaran tapi kenapa saya masih mengatakan anda memerlukan iMovie khususnya dalam iPhone4s anda?Jawapannya full 1080p30 HD.1080p30 HD dengan fungsi stabilization atau keseimbangan, supaya video anda tidak rosak atau buruk akibat tangan anda yang tak boleh bendung, yang ketar – ketar lah .  Aplikasi iPhone ini membolehkan anda untuk  trim footage, move frames around, add themes, effects, still images, dan juga musical soundtrack. iMovie.Selepas habis mengedit, anda boleh kongsi video anda di YouTube, Facebook dan website-website yang lain. Anda juga boleh menggunakan AirPlay dan Apple TV untuk melihat video anda di skrin besar HDTV anda, terbaik kot  Grin .

5.Path

Mungkin anda seorang yang suka bersosial di alam maya.Aplikasi ini mungkin sesuai untuk anda.Walau bagaimanapun, path tidak seperti facebook, atau myspace, kerana ia lebih merupai kepada jurnal di mana isi kandungannya mungkin lebih peribadi.Anda boleh mengupdate status anda,muzik yang anda dengar, video, lokasi anda dan juga berkongsi gambar.Filter yang di sajikan oleh  Path agak menarik walaupun di bandingkan dengan Instagram (radinfadli).Anda juga boleh memilih untuk membenarkan rakan-rakan untuk mengikuti Path anda kerana jumlah rakan yang boleh mengikuti anda adalah terhad.

6. Drop Box

Dropbox untuk iPhone ini adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda membawa semua gambar, dokumen dan video kepunyaan anda ke mana sahaja.Selepas anda install Dropbox di komputer/laptop anda, apa-apa sahaja fail yang anda savekan dalam Dropbox akan secara automatik di savekan ke komputer anda, iPhone anda, dan juga iPad anda.Dekat website Dropbox pun ada.  Anda boleh baca dokumen yang anda savekan tadi di mana sahaja anda berada, selain itu anda boleh juga kongsikan dokumen anda bersama teman–teman (kawan-kawanlah).Kalaulah nasib anda malang, tertinggal iPhone dalam teksi atau bas, dokumen anda still ada di Dropbox.Kiranya ada backuplah.

7 Find my iPhone

Aplikasi ini seperti nama dia adalah untuk mengesan iPhone anda yang hilang, ghaib, diculik, dirompak, di curi dan di rampas oleh pengetua sekolah. Aplikasi ini adalah untuk mereka yang mempunyai iPhone 4/4s, iPad, or 4th generation iPod touch (iOS 4.2 atau yang lebih terkini). Hanya perlu sign in dengan Apple ID anda dan  turn on Find My iPhone untuk mendapat kedudukan iDevice anda.Mempunyai kebolehan untuk mengunci (lock) iPhone anda dari jauh, dan sekiranya memang tak ada harapan untuk mendapatkannnya kembali, ia menawarkan pilihan untuk mengformat iPhone anda dari jauh.Sobs.

 Kita berhenti sampai 7 lah eh?nanti ada masa saya sambung lagi.

*Kepada yang ada pendapat tentang aplikasi apa lagi yang bagus dan bermanfaat, silalah kongsi disini

Sumber Image dari google (kes malas nak print screen ahaks!!)

Anak Aset ke Syurga atau Neraka.

Jom kita hayati ini, ceramah oleh Ustaz Don Daniyal

“Kalau hari ini anak-anak nampak agama itu kecil, tanggungjawab ibu bapa untuk bagi dia nampak besar” – Ustaz Don

3 perasaan aku rasa lepas tengok video Ustaz Don nie.

1. rasa insaf bila ada perkara yang ustaz ni cakap, aku belum tentu boleh buat dengan sempurna.

2. Rasa sedih sebab dulu tak belajar agama betul-betul, rasa kerdil je ilmu ni.

3. Rasa takut.Aku lihat dengan gejala sosial yang berleluasa masa kini, amat                      menakutkan.Tak payah pergi jauh ke luar negara, sekeliling aku pun cukup. Cry

Sama-sama lah berubah eh…