Archive for the ‘eyes on me’ Category

The Long Distance Relationship

While surfing the internet,not the ocean obviously,I came across this video about long distance relationship.Somehow this video moves me, and its pretty hurt to see such things happen.

and if you love the video please vote it at http://www.bmwshorties.com.my/2011v2

Peace out~

Lelaki ini yang berbintang Scorpio

Aku bukanlah seorang yang percaya kepada zodiak, tapi aku berpendapat apa yang di tulis tentang zodiak seseorang adalah melalui kajian dan pemerhatian daripada pakar yang suka mengkaji manusia dan hasilnya timbullah keputusan seperti berikut.

Of all the zodiac signs, this one has the most direct personality.

The Scorpio is one of the most loyal of the Zodiac signs and backs that loyalty with both words and actions, but you have to earn their respect.

A Scorpio individual is characterized with an attractive personality.

Scorpions can be deadly dangerous people in terms of anger. Once wronged or once their pride has been diminished, the game of courtesy is over and you can expect merciless lashing. 

A Scorpio’s deep insight into every thing makes him difficult to be understood. 

If you have a Scorpio as a friend, you have a very loyal friend indeed.

You might think that the Scorpio is an uncaring individual because of their tough exterior and direct manner. This is simply not true. Emotions run deep in the Scorpio personality and often they can’t express them openly or choose not to do so.If they love you, they love you deeply but if you cross them, they keep score.The emotionally wounded Scorpio either leaves your life forever or finds a way to settle an emotional injury. The Scorpio retaliation is one of the worse of any of the Zodiac signs. It leaves the object of his anger devastated with an often well thought out plan for revenge. Don’t ever let that cool exterior fool you, the Scorpio emotions run deep and strong. If they’re angry, they leave a path of carnage.

If you’re lucky enough to get close to this more introverted personality of the Zodiac signs, you’ll find a true friend that helps move mountains when it’s necessary to solve your problems.

Saja je nak buat entri ni,nak buat research tentang diri, tapi kebanyakan dekat atas tu memang gambarkan aku pun, jadi kalau yang baca tu fahamlah ye.

 

Wordless Wednesday

Awak percaya apa?

Kita di kurniakan dengan pancaindera yang lengkap dan cukup.Setiap satunya berfungsi seperti yang telah di tetapkan.Melalui pancaindera ini jugalah kita berinteraksi dengan dunia.Dalam dunia ini juga terdapat pelbagai jenis manusia, terdapat pelbagai jenis ragam dan terdapat banyak perangai.Tapi topik entri kali ini adalah percaya,jadi..

Awak percaya apa? soalan yang di ajukan kepada pembaca.Ada orang percaya apa yang dia lihat,ada yang percaya apa yang dia dengar,ada yang percaya apa yang dia fikirkan,dan tidak kurang juga yang percaya apa yang dia rasa.

Percaya dengan mata.Apa  yang dilihat, dan di pandang itulah yang dianggap benar.Tapi betulkah mata anda boleh di percayai?bagaimana dengan makhluk ghaib?adakah mereka tiada sebab anda tak nampak mereka?jadi mata boleh di percayai hanya pada sesetengah perkara sahaja.

Percaya dengan telinga, iaitu apa yang di dengari.Tapi sejauh mana kepercayaan terhadap apa yang anda dengar boleh digunakan?bagaimana kalau apa yang anda dengar adalah pembohongan semata-mata.Khabar angin yang di bawa oleh orang yang khianat dan berniat tidak elok… jadi telinga pun hanya boleh dipercayai sampai satu tahap sahaja.

Percaya dengan apa yang di fikirkan,menggunakan akal.Membuat analisis dan kesimpulan.Mungkin ada yang beranggapan ini adalah yang terbaik.Tapi bagaimana kalau benda-benda ghaib?boleh jadi gila kalau menggunakan akal untuk memikirkannya.Jadi akal pun terhad.

Percaya dengan apa yang di rasai,menggunakan hati.Kadang-kala ini yang terbaik, kadang-kala ini yang paling tak baik.Hati adalah bahagian yang paling jujur dengan kita, jadi keputusan berdasarkan hati adalah yang terbaik, tapi, ada tapi, pernah dengar pepatah, kalau ikut hati mati.Selalunya hati ini agak extremist sikit.Bergantung kepada karakter seseorang itu, kadang-kala orang boleh boleh jadi degil kerana hati nya dah keras.

Jadi kalau semua tak boleh di percayai, nak guna apa?gunakanlah kesemuanya.Gunakan mata untuk melihat situasi, gunakan telinga untuk mendengar informasi,gunakan akal untuk mentafsir baik buruk dan gunakan hati untuk membuat keputusan berdasarkan info-info dari pancaindera yang lain.

Walau bagaimanapun, hati adalah medium yang paling penting, sebab apa?sebab selepas semuanya ditimbang kira, keputusan tetap melibatkan hati.Jadi kalau nak percaya, percayalah pada hati.Sebab nak cari yang Esa pun kita kena pakai hati, anggota lain tak boleh.Tapi pastikan hati kita bersih ye Grin

 

Breaking Dawn Part 1

Edward,Jacob,Bella nama-nama yang sinonim dengan siri pontianak twilight.Minggu ini breaking dawn pula akan keluar menyusul.Breaking Dawn adalah buku terakhir dalam siri twilight, dan seperti kebiasaannya apabila sesuatu trilogi itu akan berakhir, pengarah akan cuba untuk mengaut keuntungan yang lebih dengan, guess what? menjadikan satu cerita kepada 2 parts, yup Breaking Dawn yang akan keluar adalah Breaking Dawn – First Part.Ini bermaksud anda terpaksa menunggu hingga tahun depan untuk menyaksikan kesudahannya.

SPOILER ALERT OKEY,JANGAN BACA KALAU TAK TENGOK LAGI,NANTI ADA YANG MARAH LAK.

Secara keseluruhan cerita seperti biasa banyak tema cinta-cintan.Bermula dari persediaan majlis perkahwinan antara Edward dan Bella,yang diuruskan oleh Alice yang comel (ok nampak sangat aku suka Alice).Segalanya bermula dengan okey dan bahagia, cuma untuk si Jacob jelah, sedihlah mamat badan tough tu sebab Bella tak pilih dia, takpe, tak ada rezeki.

Honeymoon di Brazil selepas perkahwinan, (banyak adegan yang agak berbahaya di sini, kalau anda semua faham apa yang di maksudkan dengan bahaya Pig ) Aku rasa banyak yang akan di potong apabila masuk Malaysia nanti.Beberapa babak seterusnya memaparkan bagaimana Bella menghadapi masalah dengan kandungannya yang mula membesar dan paling membimbangkan sedang membunuh Bella secara diam-diam.(Baby vampire mestilah minum darah kan).

Puak-puak werewolf ni dah tak boleh tahan sebab kalau Bella mati, kiranya perjanjian antara The cullen dengan werewolf akan terbatal sebab melibatkan nyawa manusia.Nak-nak si Sam (ketua wolf) memang tak berapa gemar dengan vampire.Cullen sekeluarga berusaha untuk menyelamatkan Bella, termasuk memberi Bella minum darah manusia (paling kelakar , Bella kata best Frown ) darah manusia best ke?Entahlah.

Semakin lama semakin sihat si Bella, tapi memandangkan Bella kuat minum darah, bekalan di rumah Cullen habis menyebabkan Dr.Cullen dan isteri dan Emmett terpaksa mendapatkan stok darah yang baru.Jadi keadaan ini menyebabkan rumah Cullens adalah sasaran yang paling tepat kerana bilangan cullen hanya tinggal beberapa orang (Edward,Alice, Jasper,Rose) di tambahkan dengan si Jacob dan Seth.

Keadaan bertambah getir ketika si Bella dah sampai masa untuk melahirkan bayinya, (Scene ini agak ngeri) dan akhirnya Bella selamat melahirkan bayinya, future girlfriend Jacob, woww tak dapat ibu dapat anak pun jadi ek?

jadi apa kesudahannya,adakah Bella terselamat?adakah kumpulan werewolf yang di ketuai oleh Sam akan menyerang rumah Cullen?adakah Bella akan menjadi vampire?saksikan ia di panggung berhampiran anda Grin

Red Eyes Bella

 

Kini radinfadli.com

Nak mencari nama bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Mencari nama di sini bukanlah bermaksud menempa nama, atau mencari glamor tapi mencari nama bagi sesuatu.Tak kiralah untuk mencari nama bagi haiwan peliharaan atau pun patung kesayangan ataupun laptop(yup ada orang yang menamakan laptop mereka, macam saya dulu, saya menamakan laptop saya Compaq360).Pencarian nama juga di pengaruhi oleh keadaan sekeliling,sama ada persekitaran mahupun rakan-rakan.

Semasa mula-mula berblog, saya tidak mempunyai idea yang bernas untuk menamakan website pertama saya.Yelah, first time dapat website, jadi belum ada pengalaman untuk memberi nama yang sesuai.Dalam pada masa yang sama, perkataan ‘perlu’ banyak di gunakan dan di muatkan dalam gurauan saya dan rakan-rakan ketika itu, jadi saya membuat keputusan untuk menamakan blog saya sebagai Princ3ofPerlu.com.

Mencari nama yang unik adalah sangat sukar, dan kebanyakan respon yang saya terima, pembaca kadang-kala tidak dapat pautan ke website saya kerana perkataan princ3.Kenapa saya menukarkan E kepada 3 adalah semata-mata bertujuan mendapatkan keunikan , tapi kadang-kala ia lebih banyak menyusahkan para pembaca untuk datang ke blog saya.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menggunakan princ3 sebagai kata ganti nama,atau nama pena dalam penulisan namun, macam cuba mengangkat diri sendiri pula dengan bertindak sedemiikian rupa, jadi saya membatalkan hasrat itu.Lagipun kata ganti nama seperti saya dan aku lebih mudah untuk di tulis * skill malas nak tulis la nih rupanya.

Jadi kalau dulu,its princ3ofperlu, kini its radinfadli.com.Kan lebih senang, nama saya sendiri dah cukup unik, tak perlu nak jargon -jargon bagi memeningkan kepala orang.Google je dapat jumpa muka saya, senang kan?jadi kenapa nak susahkan benda yang senang.

Niat untuk menukarkan alamat halaman sesawang ini (skema tul kan?) berpunca juga daripada alamat email yang baru saya perolehi.Kepada yang ingin menghubungi saya, bolehlah hantarkan email anda kepada pae@radinfadli.com. Okey bunyi macam main-main tapi email ini memang wujud yer kawan-kawan dan jangan bimbang , saya akan membalas setiap email yang saya dapat secepat yang boleh.

Jadi saya  minta jasa baik,tuan dan puan-puan, yang mana telah meletakkan pautan princ3ofperlu.com di halaman blog mereka untuk menukarkan link kepada radinfadli.com.walau bagaimanapun, kepada mereka yang masih lagi menyimpan URL lama saya iaitu princ3ofperlu.com akan secara automatik di hantar ke website baru saya.Jadi no harms done pun kalau tak tukar, cuma lebih baik tukar, nama pun lagi best dan cantik kan?Ahaks~ Grin


Tweet!
Tweet!
The Engineer
IMG_9826
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Kuantanese
  • Icon Arifa
  • Icon Azeyah Khiyon
  • Icon Meen
  • Icon Neen
Iklan
Mereka
Pembaca
Arkib