Archive for the ‘kengkawan’ Category
Lilawadi,Kuantan
Entri kali nak cerita tentang sebuah kedai makan dekat Kuantan yang bernama LilaWadi.Kedai ini sebenarnya aku dah lama pergi,sejak dari tahun lepas dah.Lambat sangatkan nak update pasal kedai ini?Saya tahu, “maafkan saya, maafkan saya”.
Dulu aku selalu datang sini sebab nak makan mango cheese cake dia yang memang terbaik.Tapi beberapa kali juga hampa, bukan pasal putus cinta, tapi pasal tiap kali pergi je, cheesecake ini selalu habis.SELALU habis, sebab tahap kelakuan sangat tinggi.(Jangan pakai bahasa ini dalam karangan BM).
Baru tahun inilah aku berkesempatan merasa BBQ yang di tawarkan dekat sini, itu pun sebab member aku si Mie ajak makan dekat sini.Orang belanja boss.Puas hati juga makan BBQ ni, rasa macam nak beli je alat ni, nanti boleh makan dekat rumah selalu.
Jadi sebab semalam teringin nak makan jadi sekali lagi aku datang ke Lilawadi ini untuk menikmati juadah bbq yang di sediakan untuk kali kedua.
Jadi sesiapa yang berkesempatan jangan lupa singgah makan dekat sini.
P.S gambar besar pasal tak banyak benda nak tulis hahaha
Awak half chinese?wo ai ni
Tajuk kalau boleh tak nak kalahkan?Sebenarnya tajuk tu di ambil dari lagu Just The Way You Are versi Malay yang dipopularkan oleh Caprice featuring Nik Irfan.Kalau sesiapa belum tengok dan mendengar lagu ini, sila lah berbuat demikian dengan menuju ke website youtube yang berdekatan dengan web browser anda.Tak jauh, hanya satu klik away dan rajinkan jari untuk menaip, Nik Irfan atau Caprice, just the way you are, dan anda akan menemui video yang telah saya sebutkan tadi.
Entri ini sebenarnya dibuat adalah khas untuk kawan-kawan yang berbangsa Cina yang sedang menyambut Tahun Baru Cina.Selamat Tahun BAru Cina, Gong Xi Fa Cai.Tak sia-sia belajar mandarin dekat Universiti dulu,tapi rasanya takkan menaip dalam bahasa Cinalah kan, memang pembaca sebilangan besar pembaca akan faham lah kan kalau saya berbuat demikian.(Sarcasm,mihmihmih).
Tahun sempat lah menjenguk ke beberapa buah rumah kawan – kawan yang berdekatan.Apa yang seronok selain daripada limau dan kacang?tentulah ang pow yang di berikan kepada para pengujung.Berapa jumlah kutipan ang pow kawan -kawan tahun ni?ada yang berjaya mencecah ribuan ringgit.Tahniah kepada anda kerana menjadi ribuwan, dalam masa beberapa hari sahaja. ![]()
Apa yang menyeronokkan apabila duduk di Malaysia, khususnya di Kuantan, bandar Palma ni,adalah sambutan perayaan.Sangat meriah punya pun * Ah Chai mode.Dentuman bunga api dan mercun kedengaran di sana – sini,(kadang-kala terasa macam kanda di medan perang pula), tarian naga, dan sebagainya.Kawan-kawan yang berada di luar negara turut pulang untuk menyambut perayaan ini.Selalu terdengar di hujahkan masalah perkauman dan sebagainya, tapi di sini, sifat perkauman dan racist ini tidak ada.Semua pun hidup dalam keharmonian rumah tangga, I meant, keharmonian jiran tetangga, aduyai punya pun * Ah Chai mode.
Harap-harap budaya ini dapat di kekalkan sehingga sampai bila-bila.Pada pandangan peribadi, isu -isu yang tidak patut ini wujud akibat politik.Jadi di harapkan kita semua tidak terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif ini.
Saya ingin memohon maaf kepada June aka rabbit, sebab tidak dapat hadir ke open housenya malam semalam.Meriah sungguh , dari tepi jalan boleh nampak kemeriahannya,lip lap lip lap bagai.Maybe kalau ada kesempatan boleh jumpa esok sebelum rabbit pulang ke Aus
.
Sekali lagi di ucapkan Selamat Hari Raya, eh maafkan saya, Selamat Tahun Baru Cina. ![]()
Masuk wayang pakai iPad
Minggu lepas adalah hari jadi sahabat aku si Izzat Akram.Jadi kebetulan pula,si Izzat balik ke kuantan, jadi boleh lah aku bertemu dengannya.Nak dijadikan cerita,si izzat duk mintak hadiah hari jadi dengan aku, kononnya nak cover iPad 2,since duit aku banyak dan aku kedekut nak belikan, aku tak beli lah cover tu untuk dia , bwahahaha
.
Jadi untuk menyenangkan cerita, aku ajak tengok Real Steel.Apa itu Real Steel?lame pulak kalau anda tak tengok lagi cerita ni yang dibintangi oleh Hugh Jackman bersama Atom.Atom tu siapa?nak tahu kenalah menonton cerita ini dahulu.
Jadi berbalik kepada si Izzat tadi, aku suruh dia beli tiket dulu, since aku terpaksa menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.Cerita baru dan hot, nanti tak beli awal takut habis pula.jadi si Izzat ni pun beli lah tiket dulu.Malam tu aku duduk lepak di Coffee Street sambil menunggu detik 12.45malam untuk menonton wayang.Aku tak prefer sangat Coffee Street ni, baru minum air teh o ais dengan milo dah kena rm7.Apasal mahal sangat aku pun tak pasti.
Jadi duk borak-borak dengan si Izzat, (seronok bukan main dia dapat cover iPad baru,ibunda nya suruh beli sebab tengok yang lama dah carik-carik, the famous word untunglah~) boleh lah lepas ni aku hempas iPAd aku kasi jahanam, boleh dapat iPad baru, hahaha kidding~.
Dalam masa tengah bercakap tu, aku tanya dia mana tiket.Dia kata tak ada, tiket dalam iPad.Rupanya dia beli pakai iPad daaa.Jadi aku macam bingung juga, macam mana nak masuk wayang nanti, nak tunjuk ikut iPad ke?aku pun menuggu saat dan ketika untuk masuk sambil perkara ini bermain-main di fikiran ku <—– ingat tulis novel ek bang?
Bila sampai dekat depan kaunter,tiba-tiba internet takde, boleh pulak tak ada kan, jadi macam gelabah ayam juga selama 15 saat tepat.Last-last si izzat tunjuk je yang dia dah snapshot.Aku tanya, boleh ke?/dia kata tak tahu pasal first time buat, so kita orang pun terus menghulurkan iPad dekat steward dekat situ.
Pada mulanya,scanner tu tak boleh scan, jadi selepas gagal untuk 3 kali berturut-turut, steward tu cakap “bang , boleh besar sikit tak?” Si Izzat pun besarkan lah gambar tersebut, *TET* scanner berbunyi menandakan, pengesahan telah berjaya di lakukan, Hoyeah!! Hoyeah!! boleh masuk.
Dalam masa kejadian dan peristiwa first time itu berlaku, aku nampak beberapa orang pelanggan yang lain, terkebil-kebil , mungkin merasa kagum dengan keajaiban teknologi terkini.Sebenarnya, Hanif pernah bagi tahu dulu, tapi aku tak pernah pula terai, jadi tak tahu, kini dah tahu, jadi tak perlulah nak bazir kertas untuk cetak tiket, save the environment people!!
Kesimpulannya banyak benda yang boleh di lakukan kalau kita manfaatkan dengan teknologi, bukan sekadar bersosial (Yelah, asyik on twitter dengan facebook je kan, kamu la tu, kamu, yang tengah sengih tu, yang kata sengal ,lepas bacaaku tulis kau tengah sengih tu, kamu la tu) jadi manfaatkan lah dengan sebaik-baiknya.Tapi kalau Siri ada kan lebih indah, boleh suruh Siri, tolong belikan aja.
Aku:Siri, tolong beli tiket wayang.
Siri:Cerita apa?pukul berapa?berapa orang?
Aku:Cerita Eat,Pray,Love, pukul 12 malam.
Siri :berapa orang?
Aku:eh?Dua tiket lah , aku dengan kau
Siri
???? saya?
Aku:yelah, ke kau ada curfew pukul 11 malam?
Siri
h, saya tak kisah, mak saya bagi je.
Aku
key dua tiket yerp
Haaa,macam tulah lebih kurang kalau Siri dah ada nanti.Nasib baik Siri takde curfew
.
P.S:Aku terfikir,kalau aku pakai ipod nano, macam mana nak besarkan barcode tu?hahahaha
Talkbox – teknologi merapatkan kami
Mungkin ada yang di luar sana pernah terserempak dengan aplikasi ini, tapi walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang aplikasi yang agak menarik ini.Kepada pengguna smartphone BB, mungkin pernah menggunakan servis BBM, dan pengguna smartphone seperti android dan iPhone mungkin biasa menggunakan aplikasi whatsapp.Talkbox ini lain sikit, instead of kita berkomunikasi dengan teks, kita menggunakan suara.
Boleh bayangkan tak ia bagaikan walkie takie.Interface aplikasi ini sangat mudah, dan anda hanya perlu beberapa saat saja untuk membiasakan diri dengan aplikasi in.Lebih menyeronokkan kalau menggunakan aplikasi ini ramai-ramai.
Seperti yang di ketahui, princess kami, si Nad dan Paan berada di U.K untuk menyambung pelajaran mereka.Jadi dengan menggunakan aplikasi ini, kami masih dapat berhubung antara satu sama lain sepanjang masa.Terubatlah sedikit kerinduan kepada yang merindui kan.
Jangan ar tanya kenapa bubble tu tak ada perkataan,ini kerana saya dah censored.Hahaha!! Actually bubble tu mewakili voice note yang kita dah hantar.Jadi kalau picit dekat gambar sender, akan keluar voice penyampai seronok kan?
Inilah group yang sangat aktif membincangkan isu-isu semasa *konon
Setahu saya, aplikasi ini compatible dengan iPhone, iPad dan juga Android.Jadi kalau sesiapa yang mempunyai smartphone ini, oleh lah mencuba memakai talkbox ini.Thanks kepada Bad yang memperkenalkan aplikasi ini kepada saya.Jadi kepada yang berminat boleh lah mencubanya ye.
Boleh di dapati di sini.The best thing is its free
,So cuba lah sendiri yer?


















