Kawan ku seorang puteri,nadrah hafizah

Dalam group kawan-kawan saya ni sebenarnya ada seorang princess.Jeng,jeng,jeng.Princess negara mana?haa itu kita tak tahu, tapi ura-ura beliau dari apam polka kingdom. Grin

Mesti tertanya-tanya, puteri ni nama apa?walaupun princess ini mempunyai banyak gelaran, tapi namanya adalah Nadrah Hafizah, panggilan pendeknya nad dan nama terbaru yang saya kurniakan kepadanya adalah princess smurf, sebab, sebab, sebab dia princess lah sebab tu lah.Macam mana rupa orangnya jap eh,

yang pakai baju biru tu

Apa tak jelas?kejap eh..

yang bertudung tu

Sebenarnya entri ni ditulis sebab, si Nad nak fly ke U.K.Bukan ulu kelang, tapi kalau dia nak gi ulu kelang pun saya akan buat juga entri untuk dia, hahaha.Dia akan menyambung pengajiannya di sana.Jadi kami (geng kuantan especially) akan pasti merindui princess kami nih.

bersama princess di tangga yang famous

Kalau ada yang rasa nad ni familiar face, dia adalah tokey apam polka yang pernah saya tulis dulu, cuma masa tu saya tak letak gambar tuan punya diri.Dan kepada sesiapa yang tak berpeluang merasa, kek 5 lapis buatannya amatlah rugi.Kena tunggu nad balik la nampak gaya nya.

To nad, have a safe journey, take a good care of yourself, belajar leklok.Jangan lupa whatsapp,twitter,fb, nak bbm saya tak ada bb,nampak gaya kena gi beli hehehe.Just make sure balik nanti anda lebih mahir dengan tap tap revenge Laugh

princess kesayangan rakyat jelata =p

 

 

Smurf dan Hantu bonceng

Anda semua dah tengok smurf?Kepada yang belum menonton smurf, silalah berbuat yang demikian dengan segera.Minggu lepas tengok wayang dengan Izzat,farah,nad,elly dan fatin.Cerita dia sangat comey hinggakan aku turut terbawa-bawa mengenakan ringtone Smurf the happy Song untuk telefon bimbitku.

Seronok menonton cerita ni dalam bentuk 3D.Effect dia terbaiklah,rasa macam nak bawa smurf tu balik rumah.Akibat penangan smurf aku kini telah memiliki smurf village sendiri.Dulu time Anna dengan Karlisle tak tergerak pulak nak bina penempatan smurf sendiri.Terima kasih kepada Encik Asri Ibrahim yang rajin bagi aku hadiah hahaha Laugh .

Itu cerita smurf, sekarang kita masuk bab cerita hantu bonceng.Cerita yang hebat lagi sensasi.Bagi aku memang lawak habis lah, nak -nak si zizan berlakon dan boleh tengok Juliana Evans jadi hantu.Tapi hantu-hantu aku rasa dia tetap lawa jugak Razz.Si nad lebih banyak tutup mata dari tengok cerita hehehe.Kesian si Izzat jadi mangsa cubitan fatin LOL.Secara keseluruhan memang best dan terbaik cerita ni, bayangkan 5 hari , 5 juta,jadi apa tunggu lagi, pergilah menonton cerita ni di pawagam.

Lepas habis tengok wayang, kami menuju ke John King.First time aku makan tart ni.Terima kasih kepada fatin yang baik hati belanja, nanti belanja lagi ye.

tart tart tart

elly

farah dan nad

fatin,nad ,izzat

Kalau sesiapa belum cuba tart ni, boleh juga try untuk mencubanya (ayat promote habis).Tapi yang jatuhkan tart anda seperti yang dilakukan oleh Izzat hohoho.

*Sorry Sireen, saya tak tahu aok nak tengok the smurf gak, marah adik sebab tak bagitahu awal-awal Razz .

Syawal 2011

Selamat hari raya aidilfitri semua.Macam mana raya?ada baik?hopefully semuanya baik-baik belaka.Bagi aku sendiri ini aidilfitri yang terbaik.Ramai kenalan baru aku dapat raya tahun ni, yelah dulu nak beraya susah sikit.Jadi nak start cerita dari mana ni eh?mestilah first day raya kan?

Pagi tu macam biasa selepas solat sunat , aku pergi ke rumah Opa dan Mak Tok,beraya dengan keluarga, afdal orang kata.

Sepupu belah ayah

Kurang sikit kuota tahun, since kak ku farah is in U.S and ku Aira is in Aus.Najwa pula ada di Filipina untuk tournament bowling.Fiq pula kena keracunan makanan, jadi Aman pun tak ada dalam gambar ni, selalunya yang menceriakan suasana adalah si Aman.

cousin belah mak

Ini cousin belah keluarga Mak.Macam biasa, memang Amy,Ashraf, Syura, Daniel dengan Linda tak ada, dia orang selalu lewat sangat marinya.Lepas sesi fotografi dekat rumah Mak Tok, Kero ajak aku pergi rumah Pak Long, YAB Adnan, tapi aku dah plan nak ke tempat lain.

Jadi rumah pertama aku pergi adalah rumah fatin.

Adi,Ftn,izzat

Ok apa kata menikmati gambar-gambar raya pasal saya malas nak menulis panjang2 hahaha.

rumah yaya

Sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak larat nak upload dah.Okey sampai sini saja, sekali lagi , saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.Kepada yang berkemampuan tu jom puasa 6 sama -sama Laugh.

Two Months & A Day.

Hai, raya semua macam mana , harap seseronok saya.Entri raya halt dulu, sebab banyak sangat nak cerita, mungkin terpaksa di pisahkan kepada beberapa bahagian, bagaikan novel pula.

Dekat sini saya nak promote sikit karya kawan saya, Wafi yang merupakan penulis kepada Two Months & A Day.Ia merupakan susunan puisi sepanjang hubungannya dengan seorang gadis yang menambat hatinya di suatu ketika dahulu.

Bertambah hot bersama TMAD - Geng Kuantan =)

Jadi kepada penggemar puisi, boleh dapatkan TMAD, Two Months & A Day sebagai koleksi simpanan peribadi anda.TMAD boleh di dapati dari Adi Wafi di

facebook

twitter

Dapatkan naskah anda hari ini Laugh

 

Early lovebird eh early birthday

Petang tadi dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang gadis.Berdebar pula saya nak bercakap, maklumlah saya pemalu orang nya, dihujung sebelah sana adalah suara yang saya kenali iaitu tidak lain dan tidak bukan, si Anis MIraa.Kenapa saya panggil nama dia panjang sebab ramai sangat kenalan nama anis dan mira pulak, ehem , ok…hahaha.

Jadi si Anis Miraa telah meminta bantuan saya untuk berkomplot untuk menyediakan surprise untuk bf tercinta.Sebenarnya birthday belum lagi tapi memandangkan dia ada di kuantan, jadi kita teruskan.Saya ke Ecm pada pukul 9.15 untuk mengambil cake ‘happy birthday ice cream cake baskin robbin” .On the way ke Ecm tu sempatlah mendengar celoteh si Pai menemuramah Fatin di radio.Amboi kerap benar si Pai memuji fatin cantik, tapi fatin memang cantik pun.Kalau perempuan tengok pun memang cair, apa kan pulak si arjuna kan? Grin .

Sampai di Ecm, jumpa dengan cik Wan,dengan guitar tersangkut di bahu, dah macam yuna pula saya tengok cik Wan ni.Rupanya hadiah guitar tu,so saya pun pergilah ke baskin untuk mengambil cake.First time pula nak makan kek ni, kalau nak tunggu beli sendiri memang taklah hohoho.Okey sambung-sambung, lepas dah ambil kek tu, terus bergerak menuju indera mahkota.Radio sedang asyik memutarkan lagu-lagu seperti anggun dari zizan, dan cantik dari altimet, patut lah Pai kata dia dah ready lagu yang sesuai dengan fatin.Kelas gitu Smile .

Sambil menunggu si birthday boys balik kerja, aku ke Indera Mahkota untuk berjumpa dengan Nazz,khabarnya ada dapat panggilan dari DOSM aka Department Of Statistics Malaysia  berkenaan feekir (formerly known as jinxbox). jadi ada sedikit kertas kerja kena buat, and aku tak melepaskan peluang untuk berbincang tentang persiapan untuk 29hb 7 ini, live streaming project.Minta maaf kepada yang beria-ria mengemailkan kepada aku tentang live streaming yang ditunda jumaat lepas.Ada sedikit kesilapan teknikal, tapi InsyaAllah , jumaat ni akan dijalankan.Benda live ni banyak juga masalah dia, lainlah kalau record,no hal.

So dalam 11.30 malam tu aku terus bergerak menuju ke teluk chempedak.Jadi sebab tak berapa nak plan,ikuti jelah video kat bawah ni yer.

happy bestday to you two

Birthday boys, aka Amir Ridwan and Amir Ihsan.

Swags of Roses PhotoShoot

Hallo!!!Uhuk!!Uhuk!!! berhabuk dah blog ni akibat ditinggalkan buat beberapa ketika.Sebenarnya, sejak dua menjak ni agak kesibukan sedikit menguruskan pemintaan dari pelanggan.Musim orang kahwin katakan.Mak andam?Siapa?saya?oh bukan, bukan saya sebenarnya menyediakan kek cawan untuk hantaran dan juga door gift.Itu agak busy di dapur sikit.

Minggu lepas, dekat 5 hari berada di Miat untuk Pertandingan sukan antara universiti dan tahun ini adalah tahun terakhir saya berbakti kepada universiti lepas ni kena wariskan dekat orang lain pula.Asyik saya je, boring pula muka penyarung pingat tu tengok muka hok ni je naik podium kan.Tahun ni tak bernasib baik, U kami kalah.Jadi tak ada lah bintang ke 6.Alah bagi je Miat merasa sekali -sekala.Tapi bagi boling yang di wakili oleh saya, seperti biasa, memang dapat emas lah kan?Tahniah kepada saya * tepuk bahu sendiri sambil habuk berterbangan terbang.

Walaupun emas tapi tak guna juga, ingat boleh lebur buat Tranz tapi tak boleh rupanya.Dah dapat pengesahan dari Poh Kong yang emas tu Miat celup je ok , gurau je, kang kena saman dengan institut penerbangan tu.Sempatlah duk berborak dengan Sir Roy, lecturer kesayangan.Siap dapat pen lagi, nasib baik tak tertukar dengan pen Mont Blanc tu hahaha!!!.Selepas beberapa lama di ibu kota, sampailah juga ke tanah kesayangan,Kuantan.

Rabu lepas seperti yang telah di janjikan, saya telah di jemput untuk menangkap gambar Anna untuk koleksi pakaiannya.Turut menyumbangkan menjadi model adalah Yaya.Antara gambar-gambar yang sempat di abadikan adalah seperti berikut *macam nak namakan calon bintang popular pula kan?

Okey kepada girls di luar sana yang terasa ingin memiliki baju-baju yang di pamerkan di dalam gambar-gambar di atas bolehlah ke Swags of roses untuk menempah baju-baju ini yerp.Tapi kena cepat sebab kebanyakan baju-baju yang dijual cepat habis, jadi apa tunggu lagi?dia 200-300-400 eh itu untuk design dalaman kan, ni just pergi ke blogshop Anna untuk pertanyaan lanjut.*macam nak beli kereta pula.

*Kena belajar skill untuk memposekan model. Grin