Archive for the ‘kengkawan’ Category

Swags of Roses PhotoShoot

Hallo!!!Uhuk!!Uhuk!!! berhabuk dah blog ni akibat ditinggalkan buat beberapa ketika.Sebenarnya, sejak dua menjak ni agak kesibukan sedikit menguruskan pemintaan dari pelanggan.Musim orang kahwin katakan.Mak andam?Siapa?saya?oh bukan, bukan saya sebenarnya menyediakan kek cawan untuk hantaran dan juga door gift.Itu agak busy di dapur sikit.

Minggu lepas, dekat 5 hari berada di Miat untuk Pertandingan sukan antara universiti dan tahun ini adalah tahun terakhir saya berbakti kepada universiti lepas ni kena wariskan dekat orang lain pula.Asyik saya je, boring pula muka penyarung pingat tu tengok muka hok ni je naik podium kan.Tahun ni tak bernasib baik, U kami kalah.Jadi tak ada lah bintang ke 6.Alah bagi je Miat merasa sekali -sekala.Tapi bagi boling yang di wakili oleh saya, seperti biasa, memang dapat emas lah kan?Tahniah kepada saya * tepuk bahu sendiri sambil habuk berterbangan terbang.

Walaupun emas tapi tak guna juga, ingat boleh lebur buat Tranz tapi tak boleh rupanya.Dah dapat pengesahan dari Poh Kong yang emas tu Miat celup je ok , gurau je, kang kena saman dengan institut penerbangan tu.Sempatlah duk berborak dengan Sir Roy, lecturer kesayangan.Siap dapat pen lagi, nasib baik tak tertukar dengan pen Mont Blanc tu hahaha!!!.Selepas beberapa lama di ibu kota, sampailah juga ke tanah kesayangan,Kuantan.

Rabu lepas seperti yang telah di janjikan, saya telah di jemput untuk menangkap gambar Anna untuk koleksi pakaiannya.Turut menyumbangkan menjadi model adalah Yaya.Antara gambar-gambar yang sempat di abadikan adalah seperti berikut *macam nak namakan calon bintang popular pula kan?

Okey kepada girls di luar sana yang terasa ingin memiliki baju-baju yang di pamerkan di dalam gambar-gambar di atas bolehlah ke Swags of roses untuk menempah baju-baju ini yerp.Tapi kena cepat sebab kebanyakan baju-baju yang dijual cepat habis, jadi apa tunggu lagi?dia 200-300-400 eh itu untuk design dalaman kan, ni just pergi ke blogshop Anna untuk pertanyaan lanjut.*macam nak beli kereta pula.

*Kena belajar skill untuk memposekan model. Grin

 

Swagged Bazaar =)

Setelah di rancang buat beberapa ketika dan waktu, akhirnya program swagged bazaar telah berjaya di laksanakan dengan jayanya.Malam sebelum kejadian/peristiwa/apa nak tulis ni/upacara tersebut di jalankan, saya , Abg ,Anna, Yaya,Belle dan Cik Wan telah bertungkus lumus untuk mendecoratekan rumah Yaya supaya menjadi menarik,tertarik dan debom dengan bantuan dari uncle Baby.

 

Mesyuarat escalator

 

busy betul abang pasang kain, saya pasang tanglung jer...

 

yaya cakap "kenapa i senyum?"

 

muka penat decorate, tapi still tersenyum kan kan kan...

 

sebelum decorate kasi habis punya pun

 

selepas siap decorate punya pun...

Selepas siap decorate dengan bersusah – payah, kami telah di sajikan dengan sedikan juadah daripada aunty Sherry, oh lupa pulak menda nama benda tu, jap, jap, nama dia puding,nama dia puding roti makan dengan ice cream, pergh memang sedap kot.Ada pizza sebenarnya tapi itu cerita lain pula.

Maghi kita ke next day.

Rasa malas nak tulis, kita upload gambar dan guna imaginasi sendiri je lah eh?saya punya tangan agak kesakitan sekarang (skill malas nak tulis) kita guna gambar aja, orait?

 

baru start

Our shop =)

rustytham

Anna's swagged of roses

Belle tgh tekun menyiapkan kerja hehehe

Alice, hamster untuk di adopt, eh rabbit...

teruntum garage

kedai nad and fatin , ok apam tu sedap, walaupun comey sangat untuk di makan

Ok, saya tak tahu kenapa banyak sangat artis ada, farid kamil pun sesat dekat sini

the twins shop =)

start ramai =)

Amirah pun ada haaa

deanna.fatin, nad, yaya ..style kan polaroid ni

adik syed, yaya, paliy, sheikh

live music

Bazaar ditutup tepat pukul 5.Itupun masih ada pelanggan datang, kena buat last call pulak.Mesti ada tertanya-tanya berapa income dapat kan?okey, biarlah rahsia, nanti dah agak-agak dapat beli satria neo cash kita gitau k? Grin .

Lepas tu, sebelum habis decoration di cabut, sempatlah kami ni berposing-posing, tengah peluh tu, tapi sempat lah jugak kan.

saya ada geng sebenanrnya

Tahniah semua, nanti ada umur panjang kita buat lagi.Peace out!!!

P.S untunglah bagi sesiapa yang dapat melihat CFO of Feekir ikat reben Laugh .

 

 

 

Allah masih sayang

Semalam, kepala pening, badan panas, dan tekak loya.Agak-agak mungkin ada baby dalam perut tapi fikir balik, tak mungkin pasal aku lelaki jadi ada baby is out of the question.Semalam juga, hari pemilihan pasukan boling untuk universiti and it was a tough competition since kami bertiga(yang top seeded ) semua dekat -dekat.First block, aku leading, dan second block block serta overall aku jatuh no 2, tahniah kepada diriku, *tepuk bahu sendiri.Dah lama tak main, jadi system semua dah berkarat.

Sir Roy belanja Baskin Robbin semalam, seronok, sebab kalau nak beli sendiri mungkin aku tak beli lah kan, mahal, pilihan aku love potion, sir tnaya “Are you in love?” Aku jawab “Nah, I don’t think so” .Jawapan cliche, kononnya.Balik sampai U, hujan lebat, memang lebat tahap melampau, jadi duduk lepak rumah sir sampai pukul 8 malam dengan Zali dengan Harith, sambil minum kopi panas, pergh terbaik, kalau ada goreng pisang lagi best.

Masa ini aku dah rasa lain macam dah, sebagai seorang atlet, aku memang peka dengan keadaan badan aku, aku tahu bila ada something wrong dengan tubuh badan, mungkin dari pengalaman kot.Dalam 8 lebih hujan dah reda, jadi aku decide nak gerak balik rumah, si Harith teman Sir naik Ofis, bagi ikan makan hehehe.MAsa tengah drive kepala aku dah start berpusing dah, dan tangan aku dah start mengeletar,memang sangat tak seronok keadaan itu.

Sampai rumah, aku gagahkan juga untuk mandi dan bersiap,sempat aku telefon si Wan, suruh beli nasi untuk aku.Selepas lengkap berpakaian, berjaket, berstokin, aku tutup lampu dan terus tidur.Sedar-sedar pukul 11 malam, nasi da ada atas meja, sempatlah aku sumbat 3 sudu, then terus tidur kembali.Aku makan juga 2 biji panadol nak redakan sakit.Badan terus bisa-bisa, adey aku dah lama tak sakit, tiba-tiba sakit, nasib baik exam semua dah habis kan.

Tadi aku pergi klinik, Awin teman.Doktor cakap, aku ada demam, dan dia nasihatkan aku supaya jaga makan , jangan makan ikut suka jer, (mula-mula aku pelik mana dia tahu aku suka -suka tibai makan ) rupanya dia kata kalau awak takde selera pun , awak kena makan juga.Aku minta MC dengan doktor, doktor terus buat muka pelik lalu berkata “eh, awak ni belajar ke atau kerja dah?” AMaflah doktor, muka saya kadang-kala banyak menipu orang,saya tak berniat tapi nak buat macam mana , dah dikurniakan rupa paras macam ini kan….

Lepas tu singgah JJ beli barang sikit, then makan dekat nando’s sebab ada orang tu suruh aku makan dan doktor pun suruh aku makan jadi dah ada dua orang suruh aku makan jadi aku pun makan lah iyerk?Aku sempat beli ubat tambahan paracetamol aka panadol sebagai backup, yelah mana tahu kalau ubat habis boleh lah ada backup.Awin kata tak elok panadol ni sebenarnya, terutama sekali actifast, wah bagus betul, even engineer pun ada pengetahuan ala-ala pharmacist.

Aku pun meluahkan perasaan (perasaan lah sangat) sebenarnya aku cuma bagitahu yang aku dah lama tak sakit, aku pun tak ingat bila last aku jatuh sakit,aku rasa tahun lepas kot, tapi itu sakit hati jadi tak kira lah kot hehehehe.Tiba -tiba Engineer depan aku bertukar jadi ustazah kejap dia kata.

“Itu tandanya Allah masih ingat dan sayang dekat kita”

“Kenapa pulak Awin cakap macam tu?”

“Yelah , sebab Allah perhatikan kita lepas tu Dia cakap, bagilah sikit sakit dekat budak ini,”

“Kenapa?”

“Cuba awak kira berapa kali awak sebut nama Allah time awak sakit?”

“Ha ah, kan..betul jugak tu, kita selalu ingat dia bila kita sakitkan,”

“haa, sebab itulah Allah bagi kita sakit, supaya kita ingat dekat Dia,itu juga bermaksud dia masih sayang dekat kita”

Bila kita sakit, kita selalu ingat dekat Dia, tapi sayang bila kita gembira, bila kita happy, jarang kita nak ingat dekat dia, padahal Dia sentiasa ingat dekat kita walaupun kita sakit atau tidak.

Jadi moral of the story, kalau sakit janganlah merungut, kerana selain dari sakit itu menjadi penghapus dosa ia juga adalah petanda yang Allah masih sayang Grin .

Cincin

Anda suka pakai cincin?Anda jenis yang merasakan tidak selesa apabila cincin tiada di jari anda dan anda mula gelisah apabila anda tersalah letak cincin anda selepas mencabutnya sebelum mandi dan tidak dapat mencarinya selepas itu?Jari anda sudah berlainan warna akibat cincin yang selalu berada di jari anda?Kalau anda mengalami situasi demikian ,bermakna, anda adalah seorang yang gemar memakai cincin.Begitu juga dengan saya hehehe.

Pada yang tak tahu, ini lah cincin atau ring dalam bahasa english

Entri ini di tulis kerana saya mendapat ilham (bukan anak uncle sharom , tapi idea) ketika bertwitter di kawan baik saya Awien yang sedang dalam dilema dan kegelisahan kerana cincinnya hilang.Apabila di tanya cincin apa (yelah, setahu saya dia belum bertunang jadi tak mungkin cincin tunang, mana tahu cincin habib jewel yang berharga rm96K yang saya tengok tempoh hari di KLCC yang saya salah pandang ingat 96 ringgit, ok dah kelaut) rupa–rupanya cincin tanda.Jadi seorang kawan lagi, eyla telah mencadangkan supaya membeli sebentuk cincin yang sama.Idea ini agak sukar di laksanakan kerana cincin itu adalah custom made (hurm, parah ler).

Tapi apa yang ingin syaa tegaskan di sini (okey ayat ini bermula dengan tapi, its not good for doing your karangan yerp) bukan samada kita mampu untuk menduplicate cincin itu, atau pun membeli yang baru, ini kerana cincin itu mempunyai maksudnya yang tersendiri.Sewaktu cincin tanda itu di berikan, ia di berikan dengan penuh kasih sayang dan penuh erti , melambangkan perasaan cinta dan nurani dari si pemberi kepada si pemakai.Jadi tidak ksah lah sama ada terdapat cincin lain yang lebih mahal, lebih cantik, lebih lawo,lebih stylo atau lebih kurang, cincin itu satu-satunya yang bernilai.Seperti juga manusia yang di lahirkan berlainan walaupun rambut sama hitam (dan yang tak berapa nak sedar diri tu pergi dye rambut kaler lain joking, joking kang ada yang marah pula Razz ) tiada ada cincin yang sama walaupun di beli di kedai yang sama dan mempunyai design yang sama dan harga yang sama, tapi ia tetap bukan cincin yang sama.

Perbincangan ini mengingatkan aku tentang suatu peristiwa , 2 tahun yang lalu sewaktu berbuka puasa di hostel.Aku mempunyai sebentuk cincin yang di berikan oleh ibuku.Selama ingatan ku, cincin itu tak pernah lekang berada di jari aku, kemana aku pergi , di situ dia ada.TApi sayang,jodoh kami tak lama.Sewaktu berbuka puasa, standard lah tinggal dalam dorm mesti bungkus punya.Jadi selepas mencuci tangan, dan membuka bungkusan nasi, dengan cerdik tahap PHD aku meletakkan cincin itu disisi,dan menikmati juadah berbuka puasa.Selepas membasuh tangan dan membuang bungkusan makanan itu, aku tidak dapat mencari cincin tadi.Puas sudah ku mencari, ku tinggalkan pesan, ku kirimkan berita agar dapat ku temui, bayang mu…(ok ter AXL sekejap).Konklusi aku mengatakan , cincin itu telah selamat di kuburkan di dalam toong sampah, tapi kerana sayangnya aku dekat cincin tu, aku pergi juga korek, dan cari, tapi banyak sangat bungkusan jadi,usaha aku sia – sia dan hatiku hampa.

Pulang sahaja ke rumah aku rasa sangat gelisah, bukan kerana kau risau dimarahi, tapi aku merasakan tidak tenteram, its like the ring took a part of me with it when it went down into tempat pembuangan sampah.Kini aku ada satu cincin lagi, ibu yang hadiahkan kepadaku, tetapi walaupun cincin ini diberikan oleh individu yang sama, lebih style and lebih mahal,aku tetap merindukan cincin yang lama tu, sebab feeling tak sama.Ini yang dinamakan sentimental value bagi sesetengah orang.Mungkin ada yang berpendapat “cincin je pun, beli satu yang lain sudah, atau eleh boleh je beli dekat times square banyak kot yang sama”.Manusia-manusia yang berpendapat benda ‘remeh’ ini tidak patut diikutkan sangat.Tapi bagi sesetengah orang, nilai bukan terletak pada rupa, atau mahal nya sesuatu benda itu tapi pada benda itu sendiri.

kan Smeagol cakap “My ring, My Precious”~

I still missed my old Kancil.It was not much but it was mine.Every penny and every single cent of it comes from my pocket.Although i already have it replacement, I still missed that old car.But that is another story, that story is in English so let’s get back to our main story.

Sebenarnya nak habis dah entri ni, tahulah seronok korunk baca kan?Kepada Awien, aku harap dapat jumpa cincin tu balik, kadang-kala barang ini pun dia saja main sorok-sorok dengan kita, sebab kita hanya tahu nialai sesuatu itu bila dia hilang dari kita.Tapi kalau ditakdirkan memang tak dapat jumpa, berterus terang je dekat si pemberi,kejujuran mungkin akan menguatkan lagi perhubungan,walaupun mungkin kena marah nanti hehehehehe.Eventhough there’s a lot of assumption and conclusion regarding honesty, I still think that honesty is the best policy, if we can’t be honest with the person we love, then with whom can we be honest with?

P.S Kalau cincin tu beli dekat mid valley, aku tahu ada kedai lain yang jual cincin yang sama, sedara aku pernah beli sebentuk cincin dekat situ time dia buat hilang cincin perempuan bukit rangin bagi hehehehe….. (I didn’t mention any names kan? Peace no war )

Sol,Bukan Soley Soley tapi Seoul Garden

Hari ini hari khamis,semalam hari rabu dan esok hari jumaat, jadi seperti yang di janjikan pada hari khamis dan bukan hari rabu atau jumaat, aku dan budak-budak rumah bergerak ke OU.Untuk apa?untuk menikmati makan tengahari di Seoul Garden.

Untuk yang tidak pernah mengunjungi restoran ini,restoran ini menawarkan pakej buffet ala ala all you can eat yang berlandaskan (berlandaskan~tak leh bla ayat) konsep grill.Kira masuk sini kena grill sendiri lah menda-menda ini semua.Terdapat pelbagai pilihan akanan yang ditawarkan dari sotong, udang, dan ayam serta kerang sampai lah pencuci mulut seperti ABC dan juga ais krim boleh dinikmati di sini.

Sebenarnya kami menghabiskan masa di sini selama 2 jam untuk makan sahaja, jadi tak ada bendalah yang nak di ceritakan sangat, kecuali gambar – gamabr yang bakal menjadi kenangan sewaktu di sini.Jadi , apa kata ikuti dan nikmati gambar-gamabr di bawah..yerp..

pie and wan

pie sedang memakan

suka sangat pegang chopstick

me and paan

paan,redza,paeh,yop

icecream seoul

Senyum!!!!!

Seoul garden tq!!!

*Tak ada gambar makanan, pasal tak sempat tangkap dah masuk mulut…

FYP , Digital Design Viva dan Innovation Management

Hai kawan-kawan!!! Apa khabar anda semua?Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.Disini ingin saya memohon maaf kepada semua pembaca kerana kesibukan jadi blog ini jarang dapat diupdatekan seperti biasa.Well, I’m back!!

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada partner project saya  encik Zulhilmi kerana telah berjaya melaksanakan projek mega kami, projek mega bukan cinta mega iyerk?Jadi kemanakah saya telah menghilangkan diri?dan apakah itu FYP?FYP adalah final year project.

Semester lepas kami telah membuat keputusan untuk mencipta suatu projek iaitu security system for home/office based on 8051.Objektif kami pada mulanya adalah untuk membuat suatu system yang mampu untuk memanggil penghuni sekiranya berlaku ancaman keselamatan.Walaubagaimanapun, setelah di telitikan, kami merasakan bahawa panggilan telefon adalah sukar dan tidak practicable.Jadi kami telah menukarkan sistem kepada SMS.

Kenapa kami menggunakan SMS?Ini kerana peratus pengguna telefon untuk menggangkat telefon dan membaca SMS, membaca SMS lebih tinggi peratusannya.bayangkan anda berada di dalam meeting atau lecture hall, yang mana lebih berkesan?Tentu susah nak nampak orang bergayut didalam lecture hall daripada ber SMS kan?

Setelah beberapa hari tidak melelapkan mata akhirnya keyakinan untuk berdepan dengan presentation day telah bertambah kuat.Bukan apa, yang dirisaukan adalah kejadian tidak diingini.kadang-kala masa tulah sistem nak down, battery nak kong, prepaid nak abis, air tak bawa, sensor buat hal dan pelbagai lagi adrgan yang tidak ingin kita lihat berlaku.

The presentation went well, not great but well.Kenapa saya kata tidak Great?sistem berjalan,soalan dapat dijawab, cuma part hardware mengalami sedikit masalah berkaitan penerangan dengan litar.Tetapi saya percaya, semuanya okey.Bagi saya yang membuat software, tidak banyak masalah yang diutarakan.Walau bagaimanapun saya bersyukur semua berjalan dengan lancar.Harap-harap kami dapat good gred lah kan…hehehe

I know, it doesn't seems much, but it's a home eceh~

come on inside

aku memang nebes~

Mr Zoul~

Gambar tak banyak diambil since yang mengambil gambar adalah Zul.Aku yang memang tengah nebes dan tidak senang duduk, masakan nak bergambar-gamabr pulak kan?tapi adalah beberapa freelancer, salah seorangnya Aina, adalah mensnap gambar aku.dah tulis dekat sini nanti nak gi jumpa Aina minta gambar hahaha.

Keesokan harinya pula,awal-awal pagi aku dah bergerak ke universiti untuk viva digital design,bagi yang tidak tahu viva tu apa dan sebelum kome semua tersalah anggap dengan viva la vida loca, meh aku terangkan sedikit.Viva tu boleh diibaratkan seperti presentation juga, cuma apa yang berlainan di sini, bila presentation selalunya kita kan present dan ada Q&A tapi viva ada tambahan, kena alter program.Haaa, jadi dekat sini boleh lah detect kau buat kerja ke, atau copy kerja orang.

Walau bagaimanapun, tengah bersemangat nak viva, boleh pulak di pagi Jumaat yang mulia ni, ada pula fire drill, dan full simulation pula, sampai aku semua terpaksa ke dewan dan berkumpul di padang , di keterikan matahari.

Bukan nak complain tapi aku rasa agak geram jugalah, manakan tidaknya, kepala penuh dengan ilmu tambah dengan nebes nyer, dengan tidak cukup tidurnya, FYI aku tido sejam jer, dari 6.30 sampai 7.30 pagi, study untuk DD dan juga ada sedikit masalah dengan inno.Jadi memang temper aku sangat tinggi, kalau ikut hati nak je aku menjerit sekuat-kuat hati time tu, tapi biasalah aku ni cool orang nyer,..jeritan batin je lah…

Semua sekali disuruh ke dewan untuk mendengar ceramah dari pasukan bomba yang bertugas tentang waste engineering dan 5s danbeberapa perkara yang aku dah dengar bebribu-ribu kali.terima kasih kepada fire drill dan ceramah ini, aku selesai berviva sehingga pukul 1.15ptg (notis,hari ini jumaat yer, dan aku ada presentation pada pukul 3 petang).Tension meamng cukup tension.Tapi aku harung juga,nak buat macam manakan..housemate aku je tahu bertapa tensionnya aku haritu, tapi ada sebab lain lagi, nanti aku ceritainn dalam entri lain.

Petang itu , kumpulan aku last sekali present, nasib baik last dan miss dah cool down sedikit.Aku pelik juga dieorang ni, dah miss kata present dalam 10 minit, korunk drag sampai 40minit buat apa?10 minit   tu, 10 minit lah kan..apa susah sangat.Aku balik dan samapi ke rumah dekat pukul 7 ptg.Samapi dirumah, aku terus bersiap-siap..nak kemana kata anda?nantikan entri seterusnya..sebab saya dah nak tido ni..kul 2.42 pg dah..orait bye bye…

Tweet!
Tweet!
The Engineer
IMG_9826
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Kuantanese
  • Icon Arifa
  • Icon Azeyah Khiyon
  • Icon Meen
  • Icon Neen
Iklan
Mereka
Pembaca
Arkib