Game Mat Rempit

Permainan video ini sudah berada di pasaran sejak dari tahun lepas, ye, ye, saya baru discover game ini selepas melihat di instagram.Dari sehari-sehari nak post, tak post -post juga.Okey kita lupakan sahaja yerp.

Mengikut tajuk, mungkin ada yang salah sangka dengan permainan video untuk ioS ini.Sebenarnya permainan video ini menggunakan mat rempit sebagai watak utamanya.Sebuah permainan yang bagi saya, agak simple, tapi satu usaha yang baik dari Karuna John Sugumaran Krishnasamy.Kita harapkan lebih banyak lagi produk yang dapat dihasilkan oleh beliau.

Objektif game ini adalah sangat mudah iaitu anda hanya perlu menghalang Mat Mat rempit ini dari melintasi screen iPhone anda.Kinda of remind me of Mosquito game awhile back when I was still using my nokia 6600.Jadi kepada yang ingin merasakan pengalaman bermain bersama mat rempit bolehlah memuat turun game tersebut di sini.

 

 

Bila Babi jadi Hero

Agak lama tidak mengupdate blog kerana kebelakangan ini agak kemalasan untuk menulis.Kalau tengok dashboard ini memang bersawang-sawang dah.banyak yang hendak di ceritakan , tapi apa kata kita bercakap tentang sesuatu yang di namakan Gesundheit!

Apa benda Gesundheit! ini?ia adalah sebuah permainan video baru dikeluarkan oleh Konami.Ye saya tahu, sepatutnya entri ini di letak di sini .Tapi saja nak letak sini bagi reader senang untuk access,*skill nak ngelat sebenarnya.Terlebih dahulu,apa itu Gesundheit!?

Gesundheit ini adalah ucapan dalam bahasa jerman untuk di katakan kepada orang yang baru bersin serupa dengan bless you yang di amalkan di U.S.So dari ayat ini lahirlah idea, permainan video yang dikhaskan untuk iPad dan juga iPhone.

Ramai yang berpendapat permainan ini berkonsepkan Cut The Rope, tapi bagi saya , ia menawarkan satu pengalaman yang berbeza.Memang tak sama langsung dengan Cut The Rope.Dalam permainan ini , anda memegang watak sebagai seekor babi yang berwarna hijau, yang selsema.

Pada permulaan cerita,babi hijau ini di sakat dan dibuli oleh babi-babi yang lain.

Setelah beberapa ketika, kampung mereka di serang oleh raksasa berwarna merah dan kesemua babi yang menyakat tadi telah di makan oleh raksasa tersebut (balasan ni).Seekor babi betina pula telah diculik oleh raksasa merah tersebut, dan harapan hanya di galas pada bahu hero kita.

Tapi bagaimana hero ini boleh menyelamatkan cinta hatinya?satu-satu senjatanya adalah hingus atau kahak yang di hasilkan oleh si hero.EEWWW~~~hahaha tunggu sahaja apabila anda sudah bermain, anda akan faham maksud saya.

Hembus-hembus,kahak-kahak

Berbanding dengan Angry bird, di mana, tugas burung-burung pemarah itu adalah untuk membunuh babi-bai yang berwarna kehijauan, permainan ini lebih menumpukan perhatian kepada si hero, babi yang hijau.*Yeah Go Green Pig.Ada beberapa map yang akan anda jelajahi dalam misi anda untuk menyelamatkan kekasih hati.(cliche sungguh, yang menyelamatkan keluarga hanya Sid meier Pirate jer).

dan berbekalkan kahak dan hingus sebagai senjata, anda mesti berjuang habis-habisan.

dan sekiranya anda gagal….

Inilah nasib anda =))

Permainan ini boleh di dapati di dalam dua version iPad($1.99)  dan juga iPhone ($0.99).

*images from google

*mungkin ada yang berpendapat penggunaan perkataan babi adalah kasar, jadi saya ingin memohon maaf terlebih dahulu.Sekiranya ada yang merasa tidak selesa, boleh menukar dengan minda anda perkataan babi menjadi khinzir atau pig.Terima kasih.

Angry Bird The Movie?!!!Biar Betul~

Rasanya tak perlu di perkenalkan dah permainan video yang telah beberapa lama mengungguli carta Apps Store untuk iPhone ini.Dah beberapa versi Angry Bird dah telah di ciptakan antaranya untuk Smartphone dan juga versi komputer.Dengar cerita dah ada untuk versi facebook kan?entah lah, saya belum check pulak…

Tapi apa-apa pun, baru -baru ini sewaktu berborak dengan cik Sireen, dia ada mention tentang game ini yang bakal muncul di pawagam tidak lama lagi.Wah!!Bagaimana tu?Angry Bird in 3d?atau Angry bird in HD?Tak boleh bayangkan burung-burung yang comel in di skrin besar.

Kepada yang belum pernah mencuba permainan ini saya memberi amaran , tahap kelekaan yang bakal ditonjolkan ole permainan ini amat tinggi.Tetapi kepada yang belum pernah mencuba saya nasihatkan anda untuk mencuba, ia cukup untuk mencuri beberapa jam , (atau lebih) dari kehidupan anda yang hectic tu.

Di bawah ini adalah video berkaitan dengan movie tersebut jadi, tentukanlah sendiri sama ada cerita dan populariti permainan ini setaraf atau tidak.Bagi saya …hurm..malas nak cakap lah kan..tapi saksikan yer…

Cydia oh Cydia

Cydia  adalah satu platform yang tidak asing lagi di kalangan pengguna iPhone yang telah mengeluarkan iPhone mereka dari closed source ke open source dalam erti kata lain (pecah penjara, jailbreak).Kalau di ikutkan sekarang, jailbreak adalah legal, dulu tidak tapi sekarang sudah.Tapi ada perbezaannya jailbreak dan juga penggunaan aplikasi cetak rompak hehehe.Oh anda kata anda tidak menggunakan aplikasi cetak rompak?sekiranya anda mempunyai banyak aplikasi tetapi tidak membeli aplikasi tersebut di apps store ataupun mendownload lagu di iTunes themselves, bermakna anda menggunakan perisian cetak rompak yer terima kasih.

Okey,entri kali ini bukan untuk bercerita tentang moral sebenarnya.Entri kali ini adalah ingin berkongsi pengalaman bermain dengan Cydia (bukan si Dia, itu berdosa tahu,unless u r playing boling or something).Seperti iTunes, Cydia menawarkan pelbagai jenis modifcation and tweak for both of your iPhone and iPad.Kepada yang boring dengan passcode normal iPhone boleh try yang ini.

Passcode style macam android

Kepada yang bosan dengan cara slide lama, boleh try aplikasi ini, tapi dari video ini macam yang versi lama sebab yang baru, kita boleh scroll dari atas ke bawah ..cool kan?

Kepada yang pernah menggunakan handset Nokia, mesti anda merindui fungsi yang boleh mengistiharkan (perghh macam raya pulak kan ?) kemasukan pemanggil, dimana nama pemanggil akan di sebut berselang seli dengan ringtone.Tapi untuk iPhone ini satu aplikasi dinamakan iAnnounce boleh melakukan fungsi yang sama cuma kelebihan dia, anda boleh menetapkan apa yang akan di sebut oleh telefon anda.So instead of the old style calling out the caller’s name, sekarang boleh jadi , “Ada orang call ar,*name pemanggil,jenis telefon,”

Kalau nak cakap pasal tweak memang banyaklah kan, so korunk kena try sendirilah explore Cydia ini.Dan yang paling mengejutkan aku adalah kini game PS boleh dimainkan di iPhone dan iPad.Yerp, you heard me, di iPhone dan di iPad.Semalam aku try di iPad memandangkan kapasiti masih ada 46 Gig lagi, try punya try, tak sangka betul dengan keberkesanannya, sebab selalunya emulator ini banyak flaws dia tapi kini sangat-sangat memuaskan hati.Tapi untuk membuat tweak ini anda perlukan sedikit skill dalam SSH software.Tak susah pun sebenarnya tapi nak kena explore lah…

Final fantasy 9

Final fantasy 7

nota kakiGrinua-dua kaki ni, eh dua-dua video ni adalah dari iPhone bukan iPad.Kesemua video ini bukan milik saya (takkanlah saya pandai cakap spanish pulak huhuhuhu).Ini di sebabkan saya di landa kemalasan yang amat untuk membuat video sendiri .So have fun eh?

Bilah tak terkira (infinity blade)

Inifnity Blade (tolong abaikan direct translation yang mengarut tu), adalah satu permainan action RPG yang di bangunkan oleh Epic Games dan yang pertama menggunakan Unreal engine Technology.Untuk informasi yang lebih terperinci boleh ke sini.

Sebenarnya nak cerita dekat sini, saya baru habis main permainan ini sebenarnya.Permainan video khas untuk iPhone ini telah kelaur untuk beberapa ketika tapi saya sempat bermain baru-baru ini sahaja.(Memandangkan iPhone 3g tidak berupaya untuk memproses permainan ini).

Saya telah berjaya menamatkan permainan ini pada bloodline yang ke 4.Mungkin ada yang berjaya menumpaskan God King pada bloodline yang lebih bawah, tapi menurut kawan saya, dia hanya berjaya menumpaskan God King pada bloodline yang ke 8, itupun dengan menggunakan infinity blade(pedang aras tertinggi yang boleh di beli dengan harga 514900!!!) hahaha setengah juta untuk pedang sahaja.Belum lagi masuk armor dan shield.

The God  King

The God King

God King ni jahat parak,tapi memang tak dapat di nafikan kekuatannya.Boss terakhir kan,mana tak kuat.Memang sangat kuat kot, and he’s fast, like super fast.Memang puas hati kalau dapat menang dia,sangat berpuas hati kot hahaha. Laugh .

Jadi kalau siapa tak main lagi infinity blade ini, jom kita main sama-sama.Tumpaskan God King itu,”padre I will avenge you,”…

Tapi sejarah keluarga hero ini agak twisted,kalau sesiapa yang main akan faham apa yang saya maksudkan.Mungkinkah semasa hero kecil, ayahnya akan berpesan

“Hey son, one day I’m going to die trying to avenge my father. When that day comes, you must keep up our tradition and have a son so he may avenge you when you die avenging me.”

HAHAHAHAHAHAHA!!!

Babi yang annoying!!

Tajuk entri kali ini memang agak harsh tapi itulah realitinya, dan jika anda mengalami apa yang saya alami,anda semua juga akan bersetuju dengan pernyataan di atas.Jadi kenapa saya tiba-tiba ingin bercerita tentang ‘lembu pendek’ tiba-tiba hari ini?Ini kerana wabak ‘lembu pendek’ ini telah semakin menular di kalangan remaja pada masa kini, khusunya kepada pelajar atau mahasiswa ataupun mahasiswi yang mencari hiburan untuk mengisi masa lapang mereka.Yeah kepada mereka yang cepat pick -up, I was talking about the infamous “Angry Bird’ video game by Rovio Mobile.

Marah betul burung-burung ni

Dalam permainan berbentuk pengujian minda ini, anda akan menggunakan slingshot ataupun lastik, (alah yang budak-budak dok main lastik cicak masa kecil-kecil tu) untuk melastik burung-burung yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dan burung -burung ini akan di lastik ke arah babi-babi yang berwarna hijau (Yeah you heard it right, green!!) yang terdapat dalam struktur bangunan yang pelbagai.Objektif anda akan tercapai apabila semua makhluk berwarna hijau ini musnah.

rundingan damai yang fail!!

Ada beberapa puluh peringkat yang perlu di tempuhi dalam permainan ini dan setiap satunya semakin mencabar, dari babi yang simple sampailah babi yang besar samapai babi pakai helmet,lol.Boleh imagine?babi pakai helmet?yang pernah saya jumpa, babi pakai gincu je (Ok, that is much worst~).Tapi jangan risau, anda di lengkapi dengan burung-burung yang boleh di harap yang mempunyai pelbagai jenis ability atau kebolehan.Dari yang simple setakat langar-langgar, samapailah ke telur yang boleh meletup, (Telur meletup?You don’t want that ..lol).

Banyak betul makhluk berwarna hijau~

Telur meletup!!

Kepada yang masih belum mencuba permainan ini, saya sarankan pergi try dan download.It came for the mobile and also the PC.Jadi mainlah di mana-mana genre yang anda suka.Tapi satu peringatan, ia sangat-sangat addicting.Jadi bersedia untuk menghabiskan beberapa jam, untuk membunuh makhluk hijau ini.Walau bagaimanapun, saya tetap berpegang kepada slogan

“Peace,No war”

Hidup harmoni macam ini kan elok...