Kerana Sebatang Mentos

Dimulakan cerita, aku sedang menunggu si Apek untuk men”jailbreak”kan iPhone barunya.Dalam proses menunggu tu, aku lena di ulit mimpi, sedar-sedar dah pukul 10.30pm.Beberapa ketika, kawan lama aku tu dah tercegat di hadapan rumah.Tersengih dia tengok aku yang terbkebil-kebil dalam proses cuba untuk membuka kelopak mata yang masih separuh di alam mimpi.

Sambil duduk-duduk tengah dalam proses men’jailbreak’ tu sempatlah kongsi cerita, lama dah, dah tak kongsi cerita.Kongsi cerita, bukan gossip, lelaki don’t do gossip, well, ada yang buat, aku tahu hahaha.Aku tertarik dengan satu add on yang ada pada iPhone Apek,berkenan pula, nantilah aku beli satu.Boleh cegah habuk dari masuk ke dalam phone hurm, nice.

Beberapa ketika kemudian,icon Cydia yang famous tu, terpampang di Springboard dia, bukan main seronok tengok reaksi si Apek.Mesti dah plan macam-maccam nak buat dengan iPhone baru dia tu.Tak berapa lama kemudian,Apek beransur pulang, hilang di dalam kegelapan bersama kereta Porche hitamnya.

Aku ingat nak sambung tidur, tapi aunty kesayangan pula call, aku dah separuh terlelap ketika dia meminta kau supaya aku mendapatkan cerita Keramat untuknya, satu je respon aku, jangan buang masa tengok.Memang aku tengok free, tapi 1 jam 15minit aku tu siapa nak pulang kan balik?amat menyedihkan, sebab trailer agak gempak, tapi cerita tak strong, tak tahu hujung pangkal, kait mengait, skrip lemah, tak tahu kenapa dia orang lepas masuk wayang, telefilem pun macam susah je qualify, harap mutu filem boleh di kaji.Watak rebecca yang tetiba berubah jadi pemarah, tetiba ada hantu makan anak dia, datang mana hantu pun tak tahu.paling kelakar, watak ustaz, kenapa ustaz kena cakap macam tu, cakap melayu kan senang.

Tepat pukul 11.45, si fique call ajak aku minum.Aku yang masih mamai ni, dah makin hilang mamai, sebab orang asyik menelefon.Pelik , mereka cari aku di waktu malam, mungkin mereka dah tahu aku siapa agaknya,one of the Cullen.JK.

Aku bersiap, keluar, fique sampai.Singgah 7 E beli topup, si fique pun nak beli juga.dalam aku tunggu si Fique bayar, aku terpandang dekat mentos yang agak pelik, rupanya ada mentos baru, aku tak tahulah baru tahap mana atau aku yang noob.Dia mentos yang berperisa mint, makin bawah,makin berangin kuat.So aku grab lah satu, nak try.

Lepas bayar topup, aku ambillah topup dengan tangan yang pegang mentos tadi.Cashier tu diam je.Bila aku dah sampai kereta, time nak buka pintu,*still pakai tangan yang ada mentos dengan top up tadi, tergerak hati aku, bila masa aku bayar untuk mentos nih?Terus aku meluru masuk dalam 7E.Cashier tu ingat aku tertinggal something,tapi aku cakaplah “wak, saya lupa bayar nih” senyum je si cashier tu, tak tahulah,senyum sebab mentos ke , atau sebab dia memang berharap aku datang lagi jumpa dia.Hahaha.

ni bukan mentos tu, mentos tu dah habis dan aku dah buang

Jadi itulah kisahnya, kalau nak di ikutkan ,memanglah aku boleh blah dari situ, dengan mentos ‘free’ tapi aku takut, dosa aku bertambah hanya kerana sebatang mentos berharga rm1.40.

THE END.

Apam Polka

Macam mana puasa semua?harap-harap cukuplah hendaknya.Setahun hanya sebulan je berpuasa, takkan tak boleh kan? Grin.

Banyak juadah yang boleh didapati di bulan puasa ini.Kadang-kala sampai berlebih-lebihan pun ada, tapi ingat, dalam kita berlebihan ada juga insan yang berbuka dengan buah kurma sahaja.Jadi janganlah membazir, kalau diturutkan nafsu makan, tiap-tiap gerai kat bazar tu nak dibelinya.

Tahun ni belum pergi lagi bazar ramadan, ok agak lame di situ, tapi tak berkesempatan,sebabnya selalu berbuka di rumah bersama keluarga, kalau dekat luar pun bersama dengan family sekarang.Yelah, ada peluang macam ini jarang, lepas ni entah boleh entah tidak,mana tahu, ramadhan yang terakhir kan.Bukan minta, tapi beringat.InsyaAllah, jemputan berbuka di padang sabtu ini boleh di penuhi,memandangkan terlepas untuk berbuka dengan nad, yaya and the gang beberapa ketika yang lepas tidak kesampaian.

Sebenarnya dekat sini nak cerita, tentang satu benda kecil cinonit yang sedap.Penemuan benda ni sewaktu menganjurkan Swagged Bazaar bulan Jun yang lalu.benda itu adalah apam polka.Tahu tak apam polka tu bentuk dia guane?macam nih.

Mula-mula saya beli juga untuk diri sendiri lepas tu, kawan-kawan berminat pulak nak membeli, 2, 3 kali juga jadi agen apam polka nih.In case sesiapa nak nak beli apam nih, boleh lah contact Nad.Ada dua perisa yang paling fames iaitu kaya dengan blueberry.kawan ada juga menempah untuk raya, tapi sekarang nih tak tahulah still terima tempahan ke tak.Ye,lah raya bebrapa hari aje lagi kan.Tapi kalau yang berada di area berdekatan kuantan bolehlah nak try contact princess nih Grin ,di jamin tidak akan menyesal.

By the way hari tu, Nad ada bagi saya try flavour strawberry,sedap juga.So apa-apa boleh hubungi tokey dia yer.

*saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang order cupcakes, sebab kami sekarang dah cukup kuotanya,jadi tak dapat nak terima tempahan.Lepas 4hb September 2011 barulah boleh tempah kembali, minta maaf sangat2.

Peace out Grin .

 

Along’s engagement and my kuantan’s diary

Kalau di perhatikan dengan tajuk,mungkin ramai akan tertanya -tanya, bila masa pula si tuan punya blog ini ada along?(macamlah semua orang tahu, saya ada berapa banyak adik – beradik iyerk?).Okey, sebenarnya Along ini bukan along saya, tapi along ke acha,agy,kebe dengan apik.Eh , baru 4 kan?oh lagi seorang, anym.Along adalah anak pertama dari adik beradik dia, (dah memang sah-sahkan dia no 1 kalau tak, takkan lah dia dipanggil along kan?), and she’s a lady engineer, jangan men -men ar…

Dulu dengar rumors, yang along ini garang orangnya, jadi masa start kenal dengan along ni macam nebes ar sikit, tapi it turns out , she’s a sweet, loving,adorable,beautiful,intelligent,cute (apa lagi eh nak letak?puji lebih sikit nanti kalau Along baca mesti dia terharu dan akan membelanja makan  hahaha JK,JK,JK bukan JK Rowling tapi joking ROTFL ).

Jadi salah satu sebab aku terbang pulang ke kuantan minggu ini dengan menaiki kereta adalah kerana nak menghadiri majlis pertunangannya.Semua pink tu, I loike pink, kan kumpulan jambu sekarang tengah top dekat maharaja lawak,korunk tak tengok ke?Koman di situ iyerp…

Jadi apa kata kita nikmati gambar-gambar di bawah ini, oh credit to agy for the pictures.

Along =)

Along and Sepol

along and saya =)

fawaz

Setelah mengunjungi majlis merah jambu Along dan Sepol, or should I call him Abang Sepol hahaha, ok,ok selepas itu teruslah saya bergegas ke Zenith untuk majlis mother’s day.Banyak juga makanan yang disediakan dan pelbagai-bagai juadah ada dari satay sampai sushi, samapilah cotton candy sampailah chocolate fountain, tidak lupa juga dengan rojak ketam.Jom tengok gambar jom!!!

Alyssa Adrianna Efrina

qistina and awan

rojak ketam

lasagna

east meet west

cotton candy

dah puas makan tu, chill jap dengar lagu Laugh

2k for dr dre..its a worthy investment

oh, and I went to ecm and bought  this for my old 3g, seee…

Stitch!!!! =)

Kerana sebab musabab, saya tidak upload gamabr keluarga kerana menghormati permintaan..tengok muka saya je lah eh?peace!!!!

Sol,Bukan Soley Soley tapi Seoul Garden

Hari ini hari khamis,semalam hari rabu dan esok hari jumaat, jadi seperti yang di janjikan pada hari khamis dan bukan hari rabu atau jumaat, aku dan budak-budak rumah bergerak ke OU.Untuk apa?untuk menikmati makan tengahari di Seoul Garden.

Untuk yang tidak pernah mengunjungi restoran ini,restoran ini menawarkan pakej buffet ala ala all you can eat yang berlandaskan (berlandaskan~tak leh bla ayat) konsep grill.Kira masuk sini kena grill sendiri lah menda-menda ini semua.Terdapat pelbagai pilihan akanan yang ditawarkan dari sotong, udang, dan ayam serta kerang sampai lah pencuci mulut seperti ABC dan juga ais krim boleh dinikmati di sini.

Sebenarnya kami menghabiskan masa di sini selama 2 jam untuk makan sahaja, jadi tak ada bendalah yang nak di ceritakan sangat, kecuali gambar – gamabr yang bakal menjadi kenangan sewaktu di sini.Jadi , apa kata ikuti dan nikmati gambar-gamabr di bawah..yerp..

pie and wan

pie sedang memakan

suka sangat pegang chopstick

me and paan

paan,redza,paeh,yop

icecream seoul

Senyum!!!!!

Seoul garden tq!!!

*Tak ada gambar makanan, pasal tak sempat tangkap dah masuk mulut…

Antara Durian dan Zul

Burpp!!!! Alhamdulillah.Maaflah kawan-kawan, mentang -mentang baru lepas makan derian/durian/raja buah/buah duri, kalau sedawa memang boleh tahulah effect dia kan kepada alam sekeliling dan juga alam sekitar.

BUrpp~~~~

Hari itu aku dah beli buah durian dengan paan dengan harga rm10 sekilo.Kami beli sebiji je, maklumlah nak rasa, durian Pahang katanya.Kenalah rm19, tapi puas hatilah isi dia memang kuning ranum,memang rasa manis terbaik dari dusun.

Aku yang kurang peka harga durian ini pun mengambil keputusan untuk menelefon ibu kesayangan, yelah aku kalau duduk dekat rumah, main makan je, amnalah tahu harga benda-benda ini semua.Jadi menurut kata ibu tercinta, memang harga durian ada yang mahal dan ada yang murah, dari semurah-murah rm5 sekilo sampai lah rm25 sekilo yang kini giat dijual di Kuantan ,kampung halaman tercinta.

Setelah mendengar dan tidak berapa nak puas hati , aku mengucapkan selamat malam dan sweet dream kepada ibu.Kemudian aku terus menuju ke dapur untuk makan itu buah punya durian.Ok , rasa dia sangat sedap dan heaven (macam tahu pula heaven tu guane kan, its just a matter of speech okey?).

Semasa kami bertiga, aku wan dan paan tengah sibuk menelan , eh mengigit dan memakan durian, si zul telah hilang bersama helmet dan keluar dari rumah, kami fikir mungkin dia mahu ke 7 e untuk membeli top up untuk menghubungi Reen,kekasih tercinta.Tapi timbul pula satu pandangan lain yang menyatakan, adakah ul keluar kerana bau raja buah yang menusuk kalbu?Bila di offer buah itu, dia menolak seraya berkata,”eh takpelah korunk makanlah dulu, ” lalu mengatur langkah satu persatu menuju kepintu sambil mencpaai helmet yang berdekatan dengan table dan terus berlalu keluar dari situ. (apasal ko macam tulis novel yang broken English/Siap ada table lagi, meja sudey).

Jadi hari ini,dan disaat ini, kami membuat keputusan untuk membeli durian sekali lagi di tempat yang sama dan di gerai yang sama dengan pakcik yang sama (hebat pakcik ini pegang durian tak pakai sarung tangan, tak calar pula tangan, adakah pakcik ada keturunan tarzan?hahaha sebenarnya orang yang ada pengalaman pandai cara pegang durian,macam kita yang salah pegang chopstick, mana boleh nak pakai kan?eh kita tu maksudnya saya lah hehehe).

Jadi si Paan je turun kereta, aku yang drive so malas nak turun.Mula-mula Paan kata nak beli 2 biji jadi aku setuju je,tiba-tiba dia kata nak beli sebijik, aku macam hurm..ikut je lah.Bila dah masuk ekreta, barulah tahu sebab apa, dah naik harga rm14 sekilo.Ni sebiji ni rm40 , pakcik tu nak suruh ambik yang kecil satu, cukupkan rm50.Mak AIHhhh!!!! Mahal kot.Bukan apa, sebab compare dengan hari tu , rm19 sekarang kena rm40, aku macam tak percaya, sebab kalau tadi aku yang turun mesti aku kata,”pakcik rm40 untuk sebiji, tak pelah saya rela minum afogato dengan tiramisu dengan c o cheese tu pun tak sampai rm40.Tak pun saya pergi tibai tutti frutti , itu pun baru rm20 lebih.Rasa macam kena tipu pun ada , tapi ye lah mungkin gred dia tinggi kot, aku buta sikit pasal buah ini, aku tahu buah,aku makan tak banyak soal.Yelah, dekat rumah korunk tanya ke, Mak udang ini sekilo berapa sekarang?ikan patin ni seekor berapa?rambutan seiikat berapa?korunk mesti main tibai makan je kan?Lain lah yang suka iut ibu bapa buat grocery, KANTOI ar aku tak buat kan?lol.Eh aku buat ok, tapi dengan orang lain hehehe.

Ok lepas membeli di kedai itu,(ayat ko macam budak tadika dowh~) , kami menyusun langkah menuju ke tangga-tangga ke rumah kami.Masuk-masuk terus serbu!! Pergh rasa dia memang best, rm40 kot, tak best memang aku hempuk ar kulit tu dekat kedai pakcik tadi.Sekarang saat yang dinantikan telah tiba.

DURIAN,DURIAN BAU MU SEDAP,RASA MU SEDAP,TPI ZUL TAK SUKE MUUUUU

“Zul, meh sini meh,”  “Kita makan sama-sama”

“Eh, tak pelah korunk makanlah”

Secubit je Zul, jom ar jaga hati member-member, mahal kot ini, ko tak suka nanti ko lueh ke, muntah ke , ludah ke takpe tapi ko kena try”

Akhirnya Zul akur.Tapi aku nak tergelak tengok Zul yang muka macam kena paksa makan ubat.Dia boleh masuk dah jari dalam mulut lepas tu tak jadi nak makan, kelakar la wei…Tapi setelah beberapa percubaan drastik, dan mendapat sokongan moral dari Paan,WAn dan aku sendiri yang terus melaungkan nama “ZUL BOLEH” akhirnya jari Zul berjaya dijolok kedalam mulutnya dan isi durian terbenam di dalam kerongkong si Zul (aku dah macam cite pasal main bola sepak pulak dah).

Aku nampak Zul dah mula menitiskan air mata , mungkinkah air mata kegembiraan,ataupun air mata kesedihan akibat ketidak sedapan yang dirasakan yang kini berada jauh di dasar kerongkongnya.Akhirnya, kami berjaya mengajak Zul  untuk amakn bersama-sama.Horey!!!!

MAcam pelik kan, tapi itulah lumrah kehidupan, kadang-kala benda yang kita suka, mungkin orang lain tak suka, dan benda yang orang lain suka, kita tak suka.Kita tak boleh paksa orang untuk ikut telunjuk kita, dan kerana perbezaan inilah membuatkan manusia itu unik sebenarnya.Kita tak perlu sama dari segi selera, warna kulit, bahasa ataupun bangsa tapi yang penting kita tetap 1 malaysia.

Tamat.

P.S Setahu aku, orang putih je tak makan durian, adakah Zul adalah keturunan orang putih..kita nantikan jawapannya di episod akan datang.,,,,

Antara iPad dan cinta serta Cermin mata.

Sabtu,sabtu,sabtu bangun pagi sabtu di kejutkan oleh Awin yang bersiap -sedia nak pergi examination.Good Luck, Okey mungkin dah terlambat, tapi ini cerita semalam so all the best for the result.Jangan risau,think positif okies?

Dah bangun tu memang tak boleh nak tidur balik la jawabnya,jadi aku meneruskan usaha murni menyiapkan laporan untuk subjek innovation.Tapi sebelum tu pekena nescafe secawan .Oh , memang tak sesedap yang mak buat, kurang kick orang putih kata.Jap,orang putih ke yang kata kurang kick?bukan orang kita ke yang reka luahan emosi begitu,hish nampok sangat meniponyer.

Keadaan rajin berlarutan selama beberapa jam, dan bila perut mula memanggil-manggil meminta di isi, bukan panggil macam “awak,saya lapar,sila isi saya sekarang, terima kasih” bukan macam ini, dia bunyi lah Kruk krak Kruk Krak, (eh, ni bukan bunyi kunyah cekedis ker? Frown ) Okay saya tak pandai buat bunyi.Kesimpulannya,perut saya lapar.Jadi tanpa melengahkan masa saya ‘memessage’ alah texting si Awien untuk mengajak STOP, kalau breakfast dengan lunch orang panggil brunch tapi kalau lunch dengan makan petang panggil apa?Lutea?LuncTea?TeaLunc? Ah, lebih kuranglah.

Selang beberapa minit, takde minit pun, beberapa saat kemudian saya mendapat balasan (macam buat dosa pulak) mendapat kiriman balas (haa~ baru betul) dari Awien yang setuju untuk ber, ber , ber, ber makan bersama since dia ada di cheras nak tengok orang tersayangnya bermain bola sepak malam karang.KL vs pahang, entah ar dia sokong mana since si kesayangan main untuk KL hohoho.

Tapi ada niat tersembunyi si Awien ni, dia nak minta tolong jailbreakkan iPado dia, okey jer, aku no hal.So, bertemulah kami di Pavilion,KL.Lokasi teppanyaki.Woow memang dah lama nak makan,sebab lama tak makan, jadi baru dapat makan,so makan lah semalam, sejak beberapa lama tak makan kan?Okey.kesimpulannya kami pun berjumpa di teppan untuk makan, Awien ada kejutan untuk aku, (Macam akademi fantasia kan?) “Radin, ko kena tolong jailbreak 2 iPad,” woww, sekali 2 bai, rupanya ada orang dapat iPad untuk hari jadinya.So cuweet~~ Hahaha member punya pasal kau bawak 80 iPad pun aku tolong.So selepas memenuhkan perut, kami bergerak menuju ke Coffee bean.

Singgah kejap dekat main hall Pavi tengok ada pertunjukan.Aku suka tengok teknik persembahan air dia, style kot…jap aku upload jap eh….

Haa, setelah membuat rakaman video tersebut kami bergerak menuju Coffee bean.Aku tak reti sangat nak order dekat tempat mahal gini.So Aku follow jer Awien order Banan Chocolate.rasa dia memang superb ar.

banana chocolate

Bila aku buka iPad Awien dan si Axlan, rupa-rupanya dia orang punya iPad dah jailbreak dah.Ok save satu tugas, kira sekarang aku ajarlah Cik Awien macam amna nakguna Installous dan paling penting Cydia kihkihkih..Sebenarnya Installous tu semua orang boleh guna, tapi berbadning dengan cydia, kome kene belajak sikit.Kira kena discover dan dapatkan tunjuk ajar sikit macam mana nak guna.kalau sesiapa yang pandai gunakan cydia mesti faham maksud aku, dengan Cydia terdapat 1001 benda boleh tweak dan improvise jadi, setiap iPad akan kelihatan berlainan dan mempunyai identiti sendiri.

Awien and iPAdzzz

Minah salleh belakang tu kan, dia kan, ehem..ehem..biarlah rahsia….

technician apple di coffee bean lol

Thanks Awien for the banana chocolate!!!Len kali belanja agi …. aku dah addict dengan pisang ni hahaha!!Pelawas terbaik bak kata-kata, kata – kata…er kata..kata ku.

That blue eyes are dangerous, flirting with it might cause you to succumb into endless ocean of blues~~Unfortunately, she will require  a dictionary in order to converse with me LoL…(English-malay dictionary).

P.S:Awin and Awien is two different people.