Ombak rindu

Nak tengok cerita ini dah lama, semenjak ada kawan cakap novel dia best.Sekarang ni terlalu sibuk sampaikan nak baca novel pun tak sempat, yang terakhir pun cerita lagenda budak setan.Jadi hari ini barulah sempat melawat pawagam untuk menonton ombak rindu ,lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani.

Ombak rindu dah di tayangkan sejak dari 1hb Disember haritu tapi memandangkan tiket untuk cerita ini amat sukar diperolehi, jadi hari ini barulah berkesempatan tengok cerita ini.Dengar dari rakan-rakan yang dah tengok, ramai juga yang menitiskan air mata.baguslah boleh menitiskan air mata, bermaksud hati kita tak keras, orang nak sangat hati keras, tahu tak orang hati keras ini tak elok.Kalau Allah keraskan hati anda, anda adalah orang yang malang sekali.

Tapi bukan nak cerita tentang hati, tapi nak cerita tentang ombak rindu sekarang.So hari ini selepas menonton aku bagi cerita ini 4.5/5. Patutlah RM750,000 pada hari pertama sahaja.dalam banyak scene, part si Aaron menitiskan air mata aku rasa yang boleh buat orang sebak, yelah, lelaki maskulin macam dia, boleh menitiskan air mata.Siapa yang tengok Nora Elena mesti boleh layan cerita ini.Lakonan Aaron memang menjadi begitu juga dengan lakonan Maya Karin.

Tapi betul ke dalam dunia ni ada perempuan macam Izzah?Untungnyalah kalau siapa dapat isteri macam Izzah.Walaubagaimanapun kesian juga dekat si MIla (Lisa Surihani) dia betul-betul cintakan si Aaron.Tapi nak buat macam mana kan?Lakonan yang azizah mahzan sebagai mak Aaron yang jahat memang menjadi.Aku rasa geram gila tengok.Memang di akui dalam wayang masa aku tengok pun, ramai yang menangis, termasuk lelaki.Muka ganas tapi hati ada taman Razz .Walau bagaimanapun aku tak ada lah menangis tengok cerita ini, cuma part time Hariz (Aaron) bagitahu Izzah(Maya) yang dia rindu dan dia terpaksa tanpa kerelaan dia untuk mengahwini si Mila (Lisa) buat aku sebak gila.Kalau siapa dah tengok mesti faham apa yang aku cakapkan ni.

Lagu OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira pun meamng kena dengan cerita dan liriknya memang tepat dengan situasi.Kalau sesiapa yang boleh mengaitkan diri mereka dengan situasi ini, memang berlenjer-lenjer la air mata.*ada ke berlenjer?hahaha ,dekat bawah ini ada disediakan video clip lagu Ombak Rindu berserta lirik.Agak–agak kalau tengok untuk kedua kai pun tak kisah, sebab cerita ini lebih bagus daripada breaking yang banyak potong dan boring  Grin.

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

PRAY NOT BECAUSE YOU NEED SOMETHING, BUT PRAY BECAUSE YOU HAVE A LOT TO BE THANKFUL FOR Heart

Breaking Dawn Part 1

Edward,Jacob,Bella nama-nama yang sinonim dengan siri pontianak twilight.Minggu ini breaking dawn pula akan keluar menyusul.Breaking Dawn adalah buku terakhir dalam siri twilight, dan seperti kebiasaannya apabila sesuatu trilogi itu akan berakhir, pengarah akan cuba untuk mengaut keuntungan yang lebih dengan, guess what? menjadikan satu cerita kepada 2 parts, yup Breaking Dawn yang akan keluar adalah Breaking Dawn – First Part.Ini bermaksud anda terpaksa menunggu hingga tahun depan untuk menyaksikan kesudahannya.

SPOILER ALERT OKEY,JANGAN BACA KALAU TAK TENGOK LAGI,NANTI ADA YANG MARAH LAK.

Secara keseluruhan cerita seperti biasa banyak tema cinta-cintan.Bermula dari persediaan majlis perkahwinan antara Edward dan Bella,yang diuruskan oleh Alice yang comel (ok nampak sangat aku suka Alice).Segalanya bermula dengan okey dan bahagia, cuma untuk si Jacob jelah, sedihlah mamat badan tough tu sebab Bella tak pilih dia, takpe, tak ada rezeki.

Honeymoon di Brazil selepas perkahwinan, (banyak adegan yang agak berbahaya di sini, kalau anda semua faham apa yang di maksudkan dengan bahaya Pig ) Aku rasa banyak yang akan di potong apabila masuk Malaysia nanti.Beberapa babak seterusnya memaparkan bagaimana Bella menghadapi masalah dengan kandungannya yang mula membesar dan paling membimbangkan sedang membunuh Bella secara diam-diam.(Baby vampire mestilah minum darah kan).

Puak-puak werewolf ni dah tak boleh tahan sebab kalau Bella mati, kiranya perjanjian antara The cullen dengan werewolf akan terbatal sebab melibatkan nyawa manusia.Nak-nak si Sam (ketua wolf) memang tak berapa gemar dengan vampire.Cullen sekeluarga berusaha untuk menyelamatkan Bella, termasuk memberi Bella minum darah manusia (paling kelakar , Bella kata best Frown ) darah manusia best ke?Entahlah.

Semakin lama semakin sihat si Bella, tapi memandangkan Bella kuat minum darah, bekalan di rumah Cullen habis menyebabkan Dr.Cullen dan isteri dan Emmett terpaksa mendapatkan stok darah yang baru.Jadi keadaan ini menyebabkan rumah Cullens adalah sasaran yang paling tepat kerana bilangan cullen hanya tinggal beberapa orang (Edward,Alice, Jasper,Rose) di tambahkan dengan si Jacob dan Seth.

Keadaan bertambah getir ketika si Bella dah sampai masa untuk melahirkan bayinya, (Scene ini agak ngeri) dan akhirnya Bella selamat melahirkan bayinya, future girlfriend Jacob, woww tak dapat ibu dapat anak pun jadi ek?

jadi apa kesudahannya,adakah Bella terselamat?adakah kumpulan werewolf yang di ketuai oleh Sam akan menyerang rumah Cullen?adakah Bella akan menjadi vampire?saksikan ia di panggung berhampiran anda Grin

Red Eyes Bella

 

Smurf dan Hantu bonceng

Anda semua dah tengok smurf?Kepada yang belum menonton smurf, silalah berbuat yang demikian dengan segera.Minggu lepas tengok wayang dengan Izzat,farah,nad,elly dan fatin.Cerita dia sangat comey hinggakan aku turut terbawa-bawa mengenakan ringtone Smurf the happy Song untuk telefon bimbitku.

Seronok menonton cerita ni dalam bentuk 3D.Effect dia terbaiklah,rasa macam nak bawa smurf tu balik rumah.Akibat penangan smurf aku kini telah memiliki smurf village sendiri.Dulu time Anna dengan Karlisle tak tergerak pulak nak bina penempatan smurf sendiri.Terima kasih kepada Encik Asri Ibrahim yang rajin bagi aku hadiah hahaha Laugh .

Itu cerita smurf, sekarang kita masuk bab cerita hantu bonceng.Cerita yang hebat lagi sensasi.Bagi aku memang lawak habis lah, nak -nak si zizan berlakon dan boleh tengok Juliana Evans jadi hantu.Tapi hantu-hantu aku rasa dia tetap lawa jugak Razz.Si nad lebih banyak tutup mata dari tengok cerita hehehe.Kesian si Izzat jadi mangsa cubitan fatin LOL.Secara keseluruhan memang best dan terbaik cerita ni, bayangkan 5 hari , 5 juta,jadi apa tunggu lagi, pergilah menonton cerita ni di pawagam.

Lepas habis tengok wayang, kami menuju ke John King.First time aku makan tart ni.Terima kasih kepada fatin yang baik hati belanja, nanti belanja lagi ye.

tart tart tart

elly

farah dan nad

fatin,nad ,izzat

Kalau sesiapa belum cuba tart ni, boleh juga try untuk mencubanya (ayat promote habis).Tapi yang jatuhkan tart anda seperti yang dilakukan oleh Izzat hohoho.

*Sorry Sireen, saya tak tahu aok nak tengok the smurf gak, marah adik sebab tak bagitahu awal-awal Razz .

Harry Potter and the deathly hollows part 2

Siapa yang tidak kenal dengan ahli sihir muda si Harry Potter.Ahli sihir yang memakai cermin mata berbingkai bulat dan mempunyai parut seperti petir di dahinya.Siapa pula yang tidak mengenali Lord V yang amat hebat tapi jahat yang merupakan musuh tradisi Harry.Besok segala-galanya akan berakhir.

Malam esok, tepat pukul 9.10 malam bersamaan 13hb Julai, semua ini akan berakhir.Sebab apa?Sebab malam esok, adalah tayangan  bagi episode terakhir bagi siri harry potter.Harry Potter yang mempunyai 7 buah novel dan 8 buah filem, deathly hollow ada 2 parts, lagenda ini akan berakhir esok.

Walaupun aku dah habis baca kesemua novel hasil karya J.K Rowling ini, tapi movie nyer tetap tidak boleh di lepaskan untuk di tonton.Minggu lepas lagi,tiket sudah di beli oleh our CEO.Ramai juga yang pergi tengok.Nampak gayanya kita je yang conquer tayangan perdana besok hehehe.Pada mulanya , kami sepatutnya pergi ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan Arsenal menentang Harimau Malaya,maklumlah tiket pun dah ada, tapi last minit , terpaksa batalkan pula.Lagipun kita tahu, harimau Malaya mesti boleh menang kan?Kepada rakan-rakan yang lain, support Harimau Malaya, jangan salah pakai baju pulak hahaha.

Sebenarnya aku tak kisah sangat pun pasal bola sepak, aku tak pernah minat pun sebenarnya,Tapi Malaysia main kan?so kenalah support.Takpe next game punya tiket pun ada lagi, untunglah ada pass masuk Razz .Aku tengok kalau beli, mak aih mahal bebenor tiketnyer.

Dulu kan, aku selalu buat comparison antara twilight dengan HP.Tapi kali ini aku tak nak buat benda yang sama, cuma aku ada sesuatu yang aku nak kongsi dengan pembaca semua.Cuba tengok.

Kelakarkan hehehe.Okey, ini cuma gurauan jangan ada yang marah pula, sebab minat Robert P.Oh, kalau sesiapa yang minat dekat Robert P boleh lah menonton filem lakonan beliau , water for elephant,it’s a good film by the way.

Okey nanti dah tengok cerita dia, saya akan buat review (pasal HP bukan pasal water for elephant), kalau rajinlah kan, hehehe.

p.s:nanti Ya balik kita tengok sama-sama yerp.Sorry Grin .

 

Way Back into Love

Pernah tengok cerita romantik komedi, Music and Lyric lakonan Hugh grant dan DrewBarrymore?kalau belum bleh cuba mencari cerita ini di kedai-kedai video yang berdekatan anda.Beli yang original tahu, jangan sokong cetak rompak.Ada beberapa lagu yang menarik dimuatkan dalam cerita ini tapi rasanya way Back into Love ni macam yang paling best.

Suka lirik dia, suka muzik dia, suka penyanyi dia.Pendek kata sukalah lagu ini dan tiada lain melainkan suka dan tidaklah sampai negara Langkasuka macam cerita merong.

Jadi apa kata kita enjoy lagu ini, oh di sini saya sertakan juga lirik untuk lagu way back into love ini.Untuk pengetahuan pembaca, video clip ini dari sedutan movie Music and Lyric.So apa tunggu lagi?let’s check it out.

[Haley]
I’ve been living with a shadow overhead
I’ve been sleeping with a cloud above my bed
I’ve been lonely for so long
Trapped in the past, I just can’t seem to move on

[Hugh]
I’ve been hiding all my hopes and dreams away
Just in case I ever need them again someday
I’ve been setting aside time
To clear a little space in the corners of my mind

[Haley & Hugh]
All I wanna do is find a way back into love
I can’t make it through without a way back into love
Oh oh oh

[Haley]
I’ve been watching but the stars refuse to shine
I’ve been searching but I just don’t see the signs
I know that it’s out there
There’s gotta be something for my soul somewhere

[Hugh]
I’ve been looking for someone to shed some light
Not somebody just to get me through the night
I could use some direction
And I’m open to your suggestions

[Haley & Hugh]
All I wanna do is find a way back into love
I can’t make it through without a way back into love
And if I open my heart again
I guess I’m hoping you’ll be there for me in the end

[Haley]
There are moments when I don’t know if it’s real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

[Haley & Hugh]
All I wanna do is find a way back into love
I can’t make it through without a way back into love
And if I open my heart to you
I’m hoping you’ll show me what to do
And if you help me to start again
You know that I’ll be there for you in the end

*Guess I’m finally ready to open up again Big Smile

 

 

Drama Nora Elena

Siapa yang tak menonton drama Nora Elena adaptasi dari novel karya Meen Zulaikha dan di terbitkan oleh Karangkaraf?Rugi,rugi.Abang long besar berlakon kot dalam cerita ni, siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz.Tambahan pulak si pelakon comel , Siti Saleha yang pernah berlakon dalam bersalji di Kuala Lumpur pun turut berlakon sebagai Nora Elena.Ralat sikit sebab drama ini ditayangkan pukul 7-8 malam, so, jangan terlalu seronok menonton sampai lupa maghrib okey?

 

nora elena

Sedikit sinopsis drama Nora Elena ini,Nora(Siti Saleha) adalah seorang gadis yang pernah menjadi mangsa rogol sewaktu dia remaja.walaupun susah untuk melupakan peristiwa hitam itu, dia tetap berusaha untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa dan dia bakal mengahwini dengan tunangnya, Idham(Zul Ariffin).

Setelah beberapa insiden yang berlaku secara kebetulan, Idham berhasrat untuk memutuskan petunangannya dengan Elena.Seth Tan pula menawarkan diri untuk menjadi Pak Sanggup menggantikan Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana semakin suntuk.Kenapa Seth Tan(Aaron Aziz) sanggup berbuat demikian?ikutilah kisahnya sendiri ye.

Di bawah ini adalah antar himpunan lagu-lagu tema cerita Nora Elena.Jadi korunk enjoy yer.

Dan bila Esok nyanyian Sofaz

Sesuatu yang berbeza nyanyian Sofaz

Biar hati mencintai nyanyian Sarah Aqilah

Terhenti Di sini nyanyian Asfan

Berubah nyanyian Erry Putra dan Reen rahim

Jangan Kau Pergi nyanyian Erry Putra, Reen, Shajiry