Archive for the ‘movies’ Category

Mr. Vampire

Siapa yang suka vampire atau erti kata lain pontianak.Kepada peminat susah kipas mati Twilight mesti suka makhluk ghaib edisi Stephenie Meyer yang di lakonkan oleh Robert P, Si Edward Cullen.Tapi kalau di fikirkan betul-betul kan, Edward boleh terbang, dan badan dia boleh bersinar, Edward bukanlah kategori vampire, dia sebenarnya adalah fairy.Kira anda dekat luar tu kena tipu ar yang Robert P tu vampire.Vampire kalau kena matahari dia terbako,mana boleh bersinar, kalau gitu macam mana kita manusia  nak defense diri dan bunuh vampire kalau kita letak depa bawah matahari, dia orang bersinar and then kita kata “WOWWW, you are beautiful,”.

bentuk muka mcm aku

Kalau dalam versi melayu, kita ada pontianak cantik edisi Shuhaimi Baba lakonan MAya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam.Kalau harum tu mungkinlah sbeab dia cantik, part yang sundal malam tu, tak tahu lah pula.Tapi pontianak ni tak habis-habis nasyik nak “Pulangkan!!,Pulangkan!!!” Dah mati buat ler cara dah mati, pulangkan barang tu nak bawa ke mana? takkan nak bawa terbang sana sini, berat dan emlambatkan penerbangan.Takut lumba dengan sugar glider pun , sugar glider menang (tertiber pulak iyer?)

pulanglah..... sebelum ku runaway, eh...pulangkan!!!

Dulu-dulu masa aku baby lagi, tipow sangat kan?kira masa aku masih dara lagi, tak sesuai gak ni, ketika aku masih muda belia, eh, ni still lagi, kira masa aku kecil -kecil dulu, la ni dah besar, besar apa?itu kita tak tahu kan? Grin .Ok sambung , masa aku kecil dulu, aku selalu tengok cerita cina, lebih tepat lagi cerita hantu cina.Entah kenapa aku rasa cerita dieorang menarik.Dan time tu, aku teruja bila tengok chinese hopping vampire’Geng si’ ni agak famous time -time aku tadika dan sekolah rendah.Alah vampire yang lompat-lompat tu, yang kena tahan nafas kalau tak nak bagi dia detect tu.Memang seronok layan cerita dia, ada adegan kungfu juga.

Semalam aku berkesempatan mendownload Mr.vampire1,Mr. Vampire 2, mr Vampire 3.bagi aku, vampire chinese ni paling real, pasal apa?pasal dieorang punya yang buruk.Mana ada vampire handsome macam Robert P atau secantik Maya (takde ar cantik sangat pun), kalau lah adalah makhluk ghaib jahat macam tu, semua orang nak jadi vampire, yelah kan, orang cantik dalam dunia ni kan sikit jer, kalau ambil 10 orang kawan hangpa , 12 tak cantik , termasuk hangpa jadi 13.(jangan pertikai ar pasal math tu, kalau korunk tak faham lawak ni kena tengok video mat lufti).

haaa handsome lagi dop?

Jadi pada pendapat akulah, jangan terlalu percaya sangat makhluk ghaib bernama vampire ni mempunyai rupa paras menawan , nampok beno meniponyer, ni memang banyok tengok twilight ni.Takpe, kalau tak nak ambil pendapat aku, harap-harap lah korunk jumpa yang real punya lepas tu baru ar korunk nak caya kan…

P.S tengok insidious, aku rasa buang duit jer, aku mengantuk, nak gelak tengok antu tu senyum dan paling best Demon tu rupa sebiji macam Darth Maul dari Star Wars, nasib baik takde dual lightsaber jer hahaha.

ni red demon dalam insidious

darth maul dalam star wars

Tanpa mu (Nur Kasih The Movie)

Khamis baru ini pergi WW, tengok Nur kasih the movie, teman soon to be mom, Jama dengan Kak Azlina.Lepas hantar surat ke universiti, aku terus bergerak untuk membeli tiket.Guess what?Ramai gila orang beratur nak tengok wayang, padahal hari itu hari bekerja.Rasanya memang dah confirm ramai ambil cuti semata-mata nak tengok Nur kasih.

Kenapa aku bias bukan tengok pirates?Sebab tayangan nur kasih malam dah full dan pirates still available.Sehinggakan di lorong express tempat ambil booking ticket ada dua orang kakak yang berpakaian kerja ini siap “guna taktik potong line” lagi nak beli tiket nur kasih.Kena sound sekali dengan pekerja, ada pula main ngelat macam tu, tapi barisan memang panjang sebab sampai depan pintu arked kot (kepada yang tahu WW, tahulah panjang mana).

Sambil – sambil tu aku duduk main (it just a matter of speaking mana boleh main boling masa duduk) boling 5 games.Score boleh tahan lah, sebenarnya nak bagi kebah demam aku, itu jer.Dekat pukul 3 , kakak berdua tu pun sampai.So apa lagi jom tengok movie.

Bagi akulah, cerita dia tak adalah apa sangat pun, cuma terasa pendek,kalau GB lebih kreatif patut dia orang buat dalam dua part sebab cerita dia macam banyak sangat melompat, kira kalau lambat pickup atau tak tengok the series memang korunk susah nak fahamkan cerita dia.Tapi satu aku akui, cara dan angle gambar dia superb(korunk tgk part die tangkap lalang, stylelioze~),  effect-effect? nampak sangat CGI,so ada part serius jd kelakar pulak.Cerita dia sedih, nak -nak part Adam masa sakit.Pergh, memang boleh meleleh air liur eh air mata dibuatnya, kalau korunk ni jenis ada hatilah.Dalam wayang dah beresak-esak juga orang nangis,ingat nak join, tapi keahlian di tutup..Remy Ishak kalau berlakon sakit,memang pandai.Salute bro.

Dalam cerita nur kasih tu aku terlayan satu lagu ini, bagi aku agak best juga, dan aku suka lirik dia, aku postkan video kat sini untuk korunk enjoy k?

tanpamu hidup jadi sunyi
tanpamu ku seakan mati
tanpamu bagai malam tanpa bintang

* tanpamu aku kan tersesat
tanpamu tiada lagi hasrat
tanpamu seakan jantungku berhenti

kau yang terindah dalam hidup ini
dan takkan pernah berubah selamanya
aku terlahir hanyalah untuk kamu, jadi pelindung dirimu

tanpamu nafasku terhenti, keranamu aku ada disini
tetap bersamaku selalu di sampingku
untuk selamanya, untuk selamanya

repeat *

kau yang terindah dalam hidup ini
dan takkan pernah berubah selamanya
aku terlahir hanyalah untuk kamu, jadi pelindung dirimu

kasih yakinlah kepada diriku
sayang dan cintaku pun hanya untukmu
dan takkan berubah untuk selamanya cintaku padamu

kasih yakinlah kepada diriku
sayang dan cintaku pun hanya untukmu
dan takkan berubah untuk selamanya cintaku padamu
cintaku padamu, cintaku padamu

P.S:Apa pun terjadi , kita kena redha

P.S2:Grand Brilliance retweet aku punya tweet, amacam hehehe

Gantz

Aku dah lama tak baca komik, tapi entah kenapa tergerak hati ini (hati boleh gerak ke?) untuk menyelongkar aplikasi dalam iPhone aku.Bukan apa, aplikasi ini dah lama ada dekat situ, cuma aku tak pernah nak terokainya lagi.Entah macam mana, jari aku ter’slide’ ke G dan aku secara rawaknya memilih Gantz.Aku pernah dengar pasal cerita ni,(lebih kepada aku pernah tertengok poster dan manganya tapi tak bagi perhatian pun) jadi dalam kebosanan, aku pun mula mendownload komik ini.Ada 3oo lebih chapter,semua sekali.

gantz

Ceritanya bermula apabila sepasang , hurm dua orang pelajar sekolah menengah atas,Kei Kurano dengan Masaru Kato yang mati dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang pemabuk yang telah jatuh ke trek keretapi.Setelah kematian mereka, Kei dan Kato telah di teleport ke sebuah bilik apartmen di Tokyo.Terdapat beberapa orang di dalam bilik tersebut dan mereka semua baru sahaja menemui ajal dan di teleport ke bilik itu.Mereka dapati mereka tidak boleh meninggalkan bilik tersebut.Disalah satu penjuru bilik, ada sebiji bola hitam yang di kenali sebagai Gantz.

Gantz kemudian menyediakan suit hitam yang memberi Kei dan Masaru kebolehan luar biasa, dan melengkapkan mereka dengan senjata-senjata yang sangat canggih.Setelah memakai suit dan melengkapkan diri masing-masing,Gantz menetapkan sasaran yang perlu di hapuskan iaitu makhluk asing yang berada di persekitaran Jepun.

MEreka kemudiannya di teleportkan keluar dari bilik tersebut dan mereka tidak boleh kembali selagi sasaran tidak dapat di hapuskan atau masa limit belum habis.Jika mereka dapat bertahan , setiap individu akan di berikan mata untuk setiap makhluk asing yang mereka hapuskan.Mereka kemudiannya di biarkan keluar dari apartmen sehinggalah misi seterusnya.

Satu-satunya cara untuk melepaskan diri dari permainan maut ini adalah dengan mengumpulkan seratus markah di makna individu akan diberi pilihan untuk 1)melepaskan diri dan memori di hapuskan , 2 )mendapat senjata yang hebat dan 3) menghidupkan kembali mereka yang terbunuh semasa bersama dengan Gantz.

Gantz

Terdapat perancangan yang lebih dahsyat bagi umat manusia di sebalik Gantz ini, jadi kalau nak tahu kenalah baca komik ataupun menonton anime nya.Yang agak mendukacitakan Gantz ini telah dilesenkan dan satu jalan untuk emndapatkan anime Gantz adalah dengan pembelian .Awwww…jadi kalau sesiapa yang berminat dengan Gantz boleh lah mula membaca manganya seperti saya, oh dan tahun ini , Gantz telah melancarkan live action movie nyer di teater.Jadi bolehlah download, oppsss boleh lah tengok di pawagam yerp…

Angry Bird The Movie?!!!Biar Betul~

Rasanya tak perlu di perkenalkan dah permainan video yang telah beberapa lama mengungguli carta Apps Store untuk iPhone ini.Dah beberapa versi Angry Bird dah telah di ciptakan antaranya untuk Smartphone dan juga versi komputer.Dengar cerita dah ada untuk versi facebook kan?entah lah, saya belum check pulak…

Tapi apa-apa pun, baru -baru ini sewaktu berborak dengan cik Sireen, dia ada mention tentang game ini yang bakal muncul di pawagam tidak lama lagi.Wah!!Bagaimana tu?Angry Bird in 3d?atau Angry bird in HD?Tak boleh bayangkan burung-burung yang comel in di skrin besar.

Kepada yang belum pernah mencuba permainan ini saya memberi amaran , tahap kelekaan yang bakal ditonjolkan ole permainan ini amat tinggi.Tetapi kepada yang belum pernah mencuba saya nasihatkan anda untuk mencuba, ia cukup untuk mencuri beberapa jam , (atau lebih) dari kehidupan anda yang hectic tu.

Di bawah ini adalah video berkaitan dengan movie tersebut jadi, tentukanlah sendiri sama ada cerita dan populariti permainan ini setaraf atau tidak.Bagi saya …hurm..malas nak cakap lah kan..tapi saksikan yer…

Merong Mahawangsa

Mesti anda semua dah tengok kan trailer untuk filem terbaru dari KRU, Hikayat Merong Mahawangsa.Bagi pendapat teman, memang first class dia punya mutu dan keunggulannya.Dengar cerita, budget untuk filem ini memakan rm8 juta!!Woww!! mahal giler.Sebelum tu nak tanya, dah tengok ke trailer cerita hikayat merong mahawangsa ini?Teman rasa dah setaraf dengan 300.Cuba anda semua saksikan sebentar klip di bawah ini.

Bakal di tayangkan 10 Mac ini, harapan KRU adalah untuk mengutip 10 juta bagi filem epik mereka ini.Teman harapkan tercapailah impian tu sebab teman pun akan ke panggung untuk menonton kira rm12 dari teman dah dapat ler hohoho.

Bagi yang keliru, filem ini juga dikenali dengan  nama The Malay Chronicles:Bloodline bagi promosi antarabangsa.

Hikayat Merong mahawangsa dibarisi pelakon tempatan dan luar negara antaranya Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Liu, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Datuk Rahim Razali dan Ummi Nazeera.

So,nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda okey?

Bersalji di kuala lumpur

Sebelum anda semua start engine nak bergerak menuju ke ibu kota kita pagi ini, lebih baik saya bagi penerangan awal dulu.Tiada salji di Kuala Lumpur , I repeat, tiada salji di Kuala Lumpur.*Awwwww~~ (Oh, Abang di belakang tu, janganlah kecewa yer).Sebenarnya ia adalah tajuk sebuah drama yang saya tonton pagi tadi.Sebelum, anda marah-marah selepas penat memakai cermin mata 3d untuk menonton ramalan cuaca di astro beyond dalam bentuk HD dan di television #d yang anda baru beli sempena tahun baru, di bawah adalah cover untuk cerita ini.So jangan tersalah sangka yer~

Bersalji di kuala lumpur

salji di KL pelik sikit, sebab turun dalam bangunan (one utama) *gambar dirembat dari cikidong.com

Okey saya bukan nak buat review tentang cerita ni,sebab kalau anda nak tahu anda boleh google and jumpa banyak review di internet pasal cerita yang di tayangkan di Astro ini.

Pada pandangan saya, cerita ini agak sweet, sweet sampai sakit gigilah orang kata, oh maybe Malik yang kata macam tu.Watak utama dalam cerita ini, adalah Malik yang jatuh cinta dengan Diana.Malik  lamar Diana, Diana tolak pasal nak pergi UK.Malik tanya apa beza UK dengan KL, Diana jawab, contoh”Salji”.Diana kata kalau Salji turun kat KL, dia mungkin akan stay”.Jadi Malik pun mulakan misi nak turunkan salji untuk Diana.

*Notice, “kalau awak sayang saya,” bukan “saya sayang awak” di dalam mesej tersebut.

qi qushairi (Malik)

Dia ni lah yang kata cerita ini sweet sampai sakit gigi hehehehe.

siti saleha(diana) cantik dia ni, suka tengok =)

Jadi bertungkus lumus ar,Si Malik ingin menjalankan eksperimen nak bagi salji turun.untuk kesudahan cerita, sila tonton sendiri okey?

Apa yang nak ditekankan dekat sini, bila Diana kata kalau salji dekat KL, saya mungkin akan terus stay.Ini macam ayat cliche di mana”kalau awak sayang saya, awak itu, awak ini”.Dan seperti biasa, Si lelaki yang tengah in love ini pun buat ler, making the impossible , possible.Lagipun impossible is actually I’m possible kan?tak tahu siapa reka benda ini tapi memang creative dan positive thinking betul macam juga,” I don’t fail, I only find ways that didn’t work”..Okey kawan-kawan saya dah jauh kelaut, jom balik ke darat.

Jadi in the end, korunk rasa apa jadi?saya rasa senang je nak predict kan?tak mahu spoil the story, jadi pergi tengok sendiri.

Pickup line yang paling comey dalam cerita ini adalah sewaktu mereka mula-mula bertemu…

Diana: hai, saya Diana, pelajar baru dekat sini
Malik:Hai, saya coklat

lol, I meant hahaha.Keadaan agak janggal di situ.Bunyi kelakar tapi realiti boleh terjadi.jadi kepada sesiapa yang ada masa lapang(pukul 3 pagi tengok cite ni kot) macam saya di ketika ini, bolehlah menonton cerita romantik bersalji di Kuala Lumpur.Mana tahu,lepas ini gadis idaman anda minta, turun hujan coklat ke, turun bunga matahari ke, turun hujan emas ke,tak pun 7 warna pelangi,atleast dah ada idea mana nak mula lol… ROTFL

Tweet!
Tweet!
The Engineer
IMG_9826
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Kuantanese
  • Icon Arifa
  • Icon Azeyah Khiyon
  • Icon Meen
  • Icon Neen
Iklan
Mereka
Pembaca
Arkib