Archive for the ‘coretan hati’ Category
Di sebalik monolog
Sahabat, tempoh aku kenali mu tidak panjang,
Tapi seakan aku mengenali dikau seumur hidupku.
Sahabat, kau bermonolog,menutup duka,
menyimpan sejuta rahsia.
Mereka kata, kata mu tidak maksud akal,
ayat tidak membawa erti,mungkin dikau saja mengerti.
Entah kenapa, minda kerdil ku,
mampu mentafsir, rahsia hati.
Mungkin jiwa kita sama, mereka tak mengerti,
Di sebalik topeng pencinta wanita,
tersembunyi seribu satu cerita.
Cerita sedih,cerita pilu,
antara kita dan pencuri hati terdahulu.
Kejamnya si pencuri, di kau lari,
hati aku di bawa pergi.
Seksa hidup tanpa hati,
membuat aku menjadi lelaki di benci,
Di tuduh nya kita manusia tanpa hati,
lupakah mereka hati kita bukan milik kita lagi.
Gadis itu
Senyumannya menyebabkan jantung terhenti sesaat
Panahan matanya ,aku kelu untuk berbicara
Tubuh mengeletar bukan kerana takut, tapi gementar
Mulut terbuka tanpa sepatah kata
namanya indah, seindah wajah
suaranya merdu, menambat jiwa
luka di hati yang di biarkan berdarah
menunggu saat di mamah mentari
beku…
bakal pelangi, hujan atau mentariku?
atau hanya mimpi, buaian kamar
melekakan, mengasyikkan
peneman lena , menunggu bangkit?
wajahmu ku kenali
dikau hadir dalam mimpi
namamu pengukir senyuman
dibibir sang pujangga
engkaulah pelangi,
engkaulah hujan,
engkaulah mentari.




