Adakah masih diri aku diperlukan? part 9 (I have always loved you)

“Along dah tak ada?You’re kidding right?” ujar Ema sambil mengerutkan dahinya dan tersenyum menunggu jawapan daripadaku.Dari mimik mukanya,aku dapat merasakan Ema menganggap bahawa aku bergurau.Yup, aku memang seorang yang kuat bergurau, mungkin ini adalah salah satu sebab orang kurang mengambil serius tentang apa yang aku perkatakan.”Yup, dah tak, lama dah tak ada,”balasku sambil tersenyum, hati aku? Tuhan saja yang tahu.

“Come on, seriously Fad, takkan benda macam ini pun nak bergurau,” balas Ema yang seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku.Reaksinya tetap tidak berubah, dahi berkerut dan masih tersenyum.

”Betul, nak main-main buat apa,”balas aku lagi, sedikit tegas.”Oh, what.. if you don’t mind me asking, happened between the both of you?susah Ema nak percaya, you guys getting along just fine,tiba-tiba dah tak ada?weird… come on,tell me, tell me,” pintanya dengan penuh minat.

“There’s someone else,”jawabku,pendek.”Oh my Gucci, you did not…..,”Ema tak menghabiskan kata—katanya.Mulutnya  di tekup dengan tangan kanannya.Hurm, Rado ,bisik hati kecilku apa bila mata ku bertentang mata dengan jam tangan mewah yang melekat di pergelangan tangan Ema.

“Oh, it wasn’t me,…it’s..,…you know what?Kita lupakan  sajalah, tak penting pun”  aku tidak tahu sama ada aku tidak sanggup menceritakan keburukan orang yang pernah aku cintai atau aku sendiri masih belum mahu menerima hakikat yang perit ini. COME ON FAD, IT ALMOST A YEAR , GET A GRIP UPON YOURSELF, jerit suara kecil dalam mindaku.

“Hurm, Ema, Fad nak minta diri dulu.Nak kena balik ni.Nanti jam pula, berbuka dengan air liur pula nanti atas jalan.take care yup,” ujar aku sambil bangun dari sofa kafe yang empuk.Kalau bukan tengah berpuasa, tentu sofa itu akan jadi peneman aku berjam lamanya.”Oh Okay Fad, you take care too, don’t worry, who knows you might end up with a better girl than my cousin,maybe me?hahahaha I’m kidding!!,”Ema berjenaka sambil turut bangun dan menepuk mesra bahuku.

Untuk pengetahuan, Ema memang ada crush pada aku sejak dia bersama Arul lagi, ingatkan selepas bersama dengan Arman, perasaan tu dah tiada.Mungkin aku silap menafsir gurauannya yang semata-mata  ingin cuba menceriakan aku.Menceriakan? I felt worse than before I met Ema.Aku melemparkan senyuman kepada Ema dan pusing berlalu pergi.Matlamat aku kini, aku tak mahu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas ibu kota di tambah pula dengan umat Islam yang berpusu-pusu pulang ke rumah kerana ingin berbuka puasa selepas menunaikan Rukun islam yang ketiga.

8 RINGGIT? Pergh!! Jerit hati kecil aku bila membayar tiket letak kereta.Hidup di ibu kota memang banyak memerlukan wang walaupun tidak berbelanja.Tempat letak kereta, tol, tandas, semua memerlukan wang.Dalam ketika itu , aku terfikir, untunglah Ema yang mempunyai Arman yang sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk gadis itu.Yup, dia bijak.Siapa yang ingin melepaskan peluang kalau dapat ‘ikan besar’.Arman seorang jurutera yang kini mengendalikan kilang milik ayahnya.Tokey kilang muda,untung Ema.

Sewaktu aku dalam perjalanan pulang ke rumah, bahang kesesakan lalulintas mula terasa.Aku amati jam kereta aku, baru 4 petang,kenapa jalan dah jam ni? takkan pejabat tutup awal kerana Ramadhan? Bisik hati kecilku.Aku amati jam Cerutti 1881 pemberian abah di pergelangan tangan ku. “Oh, crap, it almost 5.15pm dah!!,”jerit aku di dalam kereta.Aku cuba untuk menenangkan diri, aku tidak mahu hilang pahala Ramadan aku dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya aku keluarkan.Jari telunjuk aku menuju ke arah suis radio, mungkin muzik boleh meredakan stress, bisik hati aku.Sebaik sahaja aku radio di pasang, dj baru sahaja memutarkan lagu permintaan slot petang itu.

Since the beginning of time
Since it started to rain
Since I heard you laugh
Since I felt your pain
I was too young, you were much younger
We were afraid of each other’s hunger

I have always loved you
There’s never been anyone else
I knew you before I knew myself
Oh my baby, I have always loved you

Since we kissed the first time
Since we slept on the beach
You were too close for comfort
You were too far out of reach
You walked away, I should have held you
Would you have stayed for me to tell you?

I have always loved you
There’s never been anyone else
I knew you before I knew myself
Oh my baby, I have always loved you
Years go by in a matter of days
And though we go separate ways
I never stop dreaming of you
I have always loved you

And I thought this day couldn’t get any worse – Bersambung

Adoyai

Kadang-kala kita harapkan sesuatu tidak terjadi, tapi ia terjadi juga.What a way to ruin everything.Kudos to you.You have successful drop a Hiroshima’s bom.I should have learn my lesson from my past experience, maybe i already seen it coming but I refuse to admit it.Well,maybe that’s why they call love is blind.Getting tired of being blind all the time.

I fall for everything, the act, the story, the hint.Everything.In the end, I was just a piece of pawn in somebody’s sick games.An entertainment to be watch, to manipulate, and at last to be destroyed when it became dull.Have to give the one who pulling all the string credit for the great job.Great job, well done.

I have been taken advantages since I’m vulnerable.I thought it was real, yeah, I really do, but in the end, its all part of charade.The point that manage to make me really fall, is I’m the one who successfully destroyed in the mission of tearing down the wall built around the heart.Wow!! make me seems like some kind of hero.Fortunately, as what I have expected long time ago came came to unfold, I already built my own fortress of solitude.

Why I kept tagging along?because there was so much hopes that have been given to me, and to many of them are in positive kind of ways.When you feed with lies, that great,every single day, you can’t balme yourself being a dumb ass to believe such fairy tales.At that time, I know that somehow,one of us is going to get hurt, and I thought my percentages was the lowest.sadly, I was wrong since I’m the one who is being played.

The family really does the trick.I fall for it.Ask everyone if I don’t believe you, what’s the point of asking about something that you can see the prove right between your eyes.I really have been blinded this time, or maybe because you got me at my weakest point.All the things that we have done together is part of the greater lies.Somebody told me, you want to kept both of us to yourself.I don’t believe them.

Sadly they are wrong.

But  I’m also wrong.

You don’t want to kept both of us.

I WAS THE BACKUP PLAN IF THE RELATIONSHIP FAILS.

You did to me, what he did to you.

And I hope you satisfied, being branded a douche bag from a university’s dropout,kinda of funny isn’t.And if I’m a douche bag, what makes you?Have to lie to get a girl,how low can you get, dude?

*A little bit twisted for a novel isn’t it…

And yeah it’s a novel

Pertama kali

Pertama kali kita berjumpa~~ haaa lirik lagu teman sedas.Pertama kali.Bila bicara tentang pertama kali,otak kita akan berfungsi seperti google search engine untuk mencari di celah-celah keserabutan urat-urat memori dan menjumpai nombor yang boleh di tulis dengan satu tarikan dari atas ke bawah,1.

Mungkin terdapat seratus ribu peristiwa yang boleh ditulis di atas kertas tentang perkara yang berkaitan dengan pertama kali.Imbas zaman bayi dulu, pertama kali menyebut emak atau ‘mah,mah”, up sikit zaman kanak-kanak, pertama kali makan cekedis, pertama kali kene rotan, pertama kali naik beskal takde tayar kecik (basikal roda tiga ar),pertama kali masuk sekolah, pertama kali, pertama kali, pertama kali.And the list goes on and on.

no 1

Semua orang ada pengalaman pertama kali diaorang.saya pun macam tu juga tapi bukan itu yang saya nak share dekat sini.Takkan nak tulis, dulu pertama kali saya masuk sekolah, ramai orang dah mula minat saya,malulah saya kalau macam ni.Eh, terlepas type pula.Takpe, takpe, dah tertype malas pulak nak backspace kan, lok aje lar…(lok tu bior,bior tu lantok, lantok tu…haa cari sendiri ar..) Jom kita selami aktiviti pertama kali uda dan dara.

Terlalu banyak yang boleh diperkatakan tentang subjek ini.sangat meluas skopnya.Ada yang baik.Ada yang buruk.kalau benda itu istimewa, benda tu boleh buat anda semua tersengih-sengih seorang macam kerang.Tapi jangan lupakan juga, ia mampu membuat anda takut dan sedih juga, contohnya pertama kali di ngorat oleh nyah, oh dam, minta simpang yerp.

Apa benda yang pertama kali anda buat dengan si Dia?Mungkin anda tak pernah nak share dengan orang tapi cuba kenang balik.Mungkin kita anggap benda tu remeh-temeh tapi kadang-kala benda tu boleh jadi satu memori yang bahagia dan membahagiakan.Contoh,mungkin pertama kali anda tengok wayang dengan pasangan.Beli tiket, rushing ke dalam selepas beli popcorn,masuk dalam wayang,tengok tempat duduk anda dah ada orang, betah kejap, check tiket, cinema betul, cerita betul, tempat duduk semua betul, tapi ada benda yang tak betul, tarikh tak betul.HAHAHA!!!

“Eh, itu pertama kali tersalah tarikh, sebelum ini tak pernah pula,” kata anda sambil senyum berlesung pipit, kalau ada lesung pipit la, kalau tak ada,ambil la lesung batu ke apa ke, ikut suka jer.

Jangan pula ada yang nak bincang pasal isu intim jahat dekat sini.Rasa meamng ada banyak pertama kalinya.Di love bite.Di cium di khalayak ramai sambil melaungkan “dia pilih KLCC dow”, dan suara background “new york wei!!”,Di rakam dengan video 3gp 6610.Dirakam denganHD (kalau yang zaman sekarang ini).Itu pertama kali kepala hotak~ Tapi kalau lah ada yang terfikir benda -benda ini bila baca tajuk entri saya, silalah ke depan cermin solek anda dan berkata

“Eh, bangsatnya kau ni,”

Ok kita sambung cerita peringkat kedua.Benda-benda yang pertama kali memang sweet sebenarnya kalau dingat kembali.Contohnya, pertama kali terima hadiah valentine berbentuk beruang dan bunga walaupun anda jantan.Pertama kali masuk newspaper sebab menang 2 ribu ringgit. pertama kali di minta nombor telefon di pusat beli-belah.Pertama kali merasa hangatnya tangan orang lain.Pertama kali memujuk perempuan yang merajuk.Pertama kali kongsi straw dengan perempuan.Pertama kali jumpa mak si Dia.Pertama kalinya, dicubit atau di tumbuk lembut kerana bergurau berlebihan.Pertama kali orang nyanyi lagu untuk anda.Pertama kali ada orang yang sanggup datang ke rumah anda, semata-mata untuk memujuk dan membawa anda ke tempat yang anda ingin tuju walaupun anda menyusahkan dia, tapi dia tak kisah.dan mungkin yang paling penting, pertama kali anda rasa, anda betul-betul jatuh cinta.

Tak ke rasa semua pertama kali tu indah?part KLCC tu abaikan ar.Itu lahanat namanya.jadi cuba ingat, saat pertama kali anda, dan cherished it forever.

*teringat pertama kali sunat lol Laugh

gambor dari google

It’s true, isn’t it

Letter from an old friend.

First I was dying to finish high school and start college,
and then I was dying to finish college and start working,
then I was dying to marry and have children,
and then I was dying for my chidren to grow old enough so I could go back to work
but then i was dying to retire
and now I am dying.
And suddenly I realized i forgot to live
please don’t let this happen to you
Appreciate your current situation
and enjoy each day
OLD FRIEND
To make money, we lose our health
and then to restore our helath we lose our money
We live as if we are never going to die
and we die as if we never lived

I read this from the note at my uncle’s house.

Adakah masih diriku diperlukan part 8 (EMA)

This is Raymond, my friend from Ireland, and Raymond this is Fad, my boyfriend’s bestie,” Ema memperkenalkan kami sambil aku berjabat tangan dengan lelaki asing itu.”Nice to meet you Fad,”kata Raymond sambil tersenyum.Tiba-tiba telefon bimbit Raymond berbunyi, lantas di jawab oleh lelaki asing tersebut dengan tergesa-gesa.Aku mengambil kesempatan ini untuk berbual dengan Ema.

Rupanya Ema kini sedang melanjutkan pelajarannya peringkat ijazah muda di salah sebuah universiti di ibu kota.”Tak lama lagi Ema bergelar graduan mudalah kan?So apa perancangan selepas menamatkan pengajian?sambung master ke kahwin?”ujar aku sambil tersengih.”Hahaha, kalau ada rezeki, Ema rancang nak sambung tapi kalau dah jodoh kahwinlah.Tapi Ema rasa Fad yang kahwin dulu,so macam mana dengan Along?lama tak jumpa dia,”. Entah kenapa kata-kata Ema menyentap jantung aku, seakan -akan ia berhenti berdenyut selama beberapa saat.Ema tidak tahu.”Oh, hahaha, kalau ada rezeki, itupun kalau Along nak Fad.Iyelah,belajar tidak habis lagi, kerja pun belum ada, inikan pula nak fikir pasal kahwin.Lainlah Ema,Ema ada Arman.Still smoking?,”aku cuba untuk mengubah perbualan.

Oh, you meant this?Ema dah jarang smoke dah, tengah dalam proses nak berhenti.Dulu memang teruk and heavy tapi sekarang jarang-jarang hisap.Eh, Fad jangan salah faham tahu.Hari ini period, that’s why tak puasa,”Mukanya berkerut memberi penerangan.”Oh, takdelah, tapi macam tak berapa eloklah even though period.tak pasal-pasal kena denda pula.By the way, cantik beg,LV kan?mesti mahal,”kata aku sambil mata mengamati beg tadi.”Oh, sekarang rezeki murah since Ema attached dengan fashion company tempat Raymond bekerja.Itu yang mampu beli, kalau tak jangan beranganlah nak pakai, apa tah lagi nak sentuh,”.

Sorry Ema, I got to go, my client’s is already waiting for me downstairs,“ujar Raymond memotong perbualan kami.”Ok, I see you later then, Ray”.’Nice meeting you Fad,” katanya sambil menepuk bahu aku sebelum berlalu pergi.

“Dah lama ke kenal Raymond?He seems like a nice guy,“Oh, dah dekat satu tahun, kenal dia pun pasal dia datang dekat universiti Ema untuk mencari model peragaan fesyen syarikat dia.Tetiba dia nak offer job dekat Ema, so I say, why not grabbed the chance?”.”Baguslah, macam itu, atleast boleh buat duit lebih and judging by your attire, I guessed you are making lots of money,semua berjenama,kalau Fad, lambat lagilah nak pakai benda alah ni semua,”balasku sambil tersenyum.

“Ini yang di namakan rezeki,so how’s life Fad?,”Macam biasa, assignment , projek examination,benda biasa bagi seorang pelajar,”.’Hurm, Along apa cerita?lama tak dengar kisah korunk,”.

Sekali lagi bagaikan ada orang merentap jantung aku.Haih, Ema kenapalah kau seksa aku macam ini.Mendengar nama dia sahaja dah cukup menyebabkan dunia aku yang malap kembali gelap-gelita.Nafas menjadi sesak, seakan udara di sedut keluar.Tidak, ini bukan slaah Ema, dia tidak tahu, dia tidak tahu apa yang terjadi.

“Along dah tak ada,”……. Bersambung

Adakah masih diriku diperlukan – part 7 (LBS)

“Encik nak beli buku ini ke?”sapa juruwang Times kepadaku sambil menguntumkan senyuman.”Eh, eh , ha ah, maaf yer, saya blur kejap,” sapaannya membawa aku kembali ke masa kini.”Rajin baca novel eh,cerita ini famous sekarang,”tambahnya lagi sambil tangannya pantas memasukkan naskah lagenda budak setan ke dalam beg plastik.”Ha ah itulah saya pun teringin nak tahu kenapa cerita ini famous sangat,”jawabku.Selepas memberi baki dan mengucapkan terima kasih aku terus bergegas keluar dari Times, lagi lama aku dekat sini lagi banyak buku aku nak borong.

Hurm mana nak lepak ini, nak ke bazaar baru pukul berapa, ahh~ lepak je lah dekat mana-mana kerusi, baca buku ini seronok juga.Kebetulan berdekatan dengan aku ada kerusi duduk yang kosong, so lepak kejaplah.Best juga introduction novel Ahadiat Akashah ini.Baru beberapa muka surat dah berjaya menyemat rasa ingin tahu kepada pembaca.Patutlah orang gilakan sangat novel ni sampai takde stok.Aku ingat dulu masa aku pergi ke Alpha Angle nak mencari buku ini, pekerja dekat situ bagi tahu “Abang,maaflah, novel ni habis,kena tunggu stok sampai.Masalahnya stok pun dah takda kena tunggu print yang baru,kalau abang nak, maybe abang boleh datang minggu depan,”kata pekerja berbadan besar berkaca mata itu kepada aku.Akhirnya dapat juga aku novel ini dan memang puas hati betul rasanya.

Sambiil mataku membaca novel tersebut sempat jugalah aku melirik-lirik ke kedai bintang rusa jantan yang berhampiran dengan aku.Terhidu aroma kopinya yang mengasyikkan.Hurm, nasib baik puasa,kalau tak memang aku dah tibai venti satu.Tetiba hati aku berdegup laju, ternampak kelibat seseorang yang aku kenali sedang membuat pesanan di kedai berkenaan.Aku amati betul-betul, yelah mana tahu salah orang ke,pelanduk dua serupa ke.Uih, memang sah dia.Tapi awal sangat nak beli untuk buka puasa.Hurm siapa pula lelaki dengan dia ni?setahu aku dia couple dengan Arman,apa pulak dia buat dekat sini?

Gadis tersebut berlalu daripada kaunter dan mencari meja kosong lalu duduk menunggu pasangannya mengambil air.Haih, dah berubah benar sekarang, dulu aku kenal dia bertudung, tapi sekarang baju dalam warna apa pun boleh nampak.Gadis tersebut duduk sambil tangan sibuk mencari sesuatu di dalam beg bercorak kotak.Hurm, LV bisik hatiku.Pasangannya sampai dengan minuman.Dari pengamatanku, lelaki berkulit putih dan berbadan kurus itu mungkin bukan seagama denganku memandangkan terdapat tatoo di bahagian tangannya.Lelaki tersebut bagaikan mengerti kegusaran yang melanda kekasihnya lalu mengeluarkan sekotak rokok.Salem Light.Okay,sah memang dia.Dengan senyuman gadis tersebut mencapai kotak rokok dan memberikan satu kucupan di pipi si jejaka yang hanya menguntumkan senyum kambing.Tanpa segan -silu, gadis tersebut menyalakan rokok, dan mula menghembuskan asap-asap ke udara sambil bergelak ketawa.Air kopi yang ada di atas meja di sedut dengan selamba tanpa memperdulikan pandangan masyarakat yang  mula menyedari gelagat gadis tersebut.Penangan Culture Shock amat berbahaya, ia mampu mengubah seseorang sekiranya tidak pandai di kawal,sebab itulah sebilangan anak muda rosak apabila sampai ke bandar besar.Kejutan budaya yang membunuh moral dan tatasusila masyarakat.Aku hanya mampu mengelengkan kepala bagi menunjukkan bantahan aku terhadap sikap gadis itu.Apakah  Arman tahu akan hal ini?Setahu aku,  Arman cuba mengubah sikap gadis itu dari mula lagi,adakah Arman juga gagal?Ahh, itu hal dia, aku tak berhak campur tangan.Aku terus bangkit dari tempat duduk dan mula bergerak dari situ.Tiba-tiba namaku di panggil dengan lantang “Fad!!!”.Aku menoleh, gadis tadi melambaikan tangan ke arah aku dan mengisyaratkan aku supaya datang ke tempat dia sedang berada.Aku yang tiada pilihan lain terus menuju ke cafe tersebut.

“Hai, Ema,” – BERSAMBUNG