Archive for the ‘novel’ Category
Adakah masih diriku diperlukan – part 6 (Romantik dan Disaster)
“Woit!! Mengelamun panjang nampak!! takkan nak tukar baju pun nak lama sangat, kau nak pergi maHuarrghhh~, ma, mana ni?’ terkejut bukan main aku bila di sapa macam tu, rupa-rupanya si Hilmi dah bangkit dari tidur.Mungkin pasal tempat gantung baju aku jatuh tadi, menyebabkan dia tersedar dari diulit mimpi.”Hish, macam mana pulak kau boleh terikut masuk dalam baju aku ni,” ujarku tanpa mempedulikan pertanyaan Hilmi tadi.”Haih, sejak bila pakai baju macam tu, kau geng-geng hip hop apa?kena nak jadi budak setan?”,tambah Hilmi bila aku tidak mempedulikan pertanyaan dia sebentar tadi.”Mana ada, aku cuma nak ingatkan macam mana baju ni boleh terbawa sampai KL,seingat aku , takde pulak aku bawa baju ni,”balas aku sambil tersenyum.”Toyol kot bawa masuk, wei kau nak keluar jangan lupa tutup pintu, aku nak sambung beradu ni.Mengantuklah,”balas Hilmi sambil menarik selimut sebelum membungkuskan dirinya di dalam kehangatan.”Tak guna puasa kalau asyik tidur jer, dah serupa tak puasa dah,”perliku sambil menutup pintu bilik.
Aku terus menuju ke kereta dan 10 minit kemudian aku sudah berada di atas MRR2 tanpa hala tuju.Mana aku nak pergi ni?nak ke bazaar baru pukul 3.30 petang, awal lagi ni.Aku terus menekan pedal menuju ke pusat bandaraya.Dulu masa dekat kampung, aku selalu terfikir kalau aku ada di Kuala Lumpur banyaklah tempat yang aku boleh berjalan,confirm tak boring, tapi lain pula bila dah menjejakkan kaki ke ibu kota ini.So aku decide, pergi Pavilion lah,mana tahu ada sales boleh rembat 2,3 helai baju.Selalunya,aku suka window shopping dahulu sebelum membeli barang, iyalah kenapa nak beli barang yang mahal sedangkan jualan murah is just around the corner.Lepas satu butik, satu butik aku masuk.Takde pula jumpa yang berkenan di hati, yang berkenan mahal sangat.Sempat aku masuk ke CK , maklumlah di luar berdentam -dentum jualan murah,bila periksa memang betul ada discount up to 50% tapi daripada berapa itu yang jadi masalahnya.
Penat berpusing di butik, aku terus menuju ke tingkat atas.Sasaranku kedai buku, boleh isi masa lapang sikit dengan infomasi terbaru.Sedang aku berjalan -jalan ternampak banyak juga couple-couple yang yang membeli-belah bersama ataupun sekadar menghabiskan masa menunggu untuk berbuka puasa.Ada satu pasangan ini aku tengok, si jejaka memberi bunga ros putih kepada si gadis.”Haih, romantiknya, mati jugak bunga tu nanti, baik belanja makan kenyang,”kata hati kecilku memerli gelagat si gadis yang teruja mendapat bunga.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
“Awak dah curi hati saya,” “Yeker?macam mana saya nak pulang balik,” “Tak nak,saya nak awak simpan,” “Eh, nak buat apa?saya dah ada satu kot,” “Cuba check balik,” “Eh,dah hilanglah, pergi mana eh?” “Kan saya dah amik,”“Fad, jaga elok-elok tahu, jangan sakitkan dia tahu,”kata Dira sambil tersenyum .”Eh takkanlah Fad nak buat macam tu, benda ni bukan senang nak dapat takkan nak sakitkan pulak,”kataku dengan penuh serius.”OK, I trust you,”kata Dira.Kebisingan pusat membeli-belah Megamall tidak kami hiraukan.sambil berpimpinan tangan kami mengelilingi kedai-kedai di shopping mall itu.
“Lepas ni nak pergi mana?kita minum dulu nak?tekak dah kering ni,”tanyaku “Hurm boleh jer ,tapi Dira nak perkenalkan seseorang kepada Fad.Sebenarnya Dira dah janji nak jumpa dengan dia tapi takut Fad marah,”.”Uit, buat apa nak marah?takde kerjalah nak marah,”kata aku sambil tersenyum memberi kepastian.”Ok,Dira call dia jap then, we meet at your favourite place ok?”"OK,”.
Aku masuk ke kedai kesukaan, bintang rusa jantan aku gelarnya ,aku masuk dan terus memesan minuman kegemaranku.Aroma biji kopi menusuk ke dalam hidung aku.Satu perkara yang aku suka tentang kedai ini, selain daripada persekitaran yang menyenangkan adalah bau kopinya yang mampu menarik para pelanggan .Selang 10 minit kemudian, aku melihat kelibat Dira dengan seorang lelaki.”Siapa pulak ni,” ligat kepalaku memikirkan siapa gerangan lelaki yang sedang menuju ke arah aku.
“Sorry lambat,”ujar Dira. “takpe,”jawabku sambil tersenyum.”Kenalkan Fad, kawan Dira,”.Lelaki itu menghulurkan tangan kanannya sambil tersenyum.Aku menyambut tangan lelaki tersebut dan memperkenalkan diriku “Fad,” ujarku, pendek.
“Aku Shahrul, panggil saja Shah” - BERSAMBUNG
Adakah masih diriku diperlukan – part 5 (Rokok)
“Rokok Salem light, please” pinta Arul dari pekerja kedai 7E.”Eh, sejak bila pulak Arul hisap rokok?”tanyaku.Setahu aku, Arul tak pernah sentuh penyebab kanser paru-paru ni.Takkanlah sebab dah ada mata air berubah sekelip mata.”Eh, ini bukan untuk Arul punya, Arul beli untuk orang,”balasnya sambil tangannya menghulurkan not sepuluh ringgit berwarna merah.”Oh, baguslah macam tu,” Rokok, memang satu benda yang termasuk dalam benda yang aku alergik, bukan kerana sebab ia pembunuh senyap malah bau penghisapnya sahaja sudah memeningkan kepala aku.Kadangkala aku tidak faham kenapa orang sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk di bakar.Ramai juga kawan aku di universiti yang sanggup berlapar tapi rokok, mana boleh stop beb.Entahlah mungkin dah banyak sangat kot duit.
“Fad tak hisap rokok ke?”tanya Arul sewaktu kami melangkah keluar dari kedai 24 jam tersebut.”Hisap?kelakar beno soalan tu,’jawab ku sambil tersenyum.
PIN!!PIN!!
Tiba-tiba sebuah kereta BMW putih berhenti betul-betul di hadapan kami sambil membunyikan.”Hish, siapa pulak ni?dah tak da kerja ke nak hon-hon orang,” bisik hati kecilku.Tingkap yang di tinted gelap diturunkan dan pemandunya tersenyum ke arah aku, begitu jelas lesung pipitnya.
“Hai,kejut ke?sorry‘” kata Dira dengan sedikit bunyi kekesalan di dalam intonasi suaranya.”Oh, mana ada terkejut, dah biasa kena dah,”kataku memerli.”Sorry~,”Ah, tak ada apa-apalah.Ni nak pergi mana ni?,”tanya aku sambil memandang jentera buatan Jerman tu.Cantik.Mesti mahal harganya ni.Aku bukanlah tahu- menahu sangat pasal kereta.Kalau dulu orang tanya beza BMW dan Mercedes aku rasa memang aku tak dapat bezakan pun.Apatah lagi kalau orang tanya beza EX5 dengan X5, hurm maybe orang yang sebut tu terlupa nak sebut E kot.”Saja je pusing-pusing, sebelum nak balik rumah,lagipun cousin saya nak jumpa Arul jap,” sambil bibirnya menjuih ke arah sepupunya yang sedang rancak berbual dengan Arul di bahagian tingkap penumpang.Aku lihat Arul menghulurkan kotak rokok tersebut kepada mata airnya.Oh, ini ke tuan punya kotak rokok kata hati kecilku.
“Awak hisap rokok juga ke?,”terpacul soalan tu dari mulutku.”Eh, saya?tak dalah, bau je pun saya tak tahan and I don’t like smoker,”jawab Dira sambil mengerutkan muka menahan bau busuk rokok yang baru di nyalakan oleh sepupunya.”Hey, kalau nak hisap rokok janganlah dalam kereta Along,busuk lah,” katanya tegas sambil mengalihkan pandangannya dariku.”Alah long,nanti kalau balik rumah Acik, kantoilah Ema,kejap je long,”pintanya.”Dah, dah, buang cepat,busuk kereta Along,” nada Dira agak tegas.Ema yang tiada pilihan terus membuang puntung yang masih berbaki separuh keluar tingkap.”Betul juga tu Ema, nanti berbau busuk kereta orang, tak naklah kesayangan saya ni busuk kan,” seloroh Arul.
“Alah, kalau bucuk pun , bucuk-bucuk Arul,” kata Ema cuba bermanja dengan kekasihnya.Aku dengan Dira saling berpandangan dan dari reaksinya aku dapat memahami sesuatu.kami sama-sama bersetuju bahawa sepupunya adalah seorang yang gedik. Bagaikan saling memahami, kami tergelak bersama-sama.”Jangan jealous okey?Ema memang bucuk-bucuk Arul pun, itu tanda cinta Ema kat dia,sampaikan URL halaman sosial Ema pun nama bucuk-bucuk Arul,” terangnya dengan panjang lebar,mungkin kerana dia ingat kami berdua cemburu dengan nama ‘manjanya’ tu.Bertambah tergelaklah aku dan Dira terdengar pengakuan itu.Muka Arul pada masa tu memang merah padam menahan malu.”Memanglah Ema bucuk Arul tapi janganlah sampai membucukkan perfume Dunhill Desire Blue Arul ni,” seloroh Arul cuba untuk menutupi perasaan malunya.Kali ini, gelak ketawa kami di sertai oleh Arul.Muka mata airnya dah macam harimau sakit perut dah.”Sudahlah tu Arul, tak baik buat kat perempuan macam tu, mata air Arul gak,”kataku sambil berlinangan air mata dek bahana gelak terlalu banyak.”Hahahaha, ok see you nanti yer my bucuk,” kata Arul sambil berlalu dari kereta mewah tersebut.”Along, jom balik!!! Macam sial je,”marah Ema yang dari tadi duduk mendiamkan diri di perli.
“Okaylah wak, saya gerak dulu,” kata Dira.”Ok, drive carefully yer,”kata ku sambil berlalu menuju ke arah Arul yang sudah sedia menunggu di dalam kereta.Sewaktu aku hampir sampai ke kereta,nama ku dipanggil.
“Fad,Fad,Fad,”
“Ye,”sahutku sambil memandang ke wajah pemilik suara.Pemilik suara yang bermata kecil dan berlesung pipit.
“Happy birthday,”kata Dira sambil tersenyum.Lalu berlalu pergi sebelum sempat aku membalas apa- apa.
“Haa, sukalah tu,” usik Arul di dalam kereta.”Mana ada,” balas ku pendek.Arul tersengih apabila mendengar jawapanku lalu terus meneruskan fokusnya ke atas jalan raya.Dalam kegelapan malam tu, tiada siapa tahu, aku tersenyum.
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Nah,” kata Dira sambil menghulurkan satu kotak yang berwarna biru tua.”Eh, apa benda pula ni?bom?,”tanyaku dengan penuh tanda tanya.”Ambik jelah,ish!!orang bagi tak sudi terima pula,”katanya sambil membuat muka ‘busuk’.Haih manjanya, tak tahu pula,alah orang bagi ambil jelah, rugi tak ambil fikirku sambil tangan mencapai kotak tersebut.”Thanks,boleh buka tak?,”"Bukalah kalau nak hendak,barang murah je,hope you like it,”"Alah kenapa bagi tahu murah atau mahal, tak saspenlah macam ni,”seloroh aku.Aku tak kisah pun kalau mahal atau murah,asalkan ikhlas.perlahan -lahan aku membuka kotak tersebut, di dalamnya ada kain berwarna merah jambu.”Eh, baju, warna merah jambu,”ujarku apabila benda yang aku sangkakan kain rupanya sehelai baju.”ada gambar orang bertanduk lagi,” apabila aku mendapati baju tersebut mempunyaii logo manusia bertanduk, check jenama Wild Channel.”ni nak suruh saya tumbuh tanduk ke?” perli aku.”Alah, saya tahu awak suka warna merah jambu sebab tu beli baju ni,” katanya kepadaku sambil matanya menjeling Ema yang tidak berhenti-henti menghembuskan asap rokoknya sambil berbual dengan Arul.Jelas mimik mukanya mengambarkan betapa disapprovenya dia dengan gelagat sepupunya itu.”Dah macam naga kan gayanya?” ujarku sambil cuba menahan gelak.”Naga betina bunting, sebab tu kempunan asap,”tambah Dira.Terbahak-bahak kami gelak sambil di perhatikan orang yang lalu-lalang di depan pintu utama kompleks membeli – belah Megamall.Pertemuan kami hari ini tidak dirancang, tapi entah kenapa kami berdua merasakan pertemuan ini telah ditakdirkan.Tidak ada apa yang perlu di sesalkan, all is well today, but will it be the same for tomorrow and the day after that, no one knows – BERSAMBUNG
Cupcake boy
This is the story of the guy who tried to change the world, one cupcake at a time…and succeeded.
The year was 3014 and Planet Earth was a very bad place to live in. Death and destruction were common and unexplained freak accidents happened to one out of four people in every 30 kilometre radius. Tyrants and power-hungry villians were made rulers of dominant countries and the age of colonisation made a comeback. What was previously classified as Third World countries have now been recategorised as Tenth World countries as the gap between developed and under-developed nations grew wider and wider. The world economy was being monopolised by leaders whose main intention was to die rich and immensely powerful, which they so sadly took to be the meaning of success.
War occurred in almost every other country as people fought with each other for survival. Cannibalism was slowly becoming an option. The simple dreams of owning a house and car were no longer in existence. Food, drink and shelter were scarce. It was as though the so-called evolutionary process – for those who believe in the Darwinian theory – has been dramatically reversed. It was survival of the fittest once again, though the element of natural selection has been ommitted as the needs to procreate were also far from everyone’s minds.
In a small city on the outskirts of the capital, there lived a young man, who, like many others, was highly unsatisfied with the environment he lived in. It was unsafe to step outside the secure confines of his house as the danger of being killed and eaten was present. He grew weary of the daily news, which reported more and more deaths and hardship each day. He wanted to do something about it, but he didn’t know what to do. How could he promote peace to the entire world??
The answer came to him by way of inspiration. A thought occurred to him, ‘Since we’re living in a bitter place, what we need is something sweet to take the bitterness away. Sugar is sweet, but what has sugar in it? Chocolate? But where can I get enough chocolate for global supply? What about cakes? What about small miniature cakes? Then I can distribute these cakes to each and every person to make their lives a little bit better!’
He then began his task. Working to the early hours of morning, he mixed butter, sugar, eggs, vanilla and flour together to form a batter. He then scooped this batter into inidividually prepared paper cups and stuck it in the oven for 20 minutes. While the cakes were baking, he combined butter and icing sugar to form a thick paste, which he divided into small batches and added the colours of the rainbow to them. His timer went off, signalling that his cakes were ready. As he took them out of the oven, the smell filled the entire cavity of the kitchen, and already, he began to feel optimistic about the future. Taking a bit of colour, he began drawing on the cakes, decorating them with smiley faces, colourful flowers, beautiful butterflies, white fluffy clouds and dazzling rainbows. After every single one of the cakes were covered in sweet icing, he placed them in a box, took a deeeeeppp breath and stepped out.
It was pandemonium outside. People were running around like chickens with their heads cut off. Fighting openly, they resembled savage animals. Feeling brave, the young man approached a couple who was literally biting each other’s heads off and gave them a cupcake each. The effect was instantaneous! Upon biting into the delicacy, the couple released each other at once. A strange glow engulfed them and their frightening wild appearances turned into calm and smiling looks. They savoured the soft sugary goodness before walking away, hand-in-hand, perfectly at peace.
The young man was stunned, and also motivated. Hurriedly, he got closer to a little girl who was strangling an adult man who was easily twice her size. The young man gave her a cupcake, and the little girl, desperate for the mere possibility of food, took his offering. The same thing happened. Colour flooded her grey cheeks, and the glow illuminated her entire being. She laughed out, a bright cheerful sound. Smiling away, she finished the cupcake, apologised to the older man who she was strangling a while ago, kissed the young cupcake man on the cheek and walked off.
The young man gave his cupcakes to people he figured needed them and it transformed them completely. They became, from rough, uncouth creatures, to gentle and polite human beings. Greatly motivated by his unexpected success, the young man rushed home and whipped up another culinary concoction, making many batches at once. Dashing out of his house laden with cupcakes, he proceeded to restore everyone in the city to their original civilised state.
He thought about expanding his magic to the entire world. With superhuman strength and speed, he managed to bake hundreds of cupcakes at the same time. Then, using his superhuman ability to fly, he jetted off to various corners of the world, handing out cupcakes to everyone and thus, promoted peace to what would otherwise be a world destined for doom. Everybody loved his cupcakes, from Paris to Japan, London to Sydney, New York to New Delhi. They commented on its cheerful design and its delectable buttery taste.
“Where can we get more of these yummy cupcakes?” they asked.
“Here’s my card,” said the young man, handing out a rectangular piece of hardened paper, on it was written, ‘Ir. Radin Fadli, founder of World of Sweetness, cupcake chef-slash-photographer’
“Oh goody! If I want 50 pieces, do you think you could deliver it to Johannesburg?”
“Definitely! With my newfound superhuman ability to fly, anything is possible!”
Because of his achievements and successes, he was awarded the Nobel Peace Prize, joining the likes of Mahatma Gandhi and Mother Teresa.
“Congratulations young man! Your magic cupcakes have been a great contribution to the world of baking, but more importantly to this world we live in. Do you have anything to say regarding your success?”
“Yes, I have thing to say….PEACE NO WAR!” xD
This young man is now the chancellor of RMFU School of Culinary Arts, which has a waiting list of 50,000 every year. Because of his inspirational story, many young graduates have now left their professional jobs as doctors, lawyers and architects and proceeded to open their own bakery, and they owe it all to the Cupcake Boy ![]()
credit to Khal for a delightful story.
Adakah masih aku diperlukan – part 4 (the break up)
“Shah nak break,” katanya dengan selamba.Bagai nak gugur jantung aku di buatnya.Selama dia bersama dengan Shah walaupun seteruk mana pun pertengkaran , perselisihan faham dan masalah tidak pernah dia duga yang kata-kata itu akan terpacul dari mulut jejaka dihadapannya ini.Direnung ke dalam mata hitam jejaka tersebut, mencari tanda-tanda gurauan di sebalik mata hitam itu.Tiada tanda kasih sayang di mata jejaka melainkan kosong semata.”Tapi , tapi kenapa Shah?Dira cintakan Shah, what’s wrong sayang?”, perlahan kata-kata tersebut di ucapkan, separuh memujuk, separuh merayu.Dia tidak faham di mana salah dan silapnya antara perhubungannya dengan Shahrul.Setahu dirinya, hatinya setia kepada Shahrul seorang dan walaupun terdapat pertengkaran diantara mereka hanyalah pertengkaran manja yang sering terjadi antara dua kekasih.Pertengkaran yang inginkan kasih sayang dan inginkan pujuk rayu bukannya permusuhan dan dendam.
“Shah dah ada orang lain lah Dira,So dari Shah terus menipu macam ni baik Shah terus terang saja.Lagi lama Shah menipu , lagi berdosa Shah rasa bukan pada Dira tapi pada orang yang Shah cintai,”jawab Shah.”Orang lain?Tak, Shah tipu Dira, I don’t believe you,please say it wasn’t true,you just messing with me kan dear?” balas Dira lemah.Pengakuan Shah menyebabkan dia merasa dunia menjadi gelap, mentari hilang sinarnya, pelangi tidak muncul tiba, bulan dalam gerhana, yang tinggal hanya mendung awan yang berarak membawa kemurungan dan hujan.”Tak,Shah tak gurau Dira.Look, I don’t want to hurt you, so it’s better for me to leave.Shah bersama Dira pun sebab Shah rasa kasihan dengan Dira bukan kerana cinta.Shah lihat Dira bersungguh benar menginginkan Shah.Shah tak sampai hati nak menolak cinta yang dihulurkan jadi Shah terima cinta itu dengan terbuka.tapi sekarang hati Shah dah dicuri.I Love her Dira,” terang Shah dengan panjang lebar.
Langit yang tadinya mendung, mula membawa gumpalan-gumpalan awan yang berat, sarat dengan air hujan menuju ke arah mereka.Orang ramai yang berada di tepi pantai mula beredar mencari tempat untuk berteduh.Tapi Shahrul dan Siti Adira tetap berdiri tercegat di atas pasir pantai yang keputihan.”Kenapa,Shah?why do you do this to me?You know how much I love, don’t you?,”tangannya yang halus cuba mencapai tangan si jejaka, malangnya tangannya tidak menemui sasarannya.Shah mengelak dengan memasukkan tangannya ke dalam jean levi’ pemberian hari jadinya dari Adira 2 bulan lepas.”Sorry, Dira, I have made up my mind, and there’s nothing going to change it,but we can still be friends kan?,”.”But I need you Shah, i can’t stop thinking about you, don’t do this to me, please sayang,”minta Adira. Hujan rintik-rintik mula turun.”Sorry,I got to go,”ujar Shah pendek lalu mula berlalu dari situ.
“Shah!!!!!!” jeritnya memanggil jejaka tersebut yang sudah mula menghidupkan enjin kereta, tapi sahutannya hanya sia-sia.”Oh, tuhanku, why don’t you just take me away right now.aku rasakan seluruh hidup tidak bermakna lagi,”.Titik-titik jernih mula turun dari matanya yang kecil,membasahi pipinya yang putih.Hujan mula turun, titik-titik halus digantikan dengan titik-titik kasar.Dia masih berada di situ, tidak bergerak.Hujan bagaikan memahami hatinya dan kehadiran hujan bagaikan turut menangis.Perlahan-lahan dia berjalan mencari tempat berteduh.Di kedai berhampiran dia duduk termangu memikirkan peristiwa tadi.Ramai juga orang yang berteduh di kedai makanan segera ini, tapi tidak seorang pun yang perasan akan gadis malang yang sedang menangisi nasibnya.Mungkin kerana hujan menyebabkan tiada insan yang perasan bahawa dia sedang menangis.I love walking in the rain, so that no one knows that I’m crying.Shit!!! I don’t love it at all, I hate it.I hate it.Those people who made the quote is so stupid! Kenapalah dia orang tak memahami keadaan orang yang menangis tu?Bodoh!! bisik hati kecilnya.
“Awong, kenape ni,?” suara kecil menyebabkan dia tersentak dari lamunan.”Eh, Nafees,tak apa-apa, Awong tak sihat sikit,”ujar Dira kepada adik kecilnya.”Kawau, Awong cakik, Awong gi jumpe dokter eh, nanti dokter agi obat,Awong tak cakik da,nanti Awong cakik cape nak men ngan Apess,” matanya merenung ke dalam kakaknya dengan penuh kasih sayang.”Awong gi makan ubat eh, nanti Awong teman Nafees main ok?”katanya sambil tersenyum, lesung pipitnya jelas kelihatan,”otei,” balas Nafees sambil menguntumkan senyuman berserta lesung pipit miliknya sendiri.Dira meninggalkan adiknya bermain di atas pasir dan menuju ke bangku yang berdekatan.Dia melabuhkan punggungnya dan duduk memerhatikan laut yang kebiruan.Hari ini, hari cerah tapi berawan ditemani dengan angin sepoi-sepoi bahasa.Laut menjadi saksi segalanya, waktu dia berduka, waktu dia gembira.Dia suka laut, laut bagaikan diarinya sendiri.Tidak perlu kata-kata, tidak perlu coretan, hanya gelombang dan deruan ombak menyimpan segala rahsia hatinya.Baik suka mahu pun duka.”Haih, kalaulah Fad ada disini,” Tiba- tiba dia dengan pantas menekup mulutnya, she said the F word, bagaimana nama itu terpacul dari mulutnya , dia pun tidak tahu.Kedai makanan segera, tempat dia berteduh dahulu rancak memainkan lagu.Fad, tiba-tiba terbayang wajah jejaka itu di dalam kepalanya.Hatinya berdebar-debar, perasaannya tiba-tiba bergelora. “Eh, Awong nangis ker?” sapa Nafess yang menghampirinya.Lagu Gravity menjerit dari corong speaker kedai…. -Bersambung
Adakah masih diriku diperlukan – part 3 (bayanganku)
“Oit Fad, bangun sahur, dah pukul 5.15 pagi dah ni,” kejut Farhan.Tersedar aku dari lena, bingkas aku bangun lalu duduk termangu.Dengkuran Hilmi memecah suasana ruang empat penjuru yang membentuk bilik kami.dalam kesamaran bilik dan mata yang suakr dibuka dek tahi mata, aku melihat usaha si Farhan mengejutkan Hilmi dari lenanya.Lena, ya memang lena Hilmi tidur di ulit mimpi indah, mungkin bersama kekasih hatinya.Mungkin mereka menyambung cerita bahagia mereka dari ruangan chatting ke dalam pertemuan di dalam mimpi, di dalam taman yang berbunga mekar yang di semai sejak mereka mengenali satu sama lain sejak 2 tahun yang lalu.Bingkas aku mengelapkan sisa tahi mata dan bergegas ke ruang makan.Bau sardin menusuk kalbu, hurm, sedapnya bau sardin walaupun dah 2 hari mengadap sardin, bisik hati kecil ku.
Berkumandang azan subuh memanggil umat Muhammad untuk menyembah kepada yang maha Pencipta,maha Esa menandakan waktu sahur dah habis.Hilmi yang ku kenali memang tak pernah tidur selepas subuh sambung mengadap Vaio yang berwarna turquoise.”fad, bila kau nak masak lagi?muak aku makan sardin, esok beli lah apa-apa yang patut, pasal duit no problem, serah pada beta,” ujar Hilmi dengan gaya seorang maharaja yang kempunan lauk.”hahaha, nantilah aku masak besok, kita masak ketam masak lemak nak?,” “Wei, kau jangan bro, aku mana makan ketam, kau nak suruh aku gatal seluruh badan ker?Nanti kau yang dapat susah,” balasnya.”Apasal pulak aku yang dapat susahnya, yang alergik kau bukan aku,well aku alergik jugak tapi aku tibai jer,”.”Alah, kau lah dapat susah,pasal kau kena garu badan aku dan tempat-tempat yang susah di capai,” Berdekah-dekah kami berdua ketawa memecah keheningan subuh.
Aku mengadap laptop aku sampai ke tengahari mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang di minta sebelum raya.Walaupun aku cuba, tapi da sesuatu yang mengganggu fokus aku dalam menyiapkan kerja dengan tekun.Mimpi semalam benar-benar membingungkan aku, kenapa tiba-tiba je, mimpi itu muncul.Dah gila agaknya aku.Yer memang,memang aku gila, aku gilakan dia.Kalau nak kata bodoh pun, mungkin juga, semua orang buat benda bodoh pasal cinta.Teringat aku tentang perang Troy, bagaimana kerana hanya seorang perempuan, beribu yang mati di medan perang.Kalau setakat aku yang bermimpi, bagaimanalah nak dibandingkan mereka yang mati berperang,antara Greek dan Trojan.”Arghh!!! apasal ni,” ujarku sehingga mengejutkan Hilmi yang sambung beradu.”Kau apahal pulak ni?tetiba jerit macam orang putus cinta,”"Cinta?cinta apa?macam mana nak putus kalau tak ada?, Ahhh~ jangan nak mengarutlah Mi.Kau je yang bercinta siang malam,” balas aku panjang.”Up to you then,” balasnya pendek sebelum menarik selimut menutupi mukanya.Kononlah bilik baru pasang alat penghawa dingin, seronok si Hilmi tidur.Entah kenapa kemudahan ni tak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada aku.mungkin aku dah biasa tidur dalam kesejukan kipas angin berbanding dengan penghawa dingin yang sejuk dan senyap.Haih, rindu aku nak dengar bunyi kipas pusing.Hurm baik aku mandi, dah tengahari tak mandi-mandi lagi ni.kambing pun fikir dua kali nak menghampiri aku kalau macam ni, inikan pulak makhluk dipanggil manusia.
Kesegaran air menusuk ke dalam seluruh tubuh badanku.Bagus jugak Hilmi dengan farhan panggil orang supaya repair shower ni.Seronok juga mandi air hujan, tak payah nak susah – susah nak cedok air dari baldi.nak tunggu kumpul satu hal, nak cedok satu hal, hishh tak bersyukur sungguh, orang lain nak madni pun susah,banyak pulak cekadak aku, fikirku sambil tersengih macam kerang busuk, nasib baiklah aku jer yang ada dalam bilik air tu dan penonton yang setia melihat aku adalah bayangan aku sendiri di cermin muka.”Uih, berjambang dah aku, kena shave ni baru nampak kemas dan bersih. Semangat kembali lah kau kepada aku,”.Don’t worry Fad, they will,” ujar bayangan aku dan aku berani bertaruh aku akan nampak dia tersenyum sekiranya tiada buih shaver di muka.
Aku masuk kebilik untuk menukar baju.Hurm,macam nak keluar je hari ini, tapi nak pergi kemana eh?mungkin lepak town.Tapi kalau lepak town pun bukan boleh minum, nanti penat pulak.Nak tengok wayang, rasa macam malas nak tengok seorang,Lagipun cerita dalam laptop aku banyak lagi yang belum sempat aku tengok, ujar hati kecilku.Tengah aku duduk mengelamun baju apa nak di pakai, tangan aku mencapai jaket hitam kegemaran aku.Brapp!!! Aduh, tersangkut pulak, habis semua baju yang di gantung jatuh ke lantai.Sakit hati betul, masa inilah dia nak jatuh, kenapa tak jatuh semalam jer.Sibuk tangan aku mencapai dan melipatkan semua baju-baju yang terjatuh tadi.Salah aku jugak gantung banyak sangat baju sampai kan penyangkut tu tak tahan.Tiba-tiba aku tercapai satu baju berwarna merah jambu, entah kenapa aku terpaku seketika bila melihat baju warna merah jambu itu, terpampang imej makhluk bertanduk di hadapan muka baju.Perlahan lagu loneliness nyanyian babyface berkumandang dari corong speaker Hilmi. Aku sebak – BERSAMBUNG
Adakah masih diriku diperlukan – part 2 (memori)
“Fad turun jap,”pinta Arul.’Turun?nak buat apa?tengah tengok orang main boling ni”jawabku malas.Bukan nak tengok sangat pun orang yang sedang bermain boling ni, tapi aku malas nak melangkah turun ke bawah berjumpa Arul yang sibuk berdampingan dengan mata airnya dengan seorang perempuan yang tidak silap aku sepupu si mata air.’Turun nak buat apa?”bisik hati kecilku.Terimbas aku gelagat si sepupu yang terpinga-pinga bila aku menyapa Arul 15 minit tadi.Haih, buruk benar ke rupa aku sampai dia bersikap begitu?lantak ar, harini aku baru habis pembelajaran associate degree aku so nothing can take my mood away.”turun jer lah, kita minum2,”balas Arul dari dalam talian telefon bimbitku.”Hurm, yalah,yalah nanti Fad turun”jawab ku, malas nak bertekak dengan Arul.Arul, Hairul Azwa sepupu aku ini bercita-cita nak menjadi ahli diplomat, mungkin pengaruh bapanya yang merupakan seorang duta membuatkan dia ingin mengikut jejak langkah bapanya itu.kami membesar bersama-sama sejak dari kecil lagi, boleh di katakan partner in crime.Aku, Arul, Ami, Asah merupakan cucu kesayangan datuk dan nenek sewaktu kecil dan kerana umur kami yang hampir2 sebaya menyebabkan kami agak rapat sewaktu kecil.
“Hai, tak nak minum ke?” sapa satu suara yang menyebabkan aku tersedar dari lamunan.”eh, tak, takpe, saya puasa harini,” jawabku sambil tersenyum.entah kenapa aku rasa macam sedang di temuramah, dan aku merasa berdebar-debar.What the hell is wrong with me?Aku tak sihat ke?badan tak panas pun, nak kata demam.’haih, puasa boleh pulak makan chewing gum,”sindir gadis tu.Aku cuma tersenyum je.Aku mempunyai alasan tersendiri kenapa tak minum di Deli Bakery itu.Bukan apa, berdasarkan pengalaman lalu aku dekat situ, gelas plastik dia berbau ubat gegat menyebabkan aku tak berselera nak minum dekat situ.’Sebenarnya malas nak cakap, tapi saya tak minum pasal gelas dia berbau something yang kurang menyelerakan,ada bau gegat” kata ku.”Ye ker? ada-ada je,” balas gadis tu.Aku memandang ke Arul yang sibuk mengungkapkan kata-kata jiwang kepada mata air nya. ‘Bila nak blah ni, tak selesa lah” bisik hati kecil ku.”Buat apa lepas ni?” kata si gadis sambil tersenyum.Comel bila dia senyum, ada lesung pipit.Lesung pipit yang aku kenal hanya milik kawan lelaki aku, Muzz.Aku merenung ke dalam mata kecil gadis tu, ” Entah, tak pasti lagi,kenapa?”.”Oh, saja tanya, tak boleh ke?” jelasnya pendek.Haih dah macam polis pulak nak tanya-tanya ni.Aku bukan apa, first time orang macam nak tahu apa perancangan aku seterusnya, nak-nak perempuan inilah first time.
Sejak dari dulu, aku tak tahu kenapa, aku ada masalah dengan kaum hawa ni.Aku tak selesa dengan dia orang bukan sebab aku benci atau suka, cuma aku ada rasa kurang selesa bila berhampiran dengan mereka.Bila kena tegur jer,mulalah tergagap, kelu lidah,berpeluh dan macam-macam lagi.pernah aku ceritakan kepada bapaku tentang masalah ini.”Fad, Fad.Fad anggap jer perempuan tu semua macam kawan-kawan lelaki Fad, so treat them like you treat your other friend,” jawab bapaku dengan berbahasa asing dengan cukup lancarnya sambil tersenyum.Jarang sungguh aku ceritakan masalah aku kepada orang tuaku, jauh sekali pasal perasan.Cuma, ibuku,ibuku macam si Hilmi.,dapat baca aku macam buku.So aku terima nasihat tu dan ia benar-benar berhasil.Terima kasih ayah kerana nasihat tu, hasilnya aku mempunyai lebih banyak kawan dari golongan hawa dari sebelumnya.
Dulu semasa aku di bangku sekolah, aku minat juga dengan kaum hawa ini, cuma nasib susah nak menyebelahi aku kerana aku tidak meminati yang sebangsa dengan aku.Aku minat dengan gadis tiong hua, entah kenapa rupa dan penampilan mereka yang menyebabkan aku minat dengan mereka kot, kawan-kawan aku pun lebih ramai berbangsa Cina dari Melayu ketika itu.Teringat lagi lagu Jay Chou yang aku boleh hafal tanpa mengetahui makna lagu tersebut, kalau di tanya tentang AXL,MAY,Mega jangan haraplah aku nak tahu lagu-lagu mereka.Kini gadis yang duduk di depanku, mempunyai ciri-ciri yang aku inginkan.Putih, mata kecil, bertubuh kecil, berlesung pipit,tapi keistimewaannya dia berhidung mancung.Hurm, mungkin ada kacukan kot.chinese look tapi berhidung mancung.Tapi uniknya si gadis ini, dia bertudung, se agama denganku.Kadang-kala Allah ada perancangannya tersendiri, bila kita inginkan sesuatu Dia mungkin kurniakan dalam bentuk yang lain.Dalam diam aku mula menyimpan hati kepada si gadis tersebut.Dari sinilah bermulanya ceritaku, cerita yang penuh suka – duka, penuh tawa dan air mata.Di sini bermula….
Oh, lupa nama gadis tu Siti Adira – bersambung



