Jeannie(Samsung Galaxy Note) bagus atau Siri(iPhone4s)

Tengah buat blogwalking, terbaca blog si Hanis Zalikha.Ye, saya kenal Hanis, saya merepek je dekat twitter kata tak kenal.Seribu kemaafan kepada yang sanggup menerangkan kepada saya siapa Hanis Zalikha sebenarnya kepada saya.(Ada kawan yang minat sangat baca blog Hanis ni hehehehe).

Satu entri yang saya sempat baca adalah perbualan antara Jeannie dengan Hanis.Perbualan mereka adalah seperti ini:

Me: Hi!
Jeannie: Hello Alicia.
Me: I’m not Alicia.
Jeannie: So you’re not Alicia. What’s your dear name?
Me: I’m Hanis.
Jeannie: Hello Funny.
Me: I’m not funny. I’m Hanis!
Jeannie: Hello Chinese.
Me: I’m not Chinese! Eeeeeeeeeeee!

Few moments later I came back *not giving up*.

Me: Hi!
Jeannie: Welcome back chinese. Nice to see you.
Me: No. I’m Hanis!
Jeannie. You’re Horny? How are you? I am a female robot.

Comel je bila baca banyak kali, adakah Jeannie cuba untuk bergurau atau memang voice recognition Jeannie kurang pemahaman hehehehe.Anda boleh baca entri tersebut di sini , mana tahu, nanti ada yang ingat saya buat cerita panas kan?Mungkin ada sesuatu yang tak betul telah berlaku kepada server Jeannie, atau pun Server tahu dia cakap dengan Hanis dan cuba untuk mengorat beliau Razz.

Di bawah ada beberapa perbualan antara saya dengan Siri, sebut betul – betul Siri untuk iPhone 4s.

Friendly

Bersetuju dengan Kebenaran

Deep feeling of sexual desire eh?ooo tu ke LOVE

Prihatin

Kedekut hadiah

Boleh terkejut tu takleh tahan tu

Dan akhir sekali,

Kuatlah Perli hahaha

Jadi dah decide siapa pemenang? Jeannie atau Siri? Wink

Aplikasi iPhone4s/iPhone4 yang ada

Kelmarin baru sempat nak buka email dan kebanyakan orang bertanyakan tentang jailbreak, port Siri dan aplikasi yang patut ada dalam iPhone4s dan iPhone4 mereka.

Soalan pertama bagi jailbreak, jailbreak untuk ios5 5.0.1 sudah boleh didapati bagi iPhone4,iPad1 dan iPod Touch.Bagi iPhone4s dan iPad di jangkakan akan keluar pada minggu ini atau minggu hadapan,memandangkan terdapat spekulasi sama ada ‘Dream Team’ akan mengeluarkannya secara umum sebelum atau selepas Apple melancarkan firmware terkininya.Jadi mohon bersabar. Note:Kepada mereka yang ingin menghantar phone mereka untuk di jailbreak,mohon maaf sangat – sangat, saya tak menerima permintaan sebegitu dah.Saya tahu ada yang begitu teruja sehingga sanggup menghantar dari luar kawasan,nasihat saya, cuba JB sendiri, tak susah sebenarnya.

Kepada yang bertanya Port Siri, ingin saya maklumkan bahawa, port untuk Siri amat sukar di dapati.Sangat-sangat sukar didapati.Sangat payah dan sukar.Kenapa saya ulang sukar dan payah, sebab saya nak galakkan anda untuk membeli 4s sekiranya ingin menggunakan Siri.With  dual core and 8 megapixel, tambahan dengan personal assistant sendiri, it’s worth it.Lebih menyenangkan kerana anda kini boleh membeli terus dari Apple Store,jadi tiada kontrak.Nota:Get an iPhone4s , just like I did Grin .

Seterusnya,aplikasi apa yang patut ada untuk iPhone 4s/4 anda?Sebenarnya ia bergantung dengan apa sebenarnya yang anda inginkan.Adakah anda seorang yang menggunakan iPhone untuk bersosial, atau untuk kerja , ataupun sekadar memenuhi masa lapang dengan bermain permainan video.Disini akan saya senaraikan beberapa aplikasi yang saya gunakan.

1. Find My Friends

Aplikasi terbaru Apple, Find My Friends, boleh di katakan serupa seperti Foursquare. Sekiranya anda inginkan kawan atau peminat (kalau adalah) untuk mengetahui tempat -tempat menarik yang anda kunjungi, aplikasi ini amat sesuai. Find My Friends menggunakan GPS dan GLONASS yang membolehkan anda berkongsi setiap aktiviti dan pergerakan anda dengan orang yang anda pilih (jadi pilihlah dengan berhati-hati) dan begitu juga sebaliknya. Apa yang anda perlukan ialah iOS 5, an Apple login, dan rakan anda perlu memberi kebenaran untuk dijejaki (sekali je pilihan ni)  dan anda boleh melihat mereka bergerak di atas peta iPhone 4s anda— dan mereka juga boleh melihat anda di  iPhone, iPad, atau iPod touch. Walaubagaimanapun terdapat pilihan untuk tidak berkongsi setiap aktiviti anda itu, dengan menutup lokasi tempat anda berada.*Sesuai untuk pasangan yang ingin mengetahui kemana pasangan anda merayap hehehe.

2. Google earth

Bagi yang pernah menggunakan google mesti tahu bagaiman ianya berfungsi kan?Jadi dengan keupayaan Chip A5 terbaru untuk iPhone4s, Kehebatan visual Google Earth adalah aplikasi paling sempurna untuk menunjukkan kehebatan iPhone 4S dari segi kelajuan,grafik, dan kebolehan GPS/GLONASS. Kehebatan apliaksi boleh menunjukkan kedudukan anda yang berada di Malaysia sehingga ke bandar New York dengan sekelip mata berserta dengan persekitaran anda.

3 Videolicious

Aplikasi ini tidak ada kena mengena dengan Fergie ok, ia merupakan aplikasi kreatif untuk membuat mini video projek.Terdapat beberapa senarai kategori yang boleh dipilih  termasuklah Real Estate Listing Video, Birthday Party Video, Trip Documentary, and Video Resume. Pilih salah satu dan Videolicious akan membawa anda ke langkah-langkah yang seterusnya untuk membuat sesuatu video tersebut. Mula-mula anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan gambar atau video(walaubagaimanapun, anda tidak boleh edit  mereka dalam aplikasi ini, sedih sikitlah), kemudian anda boleh rekod voiceover, dan memilih muzik anda sendiri , hasilnya anda mempunyai video yang menpunyai gambar dan muzik.Saya akui aplikasi ini agak terhad dari segi kebolehannya , tapi untuk benda yang percuma ia agak seronok untuk dicuba dan diguna pakai.

4.iMovie

Yup, iMovie dah berada sekian lama di pasaran tapi kenapa saya masih mengatakan anda memerlukan iMovie khususnya dalam iPhone4s anda?Jawapannya full 1080p30 HD.1080p30 HD dengan fungsi stabilization atau keseimbangan, supaya video anda tidak rosak atau buruk akibat tangan anda yang tak boleh bendung, yang ketar – ketar lah .  Aplikasi iPhone ini membolehkan anda untuk  trim footage, move frames around, add themes, effects, still images, dan juga musical soundtrack. iMovie.Selepas habis mengedit, anda boleh kongsi video anda di YouTube, Facebook dan website-website yang lain. Anda juga boleh menggunakan AirPlay dan Apple TV untuk melihat video anda di skrin besar HDTV anda, terbaik kot  Grin .

5.Path

Mungkin anda seorang yang suka bersosial di alam maya.Aplikasi ini mungkin sesuai untuk anda.Walau bagaimanapun, path tidak seperti facebook, atau myspace, kerana ia lebih merupai kepada jurnal di mana isi kandungannya mungkin lebih peribadi.Anda boleh mengupdate status anda,muzik yang anda dengar, video, lokasi anda dan juga berkongsi gambar.Filter yang di sajikan oleh  Path agak menarik walaupun di bandingkan dengan Instagram (radinfadli).Anda juga boleh memilih untuk membenarkan rakan-rakan untuk mengikuti Path anda kerana jumlah rakan yang boleh mengikuti anda adalah terhad.

6. Drop Box

Dropbox untuk iPhone ini adalah perkhidmatan percuma yang membolehkan anda membawa semua gambar, dokumen dan video kepunyaan anda ke mana sahaja.Selepas anda install Dropbox di komputer/laptop anda, apa-apa sahaja fail yang anda savekan dalam Dropbox akan secara automatik di savekan ke komputer anda, iPhone anda, dan juga iPad anda.Dekat website Dropbox pun ada.  Anda boleh baca dokumen yang anda savekan tadi di mana sahaja anda berada, selain itu anda boleh juga kongsikan dokumen anda bersama teman–teman (kawan-kawanlah).Kalaulah nasib anda malang, tertinggal iPhone dalam teksi atau bas, dokumen anda still ada di Dropbox.Kiranya ada backuplah.

7 Find my iPhone

Aplikasi ini seperti nama dia adalah untuk mengesan iPhone anda yang hilang, ghaib, diculik, dirompak, di curi dan di rampas oleh pengetua sekolah. Aplikasi ini adalah untuk mereka yang mempunyai iPhone 4/4s, iPad, or 4th generation iPod touch (iOS 4.2 atau yang lebih terkini). Hanya perlu sign in dengan Apple ID anda dan  turn on Find My iPhone untuk mendapat kedudukan iDevice anda.Mempunyai kebolehan untuk mengunci (lock) iPhone anda dari jauh, dan sekiranya memang tak ada harapan untuk mendapatkannnya kembali, ia menawarkan pilihan untuk mengformat iPhone anda dari jauh.Sobs.

 Kita berhenti sampai 7 lah eh?nanti ada masa saya sambung lagi.

*Kepada yang ada pendapat tentang aplikasi apa lagi yang bagus dan bermanfaat, silalah kongsi disini

Sumber Image dari google (kes malas nak print screen ahaks!!)

10 soalan lazim untuk Siri untuk iPhone4s

Seperti yang di ketahui,iPhone 4S mempunyai Siri iaitu pembantu peribadi maya yang akan menjawab soalan anda dalam bentuk audio, sama seperti anda bercakap dengan manusia.Sesiapa yang inginkan pembantu peribadi, boleh cuba dapatkan iPhone4s. Terdapat beberapa soalan lazim yang boleh di ajukan kepada Siri dalam membantu urusan harian anda.NOTE:Siri akan memahami sekiranya anda bercakap dalam bahasa Inggeris, yup, you heard me, in English.Jadi arahan-arahan yang perlu di masukkaan adalah dalam bahasa omputih.

10. CUACA:

Pengguna boleh bertanyakan tentang cuaca semasa merangkumi cuaca di tempat mereka atau cuaca di tempat lain.Contohnya, London ke, America ke, Bristol ke.

  • What’s the weather going to be like in Kuala Lumpur tomorrow?
  • Will it be cold in Bristol tomorrow?

9. Kerja – kerja spesifik:

Siri mempunyai kebolehan untuk menjalankan kerja-kerja spesifik atau tertentu dengan menggunakan interaksi suara pengguna seperti:

  • Remind me to feed the rabbits when I get home
  • I need to call Nadiah at 4PM today

8. Mencari website:

Siri boleh ditanyakan soalan-soalan yang memerlukan pertolongan internet seperti:

  • How much does Dr Dre. Beats headphones cost on Ebay?
  • What is the length of plastic ruler?

7. Mencari Lokasi:

Siri juga boleh membantu dalam mencari lokasi, walaubagaimanapun fungsi ini masih belum ada lagi untuk lokasi-lokasi di Malaysia.Tak dapatlah nak cari KLCC kalau macam ni hahaha:

  • What’s the nearest pizza shop?
  • Where’s the closest Starbucks?

6. Kepada si suka Enjoy:

Pengguna iPhone 4S yang suka berhibur di kelab malam, bar, dan sebagainya, Siri boleh membawa anda ke tempat-tempat ini. (Arak tu haram)

  • I need a drink.
  • What clubs are near my current location?

5. Menelefon contacts anda:

Siri boleh mencari nombor si pemanggil dalam senarai contacts anda dan menefon mereka bagi pihak anda.NOTE:Untuk membolehkan Siri melakukan fungsi ini, sila add +6 dekat depan nombor contact anda,otherwise it won’t work.

  • Call Nadiah
  • Call my mom

4. Bergurau senda :

Kalau rasa- rasaanda bosan sangat,dah tak tahu apa nak buat, anda boleh menyuruh Siri untuk membuat lawak:

  • Tell me a joke
  • I want to hear a joke

3. Definisi:

Kalau anda tanya soalan spesifik yang berkait dengan definisi, Siri akan mencarinya di website untuk anda.

  • What is love?
  • What is the definition of social network?

2. Timer:

Salah satu tambahan , Siri boleh setkan timer untuk anda.

  • Start a timer for 30 minutes
  • I’m about to go for a one hour run; set the timer for that amount

1. Connect kepada network:

Salah satu benda yang agak cool ialah anda boleh menyuruh Siri untuk connect kan iPhone 4s anda kepada network yang berada di kawasannya:

  • I want to connect to the Internet
  • I’m having trouble connecting to the network

Terdapat seribu satu cara untuk menggunakan Siri, dan masih banyak lagi yang perlu di terokai sebelum ia dapat digunakan dan di manfaatkan sepenuhnya.Salah satu command yang saya suka gunakan ia set kan alarm clock, cuma perlu katakan “Siri, set the alarm at 8am” dan Siri akan lakukannya untuk anda.

NOTE: Sekiranya anda ingin membuat nota ringkas, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan command NOTE contoh “Note I spend 4 ringgit for lunch today” dan “I spend 4 ringgit for lunch today” akan di simpan dalam note anda, cool?of course its cool.Enjoy.

FYI:terdapat beberapa rungutan tentang Siri yang enggan menerima arahan dan tidak dapat menerima arahan yang sempurna.salah satu daripada tricknya adalah dengan bercakap dengan Siri seperti anda sedang menggunakan telefon, dengan menggunakan tone yang sama, dan tidak menjerit, serta pastikan sebutan anda jelas.Lagi satu tricknya ialah … BETULKAN SEBUTAN ENGLISH anda. selamat beramal.

 

Instagram, awok ado?

Instagram, awok ado?adalah satu perlian kepada awok yang ada smartphone tapi belum download Instagram.Ahaks~Mesti tertanya-tanya apa benda Instagram ni?

Instagram ni boleh di umpamakan sebagai twitter, cuma kalau twitter tu tempat kita kongsi perasaaan melalui perkataan, tapi Instagram ni tempat kita kongsi gambar.

contoh2 gambar instagram

Instagram juga menawarkan penapis “filter” yang boleh diguna pakai berdasarkan mood anda.terdapat 17 filters ke semua nyer, dari yang normal, amaro,rise,lomo, inkwell, hefe, 1977 hinggalah Kelvin.

filters

Kita juga boleh berinteraksi dengan rakan-rakan yang mempunyai Instagram dengan cara ‘follow’ seperti di twitter.Jadi news feed kita akan setiasa ada update dengan gambar-gambar terbaru rakan-rakan yang di tangkap menggunakan kreativiti masing-masing.Kita juga boleh meninggalkan komen atau vote untuk like gambar-gambar tersebut.Gambar yang mengumpul jumlah like yang paling tinggi akan di senaraikan untuk masuk ke senarai gambar popular.

Jadi apa tunggu lagi, mulalah menangkap gambar bermula daripada hari ini.Kalau anda mempunyai iPhone atau iPod Touch, Instagram boleh didapati dengan percuma di sini.

Kalau ada instagram jangan lupa follow saya @radin_fadli Grin .Happy snapping people!!

*Images sumber dari google

Teringin nak miliki iPhone?Kini hanya RM1799

Mungkin ramai diantara kita yang ingin memiliki iPhone,tapi memandangkan harganya yang agak mahal,impian kekal impian.Sekiranya anda sedang mengumpul wang untuk membeli iPhone, anda bertuah kerana sementara menunggu kemasukkan 4s, anda boleh memiliki iPhone 4 dengan harga RM1799 sahaja.

IPhone 4 yang mempunyai kapasiti storan 8 GB ini ditawarkan oleh Apple tak perlu terikat dgn sebarang kontrak dengan syarikat telekomunikasi seperti sebelumnya.Ia turut memuatkan iOs 5 (imessage,icloud,find my friends).

Untuk lebih maklumat boleh pergi ke Apple Store Malaysia.

Fyi: walaubagaimanapun, dari pandangan peribadi, saya merasakan 8GB adalah terlalu sedikit khususnya mereka yang ingin menggunakan telefon ini untuk menangkap video.Anda mungkin terpaksa kerap synckan iPhone anda.Jadi mungkin menunggu $s adalah pilihan yang lebih wajar?bergantung kepada citara sa masing-masing Grin