Sebelum nak masuk belajar ney saya sudah di ibaratkan kelawar kerana berjaga malam dan tido di siang hari.Wah nak jadi Batman ker?Tapi elok jugak,bukan apa save duit tak keluar rumah atau bandar.Ye ar kalau keluar kang memacam pulak nak beli dan makan.Seyesly saya sangat suke makan asalkan benda tu sedap ngeh~Ney tengah tulis ney pun tgh makan mempelam yang di petik di hadapan rumah.Sedap seyh..
Tadi dalam tengah mamai mamai, GG call mengajak ke taman gelora.Call yang kali ke berapa pun tak tahu lah , so memandangkan tengah lapar jadi pergi jer lar.GG dah lama keluar dengan Edward Cullen so kira baru nak join lah,maklumlah takleh tgk matahari hehehe.Sampai di situ, terjumpa Mumu @ Mutiah kawan si GG yang selalu diperkatakan apabila GG berbicara dengan cousin ku Idham.haha Am aku dah jumpa dulu ![]()
Tetiba termasuk lah cerita tentang Harry Potter, dimana G dengan Mumu nak pergi menonton.Walaupun aku peminat HP tapi agak tidakberpuas hati lah dengan cerita kali ney yang agak hambar bagi aku.Ye lah,maybe tak boleh nak bandingkan sangat dengan buku tapi plot – plot yang agak tidak penting banyak di ketengahkan.Kebanyakkan tentang love life bebudak di Hogwarts tu.Well we got Twilight for that kan?Miss D pun minat Twilight, or she more into that Robert Pattinson guy @ IQ
and i remember Kak Shanaz pun minat membaca cerita ney.Maybe ceritanya agak menarik kepada kaum hawa rasanya.Cakap pasal buku tetiba, G teringat somebody promise dia that book hehehe…full set pulak terus di telefon ney that tall, dark and handsome boy claim.Memacam ~ ![]()
Tengah borak-borak,banyak lah menda yang di mengarutkan.”Biar orang buat kita jangan kita buat orang” tetiba sahaja benda yang ungkapkan G mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah mengucapkan benda yang sama kepada aku last year tersenyum aku seorang kerana ayat G sebijik macam Am hahaha.Well, i half agreed dengan apa yang anda berdua perkatakan, thats why i already taken nasihat dari Am tu tahun lepas.Tapi guys, sometimes, kita kene make our stand, nak nak benda yang orang buat tu tak sepatutnya terjadi atau pun mungkin kerana orang itu dengki atau tidak senang duduk atau simply boring atau pun takde assignment nak buat (hehehe macam ayat orang tu jer)…..
So thats why kekadang kalau kita sabar, elok, tapi kekadang kena jugak bagi cili bagi die rasa pedasnyer.Maybe Am terlalu baik atau G penyabar (tapi lepas dengar cerita nak meletup jugak kan) so itulah apa yang saya rasa.Harap kamu berdua paham iyerk?So lepas lepak2, Mumu kata nak tgk tc so round la jap ke tc, edward naik bersama saya memandangkan die takmo terbang takut di lihat orang.Lama tak datang tc banyak pulak perubahan nyer.Banyak pokok dah takde,dan kena tebang.G dengan penuh semangat bercerita yang kiteorang pernah membuat BBQ di sini.Teringat aku time tu, Aku, Am, Amie, Nami bersemangat bangun pepagi dari subuh, siap marionate lagi.Kemudian bergegas ke rumah Tok teh mengoreng nasi.Pergh memang nasi goreng korang terbaik la wei!!!!
banyak member yang join aritu sampai lah ada member sorunk tu yang aku tak knl dengan tengkok patah nyer pun datang jugak dah la kena harung air.G tak abis2 memanggil menggelarkan si Dini bunga kerana bunga yang di pakainya.haha ramai peminat Farid kat sini nak buat guane henseng.Anugerah Romeo sesaja je kalau tak ramai peminat.Tapi tu semua tahun lepas, tahun ney banyak sangat benda yang tak patut berlaku angkara manusia tertentu haih kalau lah DIE takda dalam lingkaran hidup gue sudah pasti semuanya tenang iyerk?Kawan semua boleh berkawan,takde buruk sangka,takde tuduh-menuduh, takde nak pecah belahkan kaum keluarga,putuskan persaudaraan, pertelingkahan bodoh-bodoh,membazir kredit,membazir masa,memeningkan kepala,menyebar cerita kepada si makciknya yang sememamng takde pertalian dengan nya tapi dengan muka tak malu mengaku makcik nyer(apa aku merepek ney aduyai), kekadang nak gelak rasa bile orang boleh percaya dengan kata si DIA masakan tidak nyer DIE pernah facialkan muke ex bf die tapi menipu bf DIE yang facial muke adik ex bf DIE.”Aik tak pe ker? alah saya kata saya buat muke si adik”.Kekadang DIE lupe kedua-duanya cousin aku hahaha(ney mengarut apa lagi ney?aduyai).Tapi nak buat macam mana ujian kehidupan orang kabor betul?
Well,buat masa kini saya sangat seronok dengan kehidupan sekarang.Dengan famili,kengkawan, si comel saya,adik die si nakik,pelajaran,kewangan dan sekeliling.bak kata-kata princess una, almost perfect ar.eceh sorry pinjam ayat anda.Kalau lah saya mengenali anda sebelum ini mesti sangat seronok, ye lah bertahun kenal nama tak pernah kenal orang, hope u can meet my miss D.Well,macam tak pernah jumpe (teringat sungei wang) tiap kali lalu kat situ teringat peristiwa itu.I meant lepak2 bebetul lar minum ker apa ker…well maybe akan tiba waktu tu who knows?Oh princess una pun suke twilight.Memang majoriti peminat wanita lar.
Uih ney blog ke cerita bersiri panjang giler tulis hahaha thanks kerana sudi membaca tau…penat jer.
P.s Merah – merah tu saje nak bagi ceria weyhey!!!!