Running Man!! bukan sebarang drama korea

Mungkin ada yang pernah mendengar tentang cerita Running Man ini ataupun baru  mendengarnya.Running Man ini berbeza dengan cerita-cerita Korea yang lain, kenapa berbeza anda tanya? Berbanding dengan ribuan jenis drama Korea yang ada, Running Man merupakan variety show Korea.

Setiap episode yang ditayangkan berlainan antara satu sama lain.Boleh di katakan Running Man ini adalah salah satu game show yang tidak mempunyai juri.Objektif utama mereka untuk mengumpul Running Ball.

Apa yang penting sangat dengan Running Ball ini? Dalam setiap episode para pelakon/peserta akan di beri misi-misi yang bercorak permainan dari “gunting, batu , kertas’  sehinggalah perlumbaan untuk mengoyakkan tag pasukan.Pada akhir setiap episode, pelakon/peserta yang mempunyai Running Ball terbanyak akan dapat melepaskan diri daripada hukuman yang memalukan.Hukuman yang paling popular adalah berjalan ke sekitar Korea dengan berboxer dan melakukan misi khas sebelum mereka di benarkan pulang.

Hukuman Hot Pants

Berbanding dengan istana Takeshi dari jepun yang pernah popular dahulu, Running Man lebih spontan.Dan yang benar-benar menghidupkan siri ini adalah barisan pelakonnya yang sangat hebat dan kelakar serta boleh mencuit hati para penonton.

Mari kita berkenalan serba sedikit dengan para pelakon Running Man.

YJS

Yoo Jae Suk – Bertindak sebagai MC dan juga peserta dalam Running Man. Mempunya nickname  Grasshopper.Seorang yang cukup cilik, lebih-lebih lagi apabila dia terpilih sebagai Spy.

Ji Suk Jin – bekas pengacara Korea yang terkenal.Di kenali sebagai Big Nose Hyung  (Abang hidung besar).Merupakan peserta paling senior dan kedua paling lemah selepas Kwang Soo.

Kim Jong Kook

Kim Jong Kook – bekas ahli Turbo yang berbadan sasa. Di kenali dengan nama Sparta kook dan Commander kerana ketangkasannya menangkap pihak lawan.Akhir2 ini wataknya bertukar ‘comel’ dan diberi nickname Kookie.

Song ji Hyo

Song Ji Hyo – Satu-satunya peserta wanita dalam Running Man.Merupakan ‘Monday Couple’ kepada Gary (Running man di rakam pada hari Isnin, jadi mereka couple hari isnin aje). Sayangnya Monday Couple dah breakup, sebab Ji  Hyo dah ada BF. Anda mungkin mengenalinya dari Siri Princess Hours.

Monday couple (Gary dan Ji Hyo)

Kang Gary – salah seorang penyanyi dari kumpulan Leessang dari Korea.’Monday Couple’ kepada Ji Hyo.Merupakan seorang yang lurus dan mempunyai wajah yang tenang.

Haha ----> Haroro

Haha – Seorang lagi peserta yang gila-gila tapi sangat menghiburkan.Merupakan seorang pemegang Master Degree in Drama and Art yang kuat  ‘mengejas’ tetamu undangan.Mempunyai nickname Haroro kerana fesyennya menyerupai kartun Pororo.

kwang soo

Lee Kwang Soo- Merupakan peserta yang terlemah dalam Running Man.Sering di buli oleh peserta lain terutama sekali Jong Kook.Walau bagaimana pun gelagatnya sentiasa mencuit hati, dan kadang-kala dia merupakan pakar mengenakan orang dengan gossip2.Di kenali sebagai Gwangvatar kerana ketinggiannya , 190cm.

Joong Ki Flower Boy

Song Joong Ki – merupakan peserta paling jambu dalam Running Man dan juga merupakan peserta yang paling bijak.Kerana jadual berlakonnya yang sering bertindih dan sibuk, Joong Ki terpaksa meninggalkan Running Man, dan kembali sebagai tetamu undangan.

Setiap minggu, Running Man juga menjemput nama-nama besar di dalam industry hiburan Korea seperti kumpulan Big Bang, 2PM, CN Blue , Girl Generation , Tara, Ha Ji Won dan juga selebriti Korea yang lain.Gelagat setiap peserta amat mencuit hati dan saya pasti anda pasti tidak akan kering gusi menonton Siri Running Man ini.

Sebenarnya Running Man ini dah di tayang kan dekat 2 tahun lebih, dan episode paling terbaru adalah episode 97 yang menampil Park Ji Sung dan Rio Ferdinand (GGMU!). Saranan saya ialah, cubalah menonton dari episode pertama terlebih dahulu di sini. Walau bagaimana pun, Running Man juga boleh di tonton di channel 393 One HD bagi anda yang melanggan Astro.

Ji Sung "Running Man, OUT!"

Running Man sesuai untuk anda yang mencari sesuatu untuk menghiburkan hati  dan melepaskan tekanan. Bak kata-kata pepatah  ‘laughter is the best medicine’. Enjoy!

8 thoughts on “Running Man!! bukan sebarang drama korea

  1. wah best nya running man saya selalu tengok tau dekat tv 393 best lawak tak berhenti -henti saya suka running man terutama sekali apabila kwang soo dan jong kook begaduh .running man paicin

Leave a Reply