Sentiasa Check balance Prepaid Anda!

Sejak pakai postpaid, aku jarang peduli pasal nombor prepaid yang aku ada.Kenapa nak simpan lagi nombor prepaid ini lagi?sebab dah berzaman aku pakai, kebanyakan kawan-kawan dan kenalan lama semua masih menghubungi aku di nombor lama.

Jadi untuk memastikan nombor-nombor ini tidak hilang, aku akan men top up kan mereka sebelum tarikh luput.Kepada yang mempunyai nombor maxis 012 aku, minta maaf nombor tersebut tak dapat selamatkan.Dah la nombor tu hampir sama dengan nombor postpaid yang aku pakai sekarang.Sedih~

Ini adalah gara-gara melewatkan masa untuk top up.So tiada lagi 012 tersebut.Kenapa pakai maxis prepaid tersebut? Sebenarnya aku berpendapat prepaid ada juga advantage dia, macam daripada Maxis ni, aku dapat point yang boleh redeem, kadang kala dapat kredit free, call free dan macam –macam lagi. Untuk yang celcom, kalau sampai certain amount aku top up, next month dapat kredit free juga, plus dapat call free untuk seminggu sewaktu birthday.

Ok berbalik kita kepada topik sebenar, jadi sekarang ini aku hanya top up prepaid Celcom aku,hanya untuk tidak kehilangan nombor tersebut.Walau bagaimana pun , aku perasan balance akui cepat sangat kosong, walau pun tak pernah pakai untuk call sesiapa.

Kebanyakan urban legend yang mengatakan syarikat telekomunikasi suka tarik kredit orang mula bermain di fikiran aku.Tapi aku ni jenis siasat dulu sebelum buat keputusan.Mungkin kredit aku di habiskan oleh cellular data access (fyi aku pun iPhone 3g tiada option untuk tutup cellular data).Setelah mem block access kepada internet, aku cuba try test untuk top up dalam amount yang sedikit iaitu rm5. Selama 3 hari, baki masih lagi, dan pada hari ke 4, balance terus RM0. Ok, aku terus call khidmat masyarakat celcom, eh, maksud aku khidmat pelanggan.

Celcom

Berdasarkan daripada apa yang abang celcom beritahu (kul 3 pagi call centre, semangat betei) ada 3rd party yang charge rm2 setiap hari.Nombor syarikat penyedut tu 33387. Ok memang hampehgas lah,  patutlah letak RM10, lesap macam tu ajer.Nasib aku baik sebab aku jarang pakai nombor prepaid ini, kalau letak rm10, memang lah kita perasaan RM2 hilang, kalau kita letak RM50? Mungkin terlepas pandang.Syarikat ini tarik RM2 dari seorang pengguna (setiap hari) kalau 100 orang sehari dia tarik?tak ke kaya syarikat hampehgas ni?

Abang celcom tu cakap dia dah tolong diaktifkan servis tersebut, dan menasihatkan supaya tak top up untuk 24 jam.Aku harap gejala ini dapat di hentikan kalau tak parah.Yang aku peliknya, kenapa tiada sebarang tindakan diambil kepada pihak syarikat terbabit memandangkan beberapa result carian aku membuktikan aku bukan seorang sahaja mangsa.Dahulu mak Tok aku pernah mengalami masalah ini juga tapi aku dah belikan dia nombor baru sebab tak tahu macam mana nak solve the case.

Nasihat kepada para pengguna prepaid, sentiasa check ke mana kredit anda hilang supaya tidak menjadi mangsa macam aku.Satu lagi tips yang mungkin syarikat ini gunakan untuk mengabui mata masyarakat dengan menghantar text yang mengelirukan seperti “anda telah subscribe kepada perkhidmatan ‘blablabla’ sila hantar NO kepada ‘blablabla’ untuk unsubscribe’ . kalau dapat msg macam ini, IGNORE IT COMPLETELY.Mana kita tahu , kalau kita hantar NO konon-konon nak terminate, tapi sebenarnya active perkhidmatan tersebut, NAMPAK TAK PERMAINAN DIA DEKAT SITU. Jadi kawan – kawan semua sentiasa menjaga kredit anda dan selamat beramal.

Leave a Reply