Candy Crush Saga

Dua tiga menjak ni banyak pula orang asyik tweet pasal tunggu nyawa, minta nyawa, jadi aku yang kehairanan ni, tanya lah si Hanis tadi, dia main benda sampai minta – minta nyawa bagai?Jadi perkenalkan aku dengan Candy Crush Saga ni.

http://1.bp.blogspot.com/-MapaS9uKoZk/UN-nW7fhj4I/AAAAAAAABsY/c34rRj64-9M/s1600/jaquette-candy-crush-saga-web-cover-avant-g-1334929525.jpg

Game ini sebenarnya sangat mudah , pada mulanyalah.Apa yang perlu ada menyusun candy candy itu mengikut warna dan jenis.Bunyinya sangat mudahkan? tapi cubalah main bila dah sampai level tinggi, tak ada mudah mana, susah juga sebenarnya.

Macam inilah rupa game tu, jadi apa yang anda perlu buat adalah mencapai markah atau misi yang telah di tetapkan sebelum anda boleh ke checkpoint yang seterusnya.Sekiranya anda , berjaya mara, anda akan di bawa ke peta yang menunjukkan level berapa yang ada berada sekarang.Contoh macam dekat bawah ni.

Haaa ke page peta ini, cuba tengok tu.Baru level 33(noob!!) , saya tak tahu ada berapa level semuanya, candy crush ini.Tapi saya akan pastikan saya akan sampai ke penghujungnya.Berkobar-kobar semangat.

 Permainan ini ada untuk android dan iOS jadi bolehlah download sekarang dan ia adalah percuma.Saiz file dalam 34MB tak silap.Apa yang menariknya anda boleh linkkan kepada facebook dan kawan-kawan anda akan muncul di permukaan Map, jadi bolehlah anda compete sesama sendiri dan tengok siapa yang lebih hebat.

¬†Saya baru start main dalam 5 jam yang lepas , mungkin sehingga tahap 33 , cabarannya masih kurang sebab itu mampu naik dengan cepat dan tepat… ataupun memang hebat? hehehe Okay kepada yang ingin berkongsi pengalaman bermain permainan ini bolehlah tinggalkan komen di ruangan di bawah.

FYI: Sebenarnya saya dah level 155 jangan marah ^^

Kepada yang ingin mendownload game ini ke iPhone/iPad/iPod mereka boleh la download disini. Candy Crush Saga. Klik di FREE, dan mula memuat turun game yang paling addictive tahun ini.

IMG_4533

 

 

Leave a Reply