Lelaki itu dan wanita ini

Dunia ada dua

Dunia sebelum dan selepas

Dunia hidup dan dunia mati

Seperti biasa, aku bicara

Bukan madah dendam, bukan bicara cinta

Sekadar renungan kita bersama

Mereka kata lelaki dan wanita

Dua makhluk, dicipta berbeda

Jasad tak sama, pemikiran tidak serupa

Tapi jangan pula di salah sangka

Dunia akhir, berubah sudah

Lelaki ingin wanita, itu lumrah

Lelaki jadi wanita, itu naya

Mulut wanita, kata-kata berbisa

Kalau tidak di jaga, dosa merata

Lelaki tidak gossip, wanita lebih suka

Kata nama lain, fitnah sebenarnya

Kalau duduk semeja,memang tidak ngam

Lelaki bicara bola, wanita dengan cinta

Tapi, kini tidak lagi

Gossip di cerita, nafsu menguasai

Sayang si lelaki, berbicara pasal agama

Hebat tak terkata, tinggi ilmunya

Sayang si lelaki, sayang dirinya

Kelakuan berlainan, langsung tidak sama

Ada pun wanita,makhluk ini istimewa

Gossip menjadi bualan harian,

Penambah dosa, yang menimbun tinggi

Ramai yang pelik, ramai yang bertanya

Mengapa mereka berdua, boleh sekepala

Jawapan mudah , senang cerita

Lelaki tabur duit, wanita pengikis harta

Hairan itu bukanlah punca

Kalau sama jiwa, sama rasa

Ini bukan madah dendam

Bukan juga peringatan suram

Sekadar perlian, untuk mereka

Yang tidak habis- habis mengumpul dosa

 

 

 

 

 

 

 

Awak half chinese?wo ai ni

Tajuk kalau boleh tak nak kalahkan?Sebenarnya tajuk tu di ambil dari lagu Just The Way You Are versi Malay yang dipopularkan oleh Caprice featuring Nik Irfan.Kalau sesiapa belum tengok dan mendengar lagu ini, sila lah berbuat demikian dengan menuju ke website youtube yang berdekatan dengan web browser anda.Tak jauh, hanya satu klik away dan rajinkan jari untuk menaip, Nik Irfan atau Caprice, just the way you are, dan anda akan menemui video yang telah saya sebutkan tadi.

Entri ini sebenarnya dibuat adalah khas untuk kawan-kawan yang berbangsa Cina yang sedang menyambut Tahun Baru Cina.Selamat Tahun BAru Cina, Gong Xi Fa Cai.Tak sia-sia belajar mandarin dekat Universiti dulu,tapi rasanya takkan menaip dalam bahasa Cinalah kan, memang pembaca sebilangan besar pembaca akan faham lah kan kalau saya berbuat demikian.(Sarcasm,mihmihmih).

Tahun sempat lah menjenguk ke beberapa buah rumah kawan – kawan yang berdekatan.Apa yang seronok selain daripada limau dan kacang?tentulah ang pow yang di berikan kepada para pengujung.Berapa jumlah kutipan ang pow kawan -kawan tahun ni?ada yang berjaya mencecah ribuan ringgit.Tahniah kepada anda kerana menjadi ribuwan, dalam masa beberapa hari sahaja. Grin

Apa yang menyeronokkan apabila duduk di Malaysia, khususnya di Kuantan, bandar Palma ni,adalah sambutan perayaan.Sangat meriah punya pun * Ah Chai mode.Dentuman bunga api dan mercun kedengaran di sana – sini,(kadang-kala terasa macam kanda di medan perang pula), tarian naga, dan sebagainya.Kawan-kawan yang berada di luar negara turut pulang untuk menyambut perayaan ini.Selalu terdengar di hujahkan masalah perkauman dan sebagainya, tapi di sini, sifat perkauman dan racist ini tidak ada.Semua pun hidup dalam keharmonian rumah tangga, I meant, keharmonian jiran tetangga, aduyai punya pun * Ah Chai mode.

Harap-harap budaya ini dapat di kekalkan sehingga sampai bila-bila.Pada pandangan peribadi, isu -isu yang tidak patut ini wujud akibat politik.Jadi di harapkan kita semua tidak terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif ini.

Saya ingin memohon maaf kepada June aka rabbit, sebab tidak dapat hadir ke open housenya malam semalam.Meriah sungguh , dari tepi jalan boleh nampak kemeriahannya,lip lap lip lap bagai.Maybe kalau ada kesempatan boleh jumpa esok sebelum rabbit pulang ke Aus Bunny .

Sekali lagi di ucapkan Selamat Hari Raya, eh maafkan saya, Selamat Tahun Baru Cina. Party

Kerana Sebatang Mentos

Dimulakan cerita, aku sedang menunggu si Apek untuk men”jailbreak”kan iPhone barunya.Dalam proses menunggu tu, aku lena di ulit mimpi, sedar-sedar dah pukul 10.30pm.Beberapa ketika, kawan lama aku tu dah tercegat di hadapan rumah.Tersengih dia tengok aku yang terbkebil-kebil dalam proses cuba untuk membuka kelopak mata yang masih separuh di alam mimpi.

Sambil duduk-duduk tengah dalam proses men’jailbreak’ tu sempatlah kongsi cerita, lama dah, dah tak kongsi cerita.Kongsi cerita, bukan gossip, lelaki don’t do gossip, well, ada yang buat, aku tahu hahaha.Aku tertarik dengan satu add on yang ada pada iPhone Apek,berkenan pula, nantilah aku beli satu.Boleh cegah habuk dari masuk ke dalam phone hurm, nice.

Beberapa ketika kemudian,icon Cydia yang famous tu, terpampang di Springboard dia, bukan main seronok tengok reaksi si Apek.Mesti dah plan macam-maccam nak buat dengan iPhone baru dia tu.Tak berapa lama kemudian,Apek beransur pulang, hilang di dalam kegelapan bersama kereta Porche hitamnya.

Aku ingat nak sambung tidur, tapi aunty kesayangan pula call, aku dah separuh terlelap ketika dia meminta kau supaya aku mendapatkan cerita Keramat untuknya, satu je respon aku, jangan buang masa tengok.Memang aku tengok free, tapi 1 jam 15minit aku tu siapa nak pulang kan balik?amat menyedihkan, sebab trailer agak gempak, tapi cerita tak strong, tak tahu hujung pangkal, kait mengait, skrip lemah, tak tahu kenapa dia orang lepas masuk wayang, telefilem pun macam susah je qualify, harap mutu filem boleh di kaji.Watak rebecca yang tetiba berubah jadi pemarah, tetiba ada hantu makan anak dia, datang mana hantu pun tak tahu.paling kelakar, watak ustaz, kenapa ustaz kena cakap macam tu, cakap melayu kan senang.

Tepat pukul 11.45, si fique call ajak aku minum.Aku yang masih mamai ni, dah makin hilang mamai, sebab orang asyik menelefon.Pelik , mereka cari aku di waktu malam, mungkin mereka dah tahu aku siapa agaknya,one of the Cullen.JK.

Aku bersiap, keluar, fique sampai.Singgah 7 E beli topup, si fique pun nak beli juga.dalam aku tunggu si Fique bayar, aku terpandang dekat mentos yang agak pelik, rupanya ada mentos baru, aku tak tahulah baru tahap mana atau aku yang noob.Dia mentos yang berperisa mint, makin bawah,makin berangin kuat.So aku grab lah satu, nak try.

Lepas bayar topup, aku ambillah topup dengan tangan yang pegang mentos tadi.Cashier tu diam je.Bila aku dah sampai kereta, time nak buka pintu,*still pakai tangan yang ada mentos dengan top up tadi, tergerak hati aku, bila masa aku bayar untuk mentos nih?Terus aku meluru masuk dalam 7E.Cashier tu ingat aku tertinggal something,tapi aku cakaplah “wak, saya lupa bayar nih” senyum je si cashier tu, tak tahulah,senyum sebab mentos ke , atau sebab dia memang berharap aku datang lagi jumpa dia.Hahaha.

ni bukan mentos tu, mentos tu dah habis dan aku dah buang

Jadi itulah kisahnya, kalau nak di ikutkan ,memanglah aku boleh blah dari situ, dengan mentos ‘free’ tapi aku takut, dosa aku bertambah hanya kerana sebatang mentos berharga rm1.40.

THE END.

Jauh Mata, Dekat Hati

Apa itu jauh

Titik mula , titik akhir

Apa kau dan apa aku

Dua jiwa , satu hati

Bagaimana cinta berputik

Dari mata, lekat di hati

Apa itu cinta antara benua

Engkau di sana, aku disini

Apa itu jauh

Jauh itu jarak

Apa kisah dengan jauh

Hati kita kan dekat?

Cinta itu pelik

Cinta itu pelik

Cinta itu sakit

tapi sakit tu yang kita cari

Cinta itu melemahkan

tapi lemah tu yang kita hendak

Cinta itu sedih

tapi sedih itu yang kita mimpi

Cinta itu kecewa

tapi kecewa itu kita idami

Cinta itu nafsu

tapi itu teman kita setiap hari

Cinta itu rindu

tapi perit rindu yang kita gemari

Tidak,cinta bukan semua itu

Cinta itu suci

cuma manusia yang tak hargai

Cinta itu cantik

cuma manusia memburukkannya

Hidup tanpa cinta?

Hidup tanpa cinta ibarat hidup tanpa cita-cita

Lebih baik Jenin dari kita

Cinta tak perlu kejar

Kita jatuh cinta

bukan di kejar

apa yang di kejar akan berlari

lari meninggalkan

aku…

Sepi.

You took my love

Sewaktu aku lalu dekat Tree Under terdengar lagu ini di mainkan di corong speaker.Aku tertiba berminat dengan lagu nyanyian Pitbull ini, tapi macam biasa sebab aku tak update dengan industri hiburan ini sangat,jadi memang tak tahu lah apa nama lagu ini kan,lumrahlah tu.

Jadi apa yang aku buat adalah menggunakan kemudahan yang telah di sediakan iaitu , menggunakan Shazam.Mesti pernah dengar Shazam kan?aku pernah review benda ini dulu, kalau rajin cari dekat archive,kalau tak rajin boleh tengok google je.

Setelah menggunakan aplikasi ini, terpampanglah info-info tentang lagu ini.

Betul sangkaan aku yang si Pitbull nyanyi lagu ini, jadi tanap berlengah lagi, terus memicit iTunes dan download terus lagu ini ke dalam playlist aku.Tak lama pun download, dalam seminit setengah macam tu, saiz file dalam 9.77MB.dah habis download suruhlah personal assistant aku yang comel lote tu mainkan lagu ini.

Lyric

You took my love, I thought I was the only one
You took my love, it feels like you did it for fun
You took my love, but my heart keeps telling me you’re the one
You took my love, took my love

Loquita, I don’t play you, you know what time it is with me
You want my heart, you got the world,
Now show me you’d ride up there for me
I can see right through your eyes, and I know what you tryin to do
You tryin to rob, steal, take my love, wel f*ck you

Take my love, ha ha, not a woman on earth that can do that
Say what, I don’t know where you from, or where you been at
I’m letting you know what’s up, and if you don’t know, play by the rules
Or baby, you get cut, I talked so much, you took my love

You took my love, I thought I was the only one
You took my love, it feels like you did it for fun
You took my love, but my heart keeps telling me you’re the one
You took my love, took my love

Yo, i’m in the club, and the place is poppin
Seen a sit in bar, and her face is knockin
Times are great, cuz i’m with my crew
But my smile was fake, cuz i’m missing you

Baby you know that I didn’t learn my lesson
Shoulda gave you more time, more love and affection
And when I see you later with that other guy
Keep telling myself that a player ain’t suppose to cry

You took my love, I thought I was the only one
You took my love, it feels like you did it for fun
You took my love, but my heart keeps telling me you’re the one
You took my love, took my love

She took my love, and played me for a sucker
But it don’t even matter, cuz you know I still love her
She took my heart, and threw it on the ground
But it don’t even matter, cuz I still want her around

She’s such a love taker, she’s such a love taker
It’s guaranteed that she’s a professional heartbreaker
But a great lovemaker, all in a sheet
She made my heart skipped a beat
But for now she’s a close as it comes
Not mags, no life and no guns
She took my love

You took my love, I thought I was the only one
You took my love, it feels like you did it for fun
You took my love, but my heart keeps telling me you’re the one
You took my love, took my love

Tweet!
Tweet!
The Engineer
IMG_9826
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Geng Kuantan
Kuantanese
  • Icon Arifa
  • Icon Azeyah Khiyon
  • Icon Meen
  • Icon Neen
Iklan
Mereka
Pembaca
Arkib