Tak banyak yang berlaku since kejadian semalam yang amat menyedihkan.Pagi ney selepas siap-siap berkemas, famili semua bergerak dari apartmen Ta Cik menuju ke KLCC.Target the Canon shop bagi membaikpulih kelengkapan yang di namakan lensa yang mempunyai masalah.Sempat jugak bertanyakan harga cover battery, RM70 oh ok…kata diriku tanpa bersuara memandangkan harga tersebut mampu mendapatkan aku sekeping filter dan sehelai baju dari butik kegemaranku.
Perut dah mula berbunyi, dan apalagi tempat yang hendak di makan pun di cari.Setelah ‘di tahan’ oleh beberapa butik berhampiran, Aunty mengajak famili aku untuk menikmati hidangan di THE Sudanese bersebelahan Little Penang Cafe di mana laksa Penang nya menjadi kegemaranku.Well, kedai baru ney takde lah teruk sangat.Cuma makanannya agak kering, ye lah aku lebih suka dengan makan yang berkuah dan bersup , makan nasi kering tak syok lah babe.Lapar punye pasal, tibai jer…rasa takde la ok sangat atau teruk sangat.Air yang di order pun agak tidak BESH sebenarnyer, apple mix carrot juice hahaha padan muke dan,dan nak pegi order benda alah tu sapa suruh.Selepas pulang dari KLCC, aku terus bergerak menuju ke Universiti.
Baru sahaja melabuhkan punggung ke atas katil, si Maz@JIJAN@abg MASH mengajak aku keluar untuk photoshoot session.Well, since ini lebih baik daripada tido, So LEt’s Go guys.Di accompanied by Khidir yang membawa layang2 dan Zahid si tuan punya kereta, kami menuju ke taman berkenaan yang berdekatan dengan kepong.
Wah, memang seronok jugak bermain layang2 kat sini.Angin kuat dan nyaman tambahan pulak kalau layang2 berjaya di terbangkan dengan berjayanya.Tidak bagi kami kot, hahaha…Cuma satu ketika layang2 megah berterbangan di udara hasil penangan campakan ku ke udara yang membuatkan ia terbang dengan gah nyer (ayat nak power jer).
Abg Mash bersama dengan senjatanya menembak pasangan -pasangan yang turut keluar mengambil udara di petang yang sangat indah ini,apa benda ayat ney? So dengan tanpa segan silu dan malu, penangkapan gambar pun bermula dan berbagai aksi yang cukup mendebarkan dan sesuai ditonton oleh mereka yang cukup umur pun berlangsung.Maz begitu mencintai photography sehinggakan dia sanggup untuk meniarap ala askar di atas rumput bagi mendapatkan shot yang terbaik dan cantik sehinggalah keistimewaan rumput – rumput ini mula menampakkan kehebatannya MIANG!!! ![]()

on our way


wah terbang2!!!

zahid,kidir,me
